PEMBINA UMS

Call Directions Website Contact the organization

PEMBINA UMS Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UMS telah berdaftar secara rasmi di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Sabah. Pakej Rekreasi

WADAH GENERASI BARU
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah persatuan belia kebangsaan yang ditubuhkan pada September 2006. PEMBINA berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09. PEMBINA telah mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

***

MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

***

VISI

Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam.

***

MISI

1. Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.

2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.

3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.

4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.

5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.

***

PEMBINA UMS komited menggilap potensi belia dengan menawarkan lima pakej menarik:-

1. Pakej Tarbiyah

2. Pakej Media

3. Pakej Bakti

4. Pakej Kepimpinan

5.

AHLAN WASAHLAN, SISTERS! | Program Sambutan Pelajar Baharu bersama PEMBINA UMSKOTA KINABALU, 20 September 2026 - Program...
20/09/2026

AHLAN WASAHLAN, SISTERS! | Program Sambutan Pelajar Baharu bersama PEMBINA UMS

KOTA KINABALU, 20 September 2026 - Program Ahlan Wasahlan, Sisters! telah berjaya dilaksanakan pada Ahad, 20 September 2026, bertempat di ODEC, Universiti Malaysia Sabah (UMS), sebagai satu inisiatif menyambut kedatangan mahasiswi baharu yang baru sahaja mendaftar sebagai pelajar universiti. Program ini bertujuan memberikan ruang kepada para peserta untuk berkenalan, membina ukhuwah serta mendapatkan pengisian rohani sebagai persediaan menempuh kehidupan di alam kampus.

Program yang bertemakan berkelah di tepi pantai membawakan slot-slot yang menarik kepada para peserta. Tidak lupa juga, slot tadabbur bertajuk yang membawa peserta mentaddabur Surah Ar-Ra'd, ayat 11 dengan mengaitkan mesej ayat tersebut dengan kehidupan sebagai mahasiswa, khususnya kepentingan perubahan diri, usaha dan tanggungjawab individu dalam membentuk kehidupan yang lebih baik.

Para peserta turut menyertai slot pengenalan PEMBINA yang bertujuan memperkenalkan organisasi serta membuka ruang kepada mahasiswi baharu untuk mengenali wadah dan aktiviti yang disediakan. Program kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar bersama para peserta dan ahli jawatankuasa pada jam 11.00 pagi sebelum bersurai.

Secara keseluruhannya, penganjuran Ahlan Wasahlan, Sisters! diharapkan dapat menjadi titik permulaan yang bermakna buat mahasiswi baharu UMS dalam membina persahabatan, memperkukuh ukhuwah serta melangkah ke alam universiti dengan semangat, keyakinan dan kesedaran untuk terus memperbaiki diri. Semoga program ini turut menjadi platform yang menyemai nilai kerohanian dan membentuk mahasiswi yang mampu memberikan sumbangan positif sepanjang perjalanan mereka di universiti.

Selamat datang kepada semua pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah!


Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu sesi 26/27 Universiti Malaysia Sabah yang akan mula mendaftar hari ...
12/09/2026

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu sesi 26/27 Universiti Malaysia Sabah yang akan mula mendaftar hari ini.

Selamat memulakan langkah baharu di UMS!

Jom sertai PEMBINA. Pelbagai program yang menarik untuk anda pilih ada di kod QR poster. Jumpa anda nanti!

_*Kupi² & Nasi Arab bersama Imam Ammar bin Sarip!*_Jom luangkan masa santai sambil bersembang, berkongsi inspirasi, dan ...
15/11/2025

_*Kupi² & Nasi Arab bersama Imam Ammar bin Sarip!*_

Jom luangkan masa santai sambil bersembang, berkongsi inspirasi, dan menikmati Nasi Arab bersama:

👱🏻‍♂️Imam Ammar bin Sarip
• Imam Masjid UMS
• Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

📆 16 November 2025
⏰ 6.00 PM – 9.00 PM
📍 Pejabat ISMA Alamesra
🚐 Kenderaan Disediakan
(jangan lupa isi list kediaman di group PEMBINA BROTHERS)

Datang ramai-ramai dan bawa kawan!
Scan QR atau link google form untuk pendaftaran.
https://forms.gle/v1Lih1htQbEkQMGF7

Hubungi untuk pertanyaan lanjut:
Bro Khai : 012-339 5634
Bro Hazman : 011-5182 7973

| ☕ Coffee & Quran Coffee & Quran kembali lagi! Kali ini bertemakan piknik santai bersama PEMBINA UMS, ikuti kami pada ;...
27/10/2025

| ☕ Coffee & Quran

Coffee & Quran kembali lagi! Kali ini bertemakan piknik santai bersama PEMBINA UMS, ikuti kami pada ;

🗓 08 November 2025 | Sabtu
🕰 3:30 petang - 6.00 petang
📍 Pantai Tanjung Lipat
💰 Yuran : RM 5
🩷 Untuk mahasiswi sahaja

Dengan aktiviti menarik 🎨 🍙 : Totebag Painting & Making Bibimbap, jom daftar segera!

