PERSATUAN PROFESIONAL HARTA TANAH SABAH (PPHTS)
Persatuan Profesional Harta Tanah Sabah (PPHTS) merupakan sebuah badan yang baru ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan dan mewakili para profesional hartanah berlesen di Sabah, termasuk Penilai, Ejen Hartanah, Pengurus Harta dan Perunding Harta Tanah yang berdaftar. Penubuhan PPHTS adalah selaras dengan keperluan untuk mewujudkan satu sektor har
tanah yang tersusun, beretika dan mampan di negeri Sabah. Menjadi platform pusat bagi kerjasama, jaringan profesional dan perkongsian ilmu dalam kalangan pengamal industri hartanah di Sabah.
2. Menegakkan dan mempromosikan tahap etika dan amalan profesional tertinggi selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH).
3. Menyokong pembangunan sektor hartanah melalui penglibatan konstruktif bersama agensi kerajaan, pemain industri dan masyarakat umum.
4. Menyediakan peluang pembangunan profesional, pendidikan berterusan dan advokasi untuk ahli-ahlinya bagi meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan.
5. Memberi pandangan pakar dalam perumusan dasar awam, bagi memastikan keselarasan antara peraturan dan realiti pasaran semasa. PPHTS berhasrat untuk memainkan peranan yang strategik dan proaktif dalam membentuk pasaran hartanah Sabah yang progresif, telus dan bertanggungjawab.