28/04/2026
Memperkenalkan, EPIK INPUT. Lima gadis muda. Satu misi. Satu bunyi yang bakal gegarkan scene. Membawa nama sebagai The Outcast sebelum ini, mereka kini bangkit dengan identiti baru, Epik Input. Penjenamaan semula ini bukan sekadar nama, tapi satu permulaan kepada perjalanan yang lebih besar dan lebih berani.
Dianggotai oleh gadis-gadis muda iaitu Dania (Lead Guitar), Keysha (Rhythm Guitar), Ashley (Bass), Abbygail (Keyboard) Putri (Drum) dan Maya (Vocal), mereka membawa aura segar dengan gabungan alternative rock dan pop-punk yang penuh energi. Segalanya bermula secara tidak dirancang. Ketika Keysha dan Ashley menunggu Putri di sekolah muzik. Dari jauh, dentuman drum yang kasar dan keras menarik perhatian mereka. Dari detik itu, tercetus satu idea… satu impian… satu band. Maya, Dania dan Abbygail melengkapkan puzzle ini, dan dari situlah Epik Input lahir.Langkah pertama mereka? Jamming di Loud Music Studio Taipan Inanam, dan kini, mereka kembali ke tempat yang sama untuk membuktikan sesuatu yang lebih besar. Mula menjejakkan kaki dengan event dan persembahan pertama mereka di Live at Muszilla, THE Z RULE.
Walaupun masih belum mempunyai lagu original, semangat mereka tidak pernah kosong. Mereka sedang membina identiti, mengumpul influence, dan mula mencipta karya sendiri, satu proses yang bakal melahirkan sesuatu yang real dan jujur dari hati mereka. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI,THE LOUD Z’S GOES EMO! Berlangsung pada 23 MAY 2026, di Loud Music Studio Taipan Inanam pada jam 1:00 PETANG. Harga ticket hanya RM10 SAHAJA. Datang. Support. Rasai sendiri energi generasi baru ini membawakan vibe emo yang kita rindukan.
Ini bukan sekadar persembahan. Ini adalah permulaan sebuah perjalanan. Hari ini mereka di event kecil. Esok? Siapa tahu… mereka mungkin akan menguasai pentas besar. Tapi semuanya bermula dengan kita. Dengan sokongan kita. Jangan biarkan scene ini mati. Pelapis sudah ada.Sekarang giliran kita untuk hidupkan semula dan menyokong mereka. AYUH TURUN DAN JADI SAKSI !!🔥