12/08/2026
๐ฟ Kunjungan Hormat PERHILAS | 12 Ogos 2026
Pertubuhan Hijau Lestari Sabah (PERHILAS) berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul bin Ibrahim, bersama Pengarah IKRAR, Dr. Zainuddin Sabu.
Dalam pertemuan yang ringkas ini, kami berkesempatan berkongsi sedikit mengenai usaha PERHILAS dalam menjalankan aktiviti pendidikan alam sekitar, kitar semula dan upcycling bersama komuniti setempat.
Antara inisiatif kecil yang sedang kami usahakan ialah menyediakan kursus dan bengkel secara PERCUMA kepada komuniti dari 8 buah kampung berhampiran Pusat Kitar Semula dan Upcycling, dengan harapan dapat sama-sama meningkatkan kesedaran tentang kebersihan, pengurusan sisa dan penjagaan alam sekitar. โป๏ธ๐ฑ
Masih banyak yang perlu kami pelajari dan perbaiki, tetapi kami berharap usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dan menyumbang sedikit ke arah Sabah yang lebih bersih, hijau dan lestari.
Terima kasih Datuk Azrul atas kesudian menerima kunjungan kami, dan terima kasih juga Dr. Zainuddin atas kebersamaan dan sokongan.
Sedikit usaha, semoga memberi manfaat yang berpanjangan. ๐