Persatuan Pemuisi D’Bayu Sabah

Persatuan Pemuisi D’Bayu Sabah NO TEL UNTUK DIHUBUNGI : 0133291256

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇Persatuan Pemuisi Dbayu Sabah sangat berbesar hati di atas penganugerahan Bintang Kinabalu...
03/04/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Persatuan Pemuisi Dbayu Sabah sangat berbesar hati di atas penganugerahan Bintang Kinabalu (BK) kepada karyawan persatuan kami; Encik Fauzi Jamikah.

Penganugerahan ini sebagai salah satu pemangkin semangat kepada ahli lain untuk sama-sama terus memberi sumbangan kepada tanah air, khususnya negeri Sabah Di Bawah Bayu

“Memacu Evolusi Sastera Sabah”

Alhamdulillah selesai sudah Khatam Alquran sempena Majlis Tadarus Alquran Persatuan Pemuisi D’Bayu SabahIni adalah kali ...
20/03/2026

Alhamdulillah selesai sudah Khatam Alquran sempena Majlis Tadarus Alquran Persatuan Pemuisi D’Bayu Sabah

Ini adalah kali kedua program ini berjalan sebagaimana ia sdalah susulan daripada program pertama tahun 2025 yang julung kali diadakan oleh persatuan ini.

Tahun ini p**a, majlis diserikan dengan kehadiran orang luar seperti Pegawai Zakat Johor, Alfadhil Ustaz Omar serta kehadiran orang awam yang sama memeriahkan lagi majlis ini. Sebagai tanda terima kasih, pihak pemganjur turut menyediakan penghargaan berbentuk E-Sijil sebagai tanda kenang-kenangan.

Semoga program ini berterusan demi mengangkat Alquran sebagai Kalamullah.

Sinergi program 2026. Kali ini, penampilan sulung sinergi program salah seorang ahli juga artis persatuan kami,Cekgu Sha...
31/01/2026

Sinergi program 2026.

Kali ini, penampilan sulung sinergi program salah seorang ahli juga artis persatuan kami,Cekgu Sharif!
Terima kasih penganjur atas jemputan dan kepercayaan.

Tahniah diucapkan kerana memartabatkan sastera Sabah sekaligus mengangkat bahasa dan warisan Dusun sebagai medium sastera untuk lebih dikenali oleh anak-anak muda generasi kini.

Tahniah sekali lagi dan semoga lebih banyak penganjuran yang memartabatkan warisan tanah air kita.

Persatuan Pemuisi D’Bayu Sabah.
“Memacu Evolusi Sastera Sabah”

Mohilis : Penggerak Persatuan Pemuisi Dbayu yangtiada galang gantinya. Sudah genap setahun sahabat perjuangan kami memin...
18/01/2026

Mohilis : Penggerak Persatuan Pemuisi Dbayu yang
tiada galang gantinya.

Sudah genap setahun sahabat perjuangan kami meminggalkan dunia fana. Yang tinggal hanyalah bekalan ilmu bermanfaat yang telah arwah curahkan sepenuhnya pada persatuan ini.

Mohilis, nama prolifik dalam penulisan dan pentas deklamator tanah air, khususnya di Sabah. Tiada galang gantinya.

Salah satu sajak karya beliau benar-benar telah mematahkan sunyi dan benarlah ia menyerupai sebuah rindu.

Mematahkan sunyi
Karya : Mohilis.

tiada mimpi terlihat
selain sunyi melantun-lantun di kamar

dengan tajamnya menyerupai rindu aku tergeletak dilukakan mengenang segala ketiadaan di hadapan ini lagi

tuhan, kuhanyutkan nihil dalam bening air mata
dan izinkan kupatah sunyi di atas lantai-Mu
yang lebih mendengar geloraku

i.
Foto memori dengan salah satu pencapaian besar arwah sebagai tanda arwah seorang yang sangat komited dengan karya dan program. Bebera bulan selepas itu arwah menghembuskan nafas terakhir.

