NADI Kampung Pinang

NADI Kampung Pinang Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh SKMM dengan kerjasama TM Bhd dan MSD

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). URL Portal PEDi Kampung Pinang Kota Samarahan :
http://kgpinang.pjk.com.my

Jadual Aktiviti NADI Kampung Pinang โ€“ Jun 2026Berikut merupakan jadual aktiviti yang akan berlangsung sepanjang bulan Ju...
10/06/2026

Jadual Aktiviti NADI Kampung Pinang โ€“ Jun 2026

Berikut merupakan jadual aktiviti yang akan berlangsung sepanjang bulan Jun 2026 di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Pinang.

Sepanjang bulan ini, pelbagai program menarik telah dirancang termasuk sesi pembelajaran, latihan kemahiran, perkongsian ilmu serta aktiviti komuniti yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Sila rujuk jadual bagi maklumat lanjut berkenaan tarikh dan jenis program.

Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak NADI Kampung Pinang.

Assalamualaikum & Salam SejahteraBerita baik untuk pelajar sekitar NADI Kampung Pinang! โœจโœจ๐Ÿค–โœจ Pernah terfikir macam mana ...
07/06/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Berita baik untuk pelajar sekitar NADI Kampung Pinang! โœจโœจ

๐Ÿค–โœจ Pernah terfikir macam mana drone boleh terbang? Atau nak cuba sendiri pengalaman teknologi secara hands-on?

Ini peluang anda! ๐Ÿš€
Jom sertai HARI MENEROKA TEKNOLOGI, program santai, interaktif dan penuh aktiviti menarik khas untuk pelajar!

๐Ÿ“… 20 Jun 2026 | Sabtu
โฐ 8.30 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ NADI Kampung Pinang, Kota Samarahan

โœจ Antara aktiviti menarik:
๐Ÿ”น Perkongsian Teknologi & Kuiz
๐Ÿ”น Aktiviti Amali Hands-on
๐Ÿ”น Asas Pengendalian Drone ๐Ÿ›ธ

โš ๏ธTempat adalah terhad kepada 30 peserta sahaja & terbuka untuk pelajar berumur 9-17 tahun. Sijil turut disediakan untuk peserta.

๐Ÿ“ฒ Untuk pendaftaran dan pertanyaan, hubungi kami di https://wa.me/01162945610

Dumbbell nampak mudah, tapi kalau salah teknik boleh jadi punca sakit bahu, siku, pinggang atau leher.Dalam episod senam...
06/06/2026

Dumbbell nampak mudah, tapi kalau salah teknik boleh jadi punca sakit bahu, siku, pinggang atau leher.

Dalam episod senaman hujung minggu kali ini, Studio Sihat kongsikan cara menggunakan dumbbell dengan lebih selamat โ€” dari segi postur badan, teknik pernafasan, pemilihan berat dan kesalahan biasa yang perlu dielakkan.

Antara yang dikongsikan:

โœ… Bila dumbbell sesuai digunakan
โœ… Bila lebih baik guna machine, cable atau barbell
โœ… Cara buat shoulder press, biceps curl, triceps extension & shrug
โœ… Teknik pernafasan yang betul
โœ… Tips pilih load dumbbell yang sesuai

Jangan kejar berat semata-mata. Yang penting, form kena betul dan pergerakan terkawal.

Tonton episod penuh di Studio Sihat : https://youtu.be/bIkRrWgK6k0

06/06/2026

Timbalan Menteri Perpaduan, YB Yuneswaran Ramaraj berkata Rukun Negara merupakan asas penting perpaduan yang perlu difahami dan dihayati oleh semua.




๐Ÿ“ข WEBINAR BERKALA SAINS โ€“ EDISI 3 ๐Ÿ“ขHello pelajar! ๐ŸŒŸAdakah anda ingin meningkatkan pemahaman dalam subjek Sains dan lebih...
06/06/2026

๐Ÿ“ข WEBINAR BERKALA SAINS โ€“ EDISI 3 ๐Ÿ“ข

Hello pelajar! ๐ŸŒŸ

Adakah anda ingin meningkatkan pemahaman dalam subjek Sains dan lebih bersedia menghadapi UASA? Ingin mengetahui teknik menjawab soalan yang tepat untuk memperoleh markah yang lebih baik?

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Webinar Berkala Sains โ€“ Edisi 3 yang akan membantu anda menguasai teknik menjawab soalan UASA dengan lebih mudah, jelas dan berkesan! ๐Ÿ“โœจ

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ• Masa: 2.30 PM โ€“ 4.30 PM
๐Ÿ“ Tempat: Dalam Talian
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur

Walau bagaimanapun, peserta boleh memilih mana-mana kelas dan program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

๐ŸŽฏ Topik:
Teknik Menjawab UASA

Sesi pembelajaran ini akan merangkumi teknik menjawab soalan UASA dengan tepat, kaedah mengenal pasti kehendak soalan, strategi pengurusan masa semasa peperiksaan serta tips meningkatkan keyakinan untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang. ๐Ÿ’ก๐Ÿ“˜

๐Ÿ“ž Daftar sekarang โ€“ Kunjungi cawangan NADI berhampiran anda untuk pendaftaran!

