Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru - T4YCC

Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru - T4YCC Ruang Kita, Peluang Bersama. Hab komuniti belia inklusif di Tanjung Aru yang memfokuskan pemerkasaan kerjaya, kebajikan, dan gaya hidup sihat

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan Batin daripada kami,Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru (T4YCC).Semoga Aidilfitr...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin daripada kami,
Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru (T4YCC).

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Karom Ramadhan yang berlangsung meriah sepanjang 3 minggu, dengan perlawanan s...
15/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Karom Ramadhan yang berlangsung meriah sepanjang 3 minggu, dengan perlawanan suku & separuh akhir pada hari Jumaat dan perlawanan akhir pada hari Sabtu yang sekaligus diakhiri dengan penyampaian hadiah serta cabutan tiket bertuah.

Suasana pertandingan sangat meriah dengan penyertaan dan sokongan padu daripada komuniti setempat. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya menunjukkan permainan terbaik, dan juga kepada semua peserta yang telah memberikan saingan sengit sepanjang kejohanan berlangsung. Semangat kesukanan dan kebersamaan yang ditunjukkan amat membanggakan.

Pihak Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru (T4YCC) juga amat berbesar hati dengan kehadiran dan sokongan daripada para pemimpin masyarakat, khususnya YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya - Ahli Parlimen P.173 Putatan, wakil daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.22 Tanjung Aru Dr. Ritchie Jay Cheng, serta Ketua Kampung Tanjung Aru Baru dan Ketua Kampung Tanjung Aru Lama.
Terima kasih atas kesudian hadir memeriahkan program serta sokongan berterusan terhadap aktiviti komuniti dan pembangunan belia di kawasan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Ketua Program Tuan Rezarey Enya serta seluruh ahli Bomba Komuniti Kg.Tanjung Aru yang diketuai oleh Abu Bakar Faisyal telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program ini dari awal perancangan sehingga ke akhir majlis. Tanpa komitmen dan kerjasama semua pihak, program ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan begitu lancar dan meriah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim komuniti serta memberi ruang kepada aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang!
Jumpa lagi pada penganjuran yang akan datang!

"Ruang Kita, Peluang Bersama"

FINAL KAROM RAMADHAN SELESAI!Alhamdulillah, selesai sudah debaran Pertandingan Karom Ramadhan anjuran Kelab Komuniti Bel...
15/03/2026

FINAL KAROM RAMADHAN SELESAI!

Alhamdulillah, selesai sudah debaran Pertandingan Karom Ramadhan anjuran Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru! Persaingan dari pusingan awal sampai ke final memang panas dan sengit.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang:
πŸ₯‡ JUARA: PUMA (Kg Tg Aru Baru)
πŸ₯ˆ NAIB JUARA: ADIDAS (Kg Tg Aru Baru)
πŸ₯‰ TEMPAT KE-3: MEGA 888 (Kg Tg Aru Lama)

Kepada yang belum berjaya, jangan putus semangat.. yang penting semangat kesukanan dan kemeriahan kita bersama.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

Jumpa lagi pada pertandingan akan datang, insyaAllah tahun depan kita buat lagi lebih meriah!

Terima kasih kepada YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya - Ahli Parlimen P.173 Putatan atas sokongan padu dan berterusan terhada...
15/03/2026

Terima kasih kepada YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya - Ahli Parlimen P.173 Putatan atas sokongan padu dan berterusan terhadap aktiviti komuniti, khususnya program-program melibatkan golongan belia.

Sokongan YB amat kami hargai dan menjadi suntikan semangat kepada komuniti untuk terus aktif menganjurkan aktiviti sihat seperti ini.

Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan yang padu kepada usaha-usaha memperkasa aktiviti belia dan mengeratkan hubungan dalam komuniti. Semoga sokongan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

MALAM INI ADA CABUTAN TIKET BERTUAH!Jangan lepaskan peluang untuk hadir memeriahkan Malam Kemuncak Pertandingan Karom Ra...
14/03/2026

MALAM INI ADA CABUTAN TIKET BERTUAH!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir memeriahkan Malam Kemuncak Pertandingan Karom Ramadan yang akan berlangsung esok (Sabtu, 14/3/2026).

Selain menyaksikan perlawanan penentuan bagi menentukan kedudukan akhir kejohanan, yang paling ditunggu-tunggu…

CABUTAN TIKET BERTUAH PERCUMA untuk SEMUA yang hadir!

Banyak hadiah menarik menanti, jadi datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. Siapa tahu anda p**a yang bertuah membawa p**ang hadiah!

Saksikan aksi final yang mendebarkan dan jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabutan bertuah pada malam tersebut!

Jumpa anda semua esok!

UPDATE TERKINI PERTANDINGAN KAROM RAMADANPerlawanan Quarter Final dan Semi Final telah berlangsung dengan penuh aksi dan...
13/03/2026

UPDATE TERKINI PERTANDINGAN KAROM RAMADAN

Perlawanan Quarter Final dan Semi Final telah berlangsung dengan penuh aksi dan saingan sengit! Tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan permainan terbaik.