18 Januari 2025-18 Januari 2026

Kini tibalah harinya. Resam keluarga Persatuan Pemuisi D’bayu berkumpul bersama. Hari yang meraikan tenaga dan masa da...
03/01/2026

Kini tibalah harinya.
Resam keluarga Persatuan Pemuisi D’bayu berkumpul bersama. 

Hari yang meraikan tenaga dan masa dalam penglibatan ahli D’Bayu sepanjang 2025 malah program ini kembali mencari kekuatan dan penambahbaikan program sepanjang 2026 nanti.

Menuju daerah arwah Mohilis. Sahabat perjuangan dan salah seorang Pengasas Persatuan Pemuisi D’Bayu Sabah.

“Hari Keluarga bukan sekadar kebersamaan tetapi merai perjuangan”

Memacu Evolusi Sastera Sabah

Assalamu’alaikum w.b.t.| 01 JANUARI 2026/12 REJAB 1447H |*SELAMAT TAHUN BARU 2026*🎊Bersempena Tahun Baru 2026, Persatuan...
01/01/2026

Assalamu’alaikum w.b.t.

| 01 JANUARI 2026/12 REJAB 1447H |

*SELAMAT TAHUN BARU 2026*🎊

Bersempena Tahun Baru 2026, Persatuan Pemuisi D’bayu Sabah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua.

Semoga sambutan tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kejayaan serta keberkatan dalam kehidupan kita semua, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam semangat perpaduan dan keharmonian antara kita.

Sekian, terima kasih.

_*“Memacu evolusi,Sastera Sabah”*_

Ikhlas daripada,

*PERSATUAN PEMUISI D’BAYU SABAH*

Selamat Tahun Baru 2026. Alhamdulillah. Selesai sudah fasa penggal pertama 2025. Kehilangan ahli dan rakan perjuangan se...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026.

Alhamdulillah. Selesai sudah fasa penggal pertama 2025.
Kehilangan ahli dan rakan perjuangan seawal bulan Januari 2025 adalah hal yang paling berat dan hiba buat seluruh keluarga Pemuisi Dbayu.

Namun dengan sokongan daripada Ahli Majlis Eksekutif (AME) dan seluruh Ahli Dbayu, segala perancangan, kerjasama dan jemputan jabatan luar dapat dijalankan dan diraikan dengan lancar.

Tugas samada sebagai AME mahupum ahli biasa adalah tanggungjawab bersama menjaga Persatuan ini. Mari kita teruskan memeriahkan persatuan ini agar ianya terus mendewasa dan menjadikan segala program sebagai gedung pahala buat arwah Mohilis, antara insan awal yang menubuhkan persatuan ini.

Seawal Januari 2026, program pertama di tahun 2026 di halaman daerah kelahiran arwah, rakan seperjuangan yang selalu D’Bayu rindukan.

Tahun 2026 adalah azam dan fasa untuk kita menyambung segala yang telah direncana. Semoga tahun ini tahun bertuah buat Persatuan Pemuisi Dbayu Sabah!

Bersama “Memacu Evolusi Sastera Sabah”

Selamat tahun Baharu 2026.

29/11/2025

Turun mengundi kali pertama? Perlu ulangkaji selepas PRU Dewan Undangan Sabah Ke-16? Ingat-ingat lupa?

Sudi-sudilah semak...

10 LANGKAH PENGUNDIAN PADA HARI MENGUNDI

1. SILA MASUK APABILA DIBENARKAN OLEH ANGGOTA POLIS YANG MENGAWAL SELIA PINTU MASUK.

2. SERAHKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI DAN SLIP SEMAKAN (SEKIRANYA ADA) KEPADA KERANI PENGUNDIAN PERTAMA. TUNJUKKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN UNTUK DIPERIKSA.

3. KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBERIKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI KEPADA KERANI PENGUNDIAN KEDUA UNTUK PENGESAHAN. PASTIKAN NOMBOR KAD PENGENALAN DAN NAMA ANDA YANG DITERIAKKAN OLEH KERANI PENGUNDIAN PERTAMA ADALAH TEPAT.

