KELAB Remaja ISMA Kota Kinabalu

KELAB Remaja ISMA Kota Kinabalu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KELAB Remaja ISMA Kota Kinabalu, Youth Organization, Kota Kinabalu.
(1)

Kelab Remaja ISMA Sabah adalah platform menyediakan akiviti remaja yang berfaedah seperti kem, sukan dan usrah untuk pelajar sekolah menengah tingkatan satu sehinggalah lima.

SEKALUNG PENGHARGAAN | REPROALERT 2026Alhamdulillah, program REPROALERT: Alert Today, Secure Tomorrow telah berlangsung ...
26/04/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN | REPROALERT 2026

Alhamdulillah, program REPROALERT: Alert Today, Secure Tomorrow telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2026 di Dewan Seminar SMK Pekan Telipok.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerjasama I-Medik Sabah juga penceramah jemputan, Dr Busyro Zuldin, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang pendidikan seksualiti dalam kalangan peserta.

Terima kasih atas komitmen dan penyertaan semua.



CEMERLANG SPM 2025Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan ahli kelab remaja ISMA Kota Kinabalu yang telah menda...
07/04/2026

CEMERLANG SPM 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan ahli kelab remaja ISMA Kota Kinabalu yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini.

Semoga kecemerlangan ini menyumbang kepada kemenjadian ummah kita yang akan datang.

Terus cemerlang untuk ummah, Remaja KRIM!



Tahniah kepada semua calon SPM 2025 atas keputusan yang telah diperoleh hari ini.Setiap usaha, doa dan pengorbanan yang ...
31/03/2026

Tahniah kepada semua calon SPM 2025 atas keputusan yang telah diperoleh hari ini.

Setiap usaha, doa dan pengorbanan yang telah dilalui bukanlah sesuatu yang sia-sia. Apa jua keputusan yang diterima, ingatlah bahawa ia hanyalah satu permulaan kepada perjalanan yang lebih luas.

Terus melangkah dengan yakin, kerana masa depan masih penuh dengan peluang dan harapan.

Ikhlas daripada
Kelab Remaja ISMA Kota Kinabalu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan buat kita semua.Ikhlas mem...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan buat kita semua.
Ikhlas memohon ampun dan maaf zahir & batin.

Alhamdulillah, selesai sudah Program Remaja Rindu Ramadhan 1447H.Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlib...
17/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Remaja Rindu Ramadhan 1447H.

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga setiap perkongsian, muhasabah dan pengisian sepanjang program ini menjadi langkah kecil untuk kita semua lebih dekat dengan Allah, khususnya dalam menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. 🌙

REMAJA RINDU RAMADHAN 1447HKelab Remaja ISMA Kota Kinabalu akan mengadakan program Remaja Rindu Ramadhan bagi membantu p...
13/03/2026

REMAJA RINDU RAMADHAN 1447H

Kelab Remaja ISMA Kota Kinabalu akan mengadakan program Remaja Rindu Ramadhan bagi membantu para pelajar membuat persediaan menyambut bulan Ramadhan dengan pengisian yang bermanfaat.

🗓 13–14 Mac 2026
📍 SMK Pekan Telipok

Dengan slot pengisian yang menarik:
* Slot Heart Check !
* Slot Kata Quran Hari Ini.

Semoga program ini dapat memberi kesedaran dan manfaat kepada semua pelajar dalam meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap Ramadhan.

Semua pelajar dialu-alukan untuk menyertai program ini.


✨ Salam Nuzul Al-Qur’an ✨  Al-Qur’an bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam keh...
07/03/2026

✨ Salam Nuzul Al-Qur’an ✨

Al-Qur’an bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Sempena hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama memperbaharui hubungan kita dengan Al-Qur’an — membaca dengan hati, memahami dengan ilmu, dan mengamalkan dengan ikhlas.

Sabda Rasulullah ď·ş:
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.”
(HR. Bukhari)

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa mendekati Al-Qur’an dan menjadikannya panduan hidup. 🤍




🌙 Ramadan Mubarak 1447H 🌙Alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan kita bertemu bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keb...
21/02/2026

🌙 Ramadan Mubarak 1447H 🌙

Alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan kita bertemu bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan ini.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 183:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih bertakwa dan lebih dekat kepada Allah SWT.
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Semoga setiap amal kita diterima dan diberkati oleh-Nya. 🌙



Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program Perform Early Minute dengan jayanya di SMK Pekan Telipok. Program...
16/02/2026

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program Perform Early Minute dengan jayanya di SMK Pekan Telipok. Program yang bertujuan untuk menyiapkan para pelajar ke dunia selepas SPM. Pelbagai booth seperti Asasi UMS, Diploma, IPG, Politeknik dan TVET dibuka untuk para pelajar. Tidak dilupakan sesi Ted Talk dan sesi Booster yang bertujuan untuk menaikkan semangat adik-adik SMKPT untuk tidak berputus asa dalam menjalani perjalanan menuntut ilmu.

Moga terus maju jaya, adik-adik SMKPT!

Jumpa lagi di program akan datang.


AKAN DATANG🎉PERFORM EARLY MINUTES ⏱️KRIM Kota Kinabalu kembali lagi dengan program perform early minites! Nantikan progr...
26/01/2026

AKAN DATANG🎉

PERFORM EARLY MINUTES ⏱️

KRIM Kota Kinabalu kembali lagi dengan program perform early minites! Nantikan program kali ini yang akan berlangsung pada ;

🗓️ : 7 FEBUARI 2026
⏰ : 7 Pagi - 1 Petang
📍 : SMK PEKAN TELIPOK

Nantikan info yang seterusnya !


Address

Kota Kinabalu
88852

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60193994478

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KELAB Remaja ISMA Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KELAB Remaja ISMA Kota Kinabalu:

Share