Jom ke NADI berdekatan anda untuk urusan pembayaran yang cepat, selamat dan dipercayai ๐Ÿ‘โœ”๏ธ Pembayaran utiliti asasโœ”๏ธ Uti...
06/06/2026

Jom ke NADI berdekatan anda untuk urusan pembayaran yang cepat, selamat dan dipercayai ๐Ÿ‘

โœ”๏ธ Pembayaran utiliti asas
โœ”๏ธ Utiliti komunikasi
โœ”๏ธ Cukai tanah & cukai pintu
โœ”๏ธ Pembaharuan insurans kenderaan
โœ”๏ธ Bayaran pinjaman pendidikan
โœ”๏ธ Dan pelbagai lagi perkhidmatan!

Tak perlu bersusah payah, semua boleh selesai di satu tempat โœจ
Singgah NADI hari ini!

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KAMPUNG PINANGPihak NADI Kampung Pinang ingin memaklumkan penutupan sementara operasi k...
30/05/2026

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KAMPUNG PINANG

Pihak NADI Kampung Pinang ingin memaklumkan penutupan sementara operasi kami sempena Cuti Umum Hari Wesak, Hari Gawai Dayak dan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Ditutup: 31 Mei 2026 - 4 Jun 2026 (Ahad-Khamis)
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Beroperasi Semula: 5 Jun 2026 (Jumaat)

Sebarang kesulitan yang timbul amatlah kami kesali.

๐ŸŒพSelamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai dan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada kami warga NADI Kampung Pinang๐Ÿค—

Assalamualaikum & Salam sejahtera.Dimaklumkan penutupan sementara operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung...
26/05/2026

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Dimaklumkan penutupan sementara operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Pinang bersempena cuti umum Hari Raya Aidiladha pada:

๐Ÿ”น27 Mei 2026, Rabu

NADI Kampung Pinang akan beroperasi seperti biasa pada hari berikutnya, 28 Mei 2026 (Khamis).

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, terima kasih.

Dimaklumkan bahawa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah agenda literasi dan...
26/05/2026

Dimaklumkan bahawa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah agenda literasi dan perlindungan kewangan awam untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko kewangan semasa, khususnya melibatkan kes scam yang semakin berleluasa.

Antara inisiatif tersebut adalah penerbitan eBuku โ€œAmaran Scamโ€ yang bertujuan untuk:

1) Meningkatkan kesedaran tentang jenis-jenis scam kewangan, taktik scammer serta langkah perlindungan diri;
2) Memberi panduan tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa scam, termasuk saluran pelaporan berkaitan.

Akses eBuku boleh diperoleh melalui pautan berikut:
https://bnm.gov.my/documents/20124/18488803/AmaranScam-eBook.pdf?

Sama-sama kita usaha untuk elak menjadi mangsa scam.

21/05/2026

TULAR DAKWAAN PIL GUGUR KANDUNGAN DIJUAL ONLINE

Satu perkongsian di media sosial mencetuskan kebimbangan selepas tular dakwaan wujud akaun yang menjual โ€œguideโ€ dan pil untuk menggugurkan kandungan secara online.

Isu ini bukan sekadar isu viral. Ini isu nyawa.

Pil yang dibeli melalui DM, tanpa pemeriksaan doktor, tanpa tahu usia kandungan sebenar dan tanpa pemantauan klinikal boleh menyebabkan pendarahan teruk, jangkitan rahim, kandungan tidak keluar sepenuhnya, sakit perut melampau, sepsis dan boleh meragut nyawa.

Jangan beli. Jangan cuba. Jangan jadikan testimoni online sebagai nasihat perubatan.

Jika anda nampak penjualan produk mencurigakan seperti ini, simpan bukti dahulu. Ambil screenshot akaun, posting, nombor telefon, link produk, resit, mesej DM dan gambar produk jika ada.

Aduan penjualan produk tidak berdaftar atau mencurigakan boleh dibuat melalui SISPAA KKM di moh.spab.gov.my atau hubungi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri yang berdekatan.

Jika sudah mengambil apa-apa pil dan mengalami pendarahan banyak, sakit perut kuat, demam, pening, lemah, pengsan atau keluar darah berbau, jangan tunggu. Segera ke Jabatan Kecemasan.

Untuk kesan sampingan ubat, laporan juga boleh dibuat kepada NPRA melalui ConSERF di laman npra.gov.my.

Kita boleh marah kepada pihak yang menjual dan mengambil kesempatan. Tetapi jangan jadikan wanita yang sedang panik sebagai bahan hinaan.

Yang perlu dihentikan ialah bisnes gelap yang menjual โ€œjalan keluarโ€ tanpa memikirkan nyawa yang mungkin hilang selepas itu.

Nyawa wanita bukan bahan eksperimen.



Address

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KAMPUNG PINANG
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share