12/05/2026
๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ฅ๐ฒ๐น๐ถ๐ฒ๐ณ ๐๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ก๐๐ข ๐ ๐๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ข๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ฝ๐๐ฟ ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐๐ด ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ด๐ถ๐ฎ
Alhamdulillah, persiapan operasi bantuan dan Dapur Rakyat bagi mangsa kebakaran di Kg Bahagia, Sandakan terus berjalan dengan lancar hasil kerjasama pelbagai pihak yang prihatin terhadap ujian yang sedang dihadapi oleh para mangsa.
Bagi pihak Sabah Relief, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan serta rakan-rakan NGO yang bersama turun membantu dan berganding bahu dalam menjayakan misi kemanusiaan ini.
Antara yang bersama di lapangan termasuk Khidmat Malaysia, Muslim Care, PAPISMA, Nisa Malaysia serta pelbagai pihak lain yang terus menghulurkan bantuan tanpa mengenal penat lelah.
Dalam keadaan mangsa masih berdepan kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas, sokongan daripada semua pihak amat memberi makna โ bukan sahaja dalam bentuk bantuan, tetapi juga kekuatan moral dan harapan untuk mereka bangkit semula.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan, setiap tenaga yang dikerahkan, dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT.
๐ค Bersama kita hadirkan harapan buat mereka yang sedang diuji.
โBersama Membantu, Bersama Menguatkan.โ
Ummah
https://sabahrelief.org/berita/2026/05/dapur-rakyat-kg-bahagia.html?v2