23/09/2025
LAWATAN MANGSA BENCANA ALAM (TANAH RUNTUH)
Tarikh: Isnin, 22 September 2025
Masa & Tempat:
1. 11.00 pagi – Dewan Raya Kg. Ramayah, Penampang
2. 2.00 petang – Dewan Raya Kg. Mook, Papar
3. Dewan Raya Kg. Kinarut, Papar (mangsa banjir & tanah runtuh – 2 terkorban)
4. Dewan Raya Kg. Marahan, Kg. Gana, Papar (mangsa banjir & tanah runtuh – 3 terkorban)
5. Rumah Ketua Kampung Padawan, Papar
Pemimpin Pembangunan Masyarakat N18 Inanam,
YBhg. DATUK WILLIAM MAJINBON (DWM) bersama Isteri Datin Esther Sikayun telah menghadiri program penyerahan sumbangan kebajikan anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) yang diketuai oleh Presiden MDNS, YBhg. Datuk Claudius Roman.
Sumbangan yang disampaikan merangkumi:
Bungkusan makanan asas, Barangan keperluan harian,
Sumbangan wang tunai kepada keluarga tanah runtuh.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban golongan terjejas akibat bencana alam yang berlaku baru-baru ini di daerah Penampang dan Papar.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
YBhg. Datuk Joseph Paulus Lantip
YBhg. Datuk Hj Abdul Kadir
YBhg. Datuk Wilis Ansoi
YBhg. Datuk Dr. Mohan
YBhg. Datuk Aloysius M
YBhg. Datuk Flora Evarustus,
YBhg. Datuk Verus A. Sham,
YBhg. Datuk Ng Lai Su
Program berjalan dengan penuh lancar dan mendapat sambutan mesra daripada Pemimpin setempat. Usaha murni ini diharap dapat memberikan semangat dan sokongan moral kepada para mangsa bencana.
Semoga seluruh keluarga yang terlibat dengan musibah ini tabah dan terus kuat menghadapi situasi ini.
📸✍️ Ay-MediaUPPMN18Inanam
- Arimah Yaien