Link pendaftaran :
🔗https://forms.gle/QfHaY9ZKcDFNVhYW9

20 pendaftaran pertama akan disediakan pengangkutan & goodies!

Let’s CatchUp bersama PEMBINA🎀




☕ Coffee & Quran Siri 3PEMBINA SABAH kembali lagi dengan coffee&quran di siri ketiga! 💖Bukan sekadar lepak biasa, tapi r...
13/10/2025

☕ Coffee & Quran Siri 3

PEMBINA SABAH kembali lagi dengan coffee&quran di siri ketiga! 💖

Bukan sekadar lepak biasa, tapi ruang santai untuk refleksi diri, kenal kawan baru & rasa tenang dengan ayat-ayat indah Al-Quran 🌿 Ikuti kami pada ;

🗓 17 Oktober | Jumaat
🕰 4.00 petang - 6.00 petang
📍 Masjid UMS
💰 Yuran Percuma !
🩷 Untuk mahasiswi sahaja

Apa yang best? 👇
🤝 Dapat circle baru yang positif & inspiring
📖 Tadabbur santai
☕ Kopi & Goodies untuk anda!

Link pendaftaran :
🔗https://forms.gle/QfHaY9ZKcDFNVhYW9




Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Mahasiswa Pemangkin Rejuvenasi| 1 OKTOBER 2025 |UKHUWWAHOLIC 1.0 WITH ...
02/10/2025

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Mahasiswa Pemangkin Rejuvenasi

| 1 OKTOBER 2025 |

UKHUWWAHOLIC 1.0 WITH PEMBINA : BBQ

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah bagi Sesi Akademik 2025/2026.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UMS dengan sukacitanya menjemput para pelajar lelaki muslim ke *program BBQ UKHUWWAHOLIC bersama PEMBINA*. Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dan menyediakan peluang untuk berkenalan dengan rakan-rakan baharu UMS.

Maklumat program adalah seperti berikut:

🗓️Tarikh: 5 Oktober 2025
⏰Masa: 8 pagi - 1 petang
📍Tempat: Pantai Teluk Likas, Kota Kinabalu

👨🏼‍⚕️ Tetamu Istimewa: Datuk Dr. M. Hatta Tarmizi (Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Gynekologi & Fertility)
👳🏻‍♂️Sembang Santai: Bestie sampai Syurga by Dr Sarip bin Adul (Pengarah Pusat Islam UMS)

📌Penyertaan: Untuk pelajar lelaki muslim sahaja
📌Kenderaan: Disediakan
📌Yuran: Percuma (Free Entry)

Untuk pendaftaran, anda boleh mendaftar pada link yang berikut :
https://forms.gle/Qtn5Mj3GpmEdibt57

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi :
- Bro Umair (+6016-4841949)
- ⁠Bro Ammar (+6011-54285104)

Kerjasama anda amatlah dihargai.

Sekian.

Yang Ikhlas,
PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

☕️ Coffee & Quran 📢 Perhatian kepada semua pelajar baharu UMS sesi 2025/2026.Anda dijemput ke Coffee & Quran, sesi santa...
02/10/2025

☕️ Coffee & Quran

📢 Perhatian kepada semua pelajar baharu UMS sesi 2025/2026.

Anda dijemput ke Coffee & Quran, sesi santai sambil berisi, di mana kita akan sama-sama menikmati secawan kopi dan tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran yang akan berlangsung pada ;

🗓️ 4 Oktober | Sabtu
🕰️ 8 malam - 10 malam
📍Masjid UMS
💰Yuran Percuma!
🩷 Mahasiswi Sahaja.

🤝 Peluang berkenalan dengan rakan baharu
📖 Refleksi dan pengisian rohani
☕️ Kopi & kudapan disediakan

Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan semester dengan semangat dan pengisian yang bermanfaat. 🌟




| SELAMAT DATANG! Tahniah kepada semua pelajar baharu UMS sesi 2025/2026! Jumpa anda semua di program PEMBINA UMS akan d...
30/09/2025

| SELAMAT DATANG!

Tahniah kepada semua pelajar baharu UMS sesi 2025/2026!

Jumpa anda semua di program PEMBINA UMS akan datang.


Marhaban Ya Ramadan! Semoga setiap detik yang kita lalui di bulan suci ini diberkati dan dipenuhi dengan kebaikan. 🤲  "
01/03/2025

Marhaban Ya Ramadan! Semoga setiap detik yang kita lalui di bulan suci ini diberkati dan dipenuhi dengan kebaikan. 🤲

"

1 HARI MENUJU RAMADAN ✨
28/02/2025

1 HARI MENUJU RAMADAN ✨

Address

Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMBINA UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PEMBINA UMS:

Shortcuts

Share