Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu

Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu Bersama Membangun Umat Beragenda
Melayu Sepakat Islam Berdaulat

06/05/2026
Terbaik Ketua Beliawanis Pembina Sabah
06/05/2026

Terbaik Ketua Beliawanis Pembina Sabah

TELADANI HIKMAH PERISTIWA PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Daripada 12 bulan yang Allah SWT susun untuk umat Islam, seringkali kita terlepas pandang Zulkaedah, bulan yang diapit oleh bulan-bulan yang sibuk dan penting untuk umat Islam. Diawali dengan Syaโ€™ban, Ramadan, Syawal dan seterusnya Zulhijjah. Kita sibuk dengan ibadah puasa dan raya, kemudian persiapan ibadah korban.

Jadi apa yang penting pada bulan Zulkaedah sehingga ia diapit oleh oleh bulan-bulan yang penting ini?

Oleh itu, dalam artikel ini dikupaskan secara ringkas satu peristiwa penting dalam sejarah awal Islam, iaitu peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian yang berlaku pada tahun ke-6 Hijrah, selepas Allah mengilhamkan Rasulullah SAW, bahawa umat Islam akan menunaikan umrah. Betapa seronoknya para muhajirin mendengar khabar ini, membayangkan akhirnya dapat melunaskan rindu pada sanak saudara dan kampung halaman.

Setelah segala persiapan dibuat, haiwan korban dihias indah, senjata yang sengaja dikurangkan dibawa, bergeraklah umat Islam untuk menunaikan umrah. Tetapi, atas rasa gerun yang Allah SWT campakkan dalam hati kafir Quraisy, umrah ditunda kerana dihalang oleh kafir Quraisy. Sebagai imbal balasnya, perjanjian dimeterai oleh umat Islam bersama kafir Quraisy bagi membenarkan umat Islam mengerjakan umrah pada tahun seterusnya.

Tetapi, kekecewaan umat Islam tidak berhenti sampai disini. Allah uji p**a dengan perjanjian yang berat sebelah. Antara yang perit untuk diterima ;

1. Umat Islam dilarang masuk dan berumrah pada tahun tersebut. Umrah pada tahun hadapan hanya selama 3 hari dan tanpa membawa senjata

2. Umat Islam di Mekah yang ingin mengikuti rombongan Rasulullah SAW wajib dip**angkan semula.

3. Umat Islam rombongan Rasulullah SAW yang lari kepada orang Mekah, sama ada kepada keluarganya atau murtad, kaum kafir Quraisy tidak perlu kembalikan orang tersebut.

Mengetahui isi perjanjian ini, umat Islam sangat kecewa sehingga tidak menyahut seruan Nabi SAW untuk menyembelih korban dan bertahalul bagi membatalkan ihram. Malahan sahabat baginda, Saidina Umar Al Khattab juga mempersoalkan hak orang Islam yang berada di pihak yang benar. Tetapi Rasulullah SAW dengan nasihat Ummu Salamah pun menunjukkan teladan supaya melaksanakan dahulu arahan yang disabdakan. Para sahabat pun akhirnya mengikuti teladan Rasulullah SAW walau emosi mereka sedih, marah dan kecewa kerana tidak mampu menunaikan umrah dan menegakkan hak umat Islam.

Namun seperti yang kita sedia maklum, Perjanjian Hudaibiyah ini lah permulaan kepada kegemilangan dan kejayaan terbesar umat Islam iaitu peristiwa pembukaan Kota Mekah apabila kafir Quraisy sendiri mengkhianati perjanjian, dan menyerang rakan sekutu Islam.

Para pembaca sekalian, dari peristiwa Perjanjian Hudaibiyah ini, kita dapat melihat sendiri bagaimana Allah SWT mengotakan janjinya dalam surah al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud :

โ€œDiwajibkan atasmu berperang, padahal itu kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.โ€

Kita membenci sesuatu kerana tidak seperti yang harapkan, tetapi Allah lebih mengetahui kelebihannya untuk kita. Kita terlalu dangkal ilmunya, terlalu terbatas kefahaman dan penglihatannya untuk mentafsir hikmah Allah SWT dengan sekali pandang. Oleh itu penting untuk kita duduk sebentar, beriman sejenak. Kita ketepikan dahulu apa yang kita s**a dan tidak s**a. Kemudian kita utamakan apa yang Allah reda dan tidak reda

Semoga Allah menerima segala amal yang kita laksanakan untuk-Nya, serta mengampunkan kita ketika ibadah kita hanya menjadi rutin semata-mata. Tiadalah daya kita untuk kembali memperbetulkan nilai dan tujuan ibadah melainkan Allah lah yang mengizinkan kita untuk sedar akan kekhilafan kita.