4. BERGERAK KE HADAPAN KERANI PENGUNDIAN KEDUA. CELUPKAN JARI TELUNJUK TANGAN KIRI KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA APABILA DIMINTA OLEH KERANI PENGUNDIAN KEDUA.

(KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBUAT PENANDAAN NAMA ANDA DALAM BUKU DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA APABILA JARI ANDA DICELUPKAN KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA).

5. TERIMA KERTAS UNDI DARI KERANI PENGUNDIAN KETIGA.

6. BERGERAK KE MEJA KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM) UNTUK MENINGGALKAN TELEFON BIMBIT.

(SEMUA PROSES PENGUNDIAN DIJALANKAN DALAM KEHADIRAN EJEN-EJEN TEMPAT MENGUNDI YANG BERTUGAS).

7. MAJU KE PETAK UNDI DAN TANDAKAN "X" PADA RUANG KOSONG BERSEBELAHAN DENGAN NAMA DAN SIMBOL CALON DALAM KERTAS UNDI MENGGUNAKAN PEN. PILIH SATU CALON SAHAJA.

8. MASUKKAN KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI YANG BETUL.

9. BERGERAK KE MEJA KTM SEKALI LAGI UNTUK MENGAMBIL TELEFON BIMBIT.

10. SEGERA TINGGALKAN TEMPAT MENGUNDI SETELAH SELESAI MENGUNDI.

Jangan lupa TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA pada esok hari, 29 November 2025 bagi PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 !

“Sepetang Dalam Puisi”. Program yang berlangsung pada 15 November 2025 bertempat di Sabah International Convention Centr...
17/11/2025

“Sepetang Dalam Puisi”. Program yang berlangsung pada 15 November 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre( SICC ).

Kali ini, Persatuan Pemuisi D’Bayu Sabah bersama-sama dengan Persatuan lain terdiri daripada Momogunsia, Ikatan Penulis Sabah, Bahasa, PENA, juga Persatuan Bahasa dan Budaya Sabah.

Penganjuran yang julung kali diadakan oleh Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS )adalah salah satu kejayaan buat para penulis, pemuisi dan penyair berada di pentas yang sama.

Semoga program ini lebih mengeratkan lagi silaturahim juga permulaan sinergi Persatuan Pemuisi D’Bayu bersama PNS yang berterusan dalam menyemarakkan sastera Sabah khususnya.

Persatuan Pemuisi D’Bayu
-Memacu Evolusi Sastera Sabah-

Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2025“Sepetang Dalam Puisi”Mari bersama kita raikan acara persembahan puisi & seni ...
15/11/2025

Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2025
“Sepetang Dalam Puisi”

Mari bersama kita raikan acara persembahan puisi & seni yang menampilkan barisan pemuisi serta penggiat seni Sabah, khususnya. Turut bersama bacaan puisi dari sasterawan Negeri Sabah Tuan Hasyuda Abadi.

Sinergi bersama Perpustakaan Negeri Sabah kali ini menampilkan Persatuan Pemuisi D’Bayu diwakili oleh Puan Nurirfiney, Encik Afif Hakimi dan Encik Syafiq Dulamid juga bersama-sama Tunas dan rakan D’Bayu dengan penyertaan bacaan puisi serta dendangan syair!

Persembahan mereka boleh ditonton secara langsung di siaran Youtube dengan pautan link https://youtube.com/live/y8KrVkFn5HY?feature=share.

📅 Tarikh: Sabtu, 15 November 2025
⏰ Masa: 05.00 petang - 07:00 petang
📍 Lokasi: Pentas Utama, Dewan Kinabatangan Level 2, SICC, Kota Kinabalu
💻 Penstriman oleh Pasukan Inovasi Digital, Perpustakaan Negeri Sabah.



Persatuan Pemuisi D’Bayu
-Mamacu Evolusi Sastera Sabah-

Address

Lot 26, No. 32 Taman Prestige, Menggatal
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pemuisi D’Bayu Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share