Kini kita sudah sampai ke peringkat penentuan terakhir!

ESOK – SABTU

πŸ† PERLAWANAN FINAL
Penentuan JUARA & NAIB JUARA

πŸ₯‰ PERLAWANAN TEMPAT KETIGA
Penentuan TEMPAT KETIGA & KEEMPAT

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA Karom Ramadan tahun ini?

Selesai perlawanan, akan terus diadakan:
1. Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang
2. Cabutan Tiket Bertuah PERCUMA untuk semua yang hadir!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang memeriahkan suasana, memberi sokongan kepada para pemain dan mungkin anda juga bertuah membawa p**ang hadiah!

Jumpa anda semua esok!

PERTANDINGAN KAROM RAMADAN – ROAD TO FINAL!Saingan semakin sengit apabila pertandingan kini memasuki pusingan Quarter Fi...
11/03/2026

PERTANDINGAN KAROM RAMADAN – ROAD TO FINAL!

Saingan semakin sengit apabila pertandingan kini memasuki pusingan Quarter Final yang bakal berlangsung pada:

πŸ“… Jumaat | 13 Mac 2026

Pasukan yang berjaya mara akan terus beraksi dalam pusingan Semi Final pada hari yang sama untuk menentukan siapa yang layak ke pentas akhir.

Perlawanan Penentuan – Sabtu
β€’ Pemenang Semi Final akan bertemu pada hari Sabtu bagi merebut Tempat Pertama & Kedua.
β€’ Pasukan yang tewas di Semi Final p**a akan berentap pada hari Sabtu bagi menentukan Tempat Ketiga & Keempat.

Tahniah kepada semua pemain yang berjaya mara sejauh ini! Kini hanya yang terbaik akan terus kekal dalam saingan.

Jom datang memeriahkan suasana dan beri sokongan kepada pemain-pemain kita!
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Karom Ramadan tahun ini?

πŸ“Έ SEKITAR PUSINGAN 16 TERBAIKAntara momen yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya Pusingan 16 Terbaik Pertandingan ...
08/03/2026

πŸ“Έ SEKITAR PUSINGAN 16 TERBAIK

Antara momen yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya Pusingan 16 Terbaik Pertandingan Karom Ramadhan. Suasana pertandingan cukup meriah dengan saingan sengit daripada para peserta.

Tahniah kepada pemain yang berjaya mara ke pusingan seterusnya. Nantikan perlawanan Quarter Final, Semi Final dan Final pada minggu hadapan yang pastinya lebih mendebarkan!

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana. Semoga semangat komuniti seperti ini terus mengeratkan hubungan sesama kita.

UPDATE KEPUTUSAN PERLAWANAN – PUSINGAN 16 TERBAIK πŸ†Alhamdulillah, perlawanan Pusingan 16 Terbaik Pertandingan Karom Rama...
07/03/2026

UPDATE KEPUTUSAN PERLAWANAN – PUSINGAN 16 TERBAIK πŸ†

Alhamdulillah, perlawanan Pusingan 16 Terbaik Pertandingan Karom Ramadhan telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan. Tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan saingan yang hebat sepanjang perlawanan malam ini.

Pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir (Quarter Final) akan meneruskan cabaran mereka pada minggu hadapan. Pastinya perlawanan akan menjadi lebih sengit apabila hanya yang terbaik akan mara ke Separuh Akhir (Semi Final) seterusnya ke Perlawanan Akhir (Final).

Terima kasih kepada semua peserta dan penyokong yang hadir memeriahkan pertandingan ini. Sokongan anda semua menjadikan suasana pertandingan lebih meriah.

πŸ“… Perlawanan seterusnya:
➑️ Quarter Final (13/3/2026 - Jumaat)
➑️ Semi Final (13/3/2026 - Jumaat)
➑️ Final (14/3/2026 - Sabtu)

Semua akan berlangsung minggu hadapan. Kepada pasukan yang layak, pastikan anda bersedia dan datang awal.

Semoga berjaya kepada semua yang masih dalam saingan!

Update game minggu ni!Pertandingan Karom Ramadhan sudah masuk Pusingan 16 Terbaik untuk Group A & B πŸ’ͺπŸ“… Jumaat (06/03) – ...
04/03/2026

Update game minggu ni!

Pertandingan Karom Ramadhan sudah masuk Pusingan 16 Terbaik untuk Group A & B πŸ’ͺ

πŸ“… Jumaat (06/03) – Group A
πŸ“… Sabtu (07/03) – Group B

Game makin panas πŸ”₯ semua team confirm kasi all out untuk layak ke next round!

Jangan lupa datang support kawan-kawan kita, meriahkan suasana.
Good luck pada semua pasukan.

Address

Tanjung Aru
Kota Kinabalu
88100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru - T4YCC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share