Ustazah Siti Nurul Ain binti Sahadon
Ketua Beliawanis PEMBINA Sabah

๐ŸŸข PEK INDAHNYA RAMADAN 2026 | SIRI KETIGASebarkan kasih, berkat diraih.Alhamdulillah, pada 15 Mac lepas, sesi agihan pek...
07/04/2026

๐ŸŸข PEK INDAHNYA RAMADAN 2026 | SIRI KETIGA
Sebarkan kasih, berkat diraih.

Alhamdulillah, pada 15 Mac lepas, sesi agihan pek indahnya ramadan telah berlangsung di Masjid An-Nur, Taman Putera Jaya, Telipok dengan kerjasama Masjid An-Nur kepada 35 orang individu yang memerlukan. Semoga sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.


๐ŸŸข PEK INDAHNYA RAMADAN 2026 | SIRI KEDUASebarkan kasih, berkat diraih.Alhamdulillah, pada 14 Mac lepas, sesi agihan pek ...
07/04/2026

๐ŸŸข PEK INDAHNYA RAMADAN 2026 | SIRI KEDUA
Sebarkan kasih, berkat diraih.

Alhamdulillah, pada 14 Mac lepas, sesi agihan pek indahnya ramadan telah berlangsung di Kampung Melalin, Tuaran dengan kerjasama daripada Masjid Nurul Hidayah Kg Melalin Tuaran kepada 20 orang individu yang terpilih. Semoga sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka.


๐ŸŸข PEK INDAHNYA RAMADAN 2026 | SIRI PERTAMA Sebarkan kasih, berkat diraih.Alhamdulillah, pada 8 Mac lepas, sesi agihan pe...
06/04/2026

๐ŸŸข PEK INDAHNYA RAMADAN 2026 | SIRI PERTAMA
Sebarkan kasih, berkat diraih.

Alhamdulillah, pada 8 Mac lepas, sesi agihan pek indahnya ramadan telah berlangsung di Surau Nur Naimah, Kg.Peniang kepada 18 orang individu yang memerlukan. Semoga sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.


UCAPAN HARI RAYA Berlalu ramadan meninggalkan seribu pelajaran.Kesabaran, ketakwaan, kekuatan dan ketundukan.Hadir syawa...
21/03/2026

UCAPAN HARI RAYA

Berlalu ramadan meninggalkan seribu pelajaran.

Kesabaran, ketakwaan, kekuatan dan ketundukan.

Hadir syawal dan Aidilfitri membawa bersama erti kehambaan kepada Ilahi.

Inilah pusaka perjuangan yang perlu dipertahankan dan disuburkan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Ustaz Mohd Hasem bin Almuddin
YDP ISMA Kota Kinabalu

๐ŸŒ™โœจ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu mengucapkan Selamat Hari Raya Aid...
20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Semoga Syawal ini menjadi medan untuk kita terus istiqamah dalam ibadah, mengeratkan ukhuwah dan mengekalkan ruh Ramadan dalam kehidupan seharian.

Daripada barisan JKC ISMA Kota Kinabalu.

20/03/2026
20/03/2026

Setelah sebulan berpuasa, kita menyambut hari kemenangan dengan penuh rasa syukur dan memuji Allah SWT, bukannya dengan melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

ูˆูŽู„ูุชููƒู’ู…ูู„ููˆุง ุงู„ู’ุนูุฏู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽู„ูุชููƒูŽุจู‘ูุฑููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูŽุง ู‡ูŽุฏูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชูŽุดู’ูƒูุฑููˆู†ูŽ

Maksudnya: Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share