21/05/2025
LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN PERTAMA PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) SOOK
Tarikh: 21 Mei 2025
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Keningau
Pengerusi Mesyuarat: YBrs. Tuan Haji Fitrisubroto bin Haji Yahmin, Pengarah LPP Sabah
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pertama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sook telah berjaya dilaksanakan pada 21 Mei 2025, dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Fitrisubroto bin Haji Yahmin, Pengarah LPP Sabah.
Turut hadir dalam mesyuarat penting ini ialah:
1. Encik Jafrin Kaingud, Timbalan Pengarah LPP Sabah
2. Encik Mohammad bin Utung, Ketua Cawangan Hal Ehwal Pendaftar, LPP Sabah
3. Encik Amin bin Ismail, Pegawai Penyelia Wilayah Pedalaman, LPP Sabah
4. Ketua-ketua Unit Cawangan Hal Ehwal Pendaftar, LPP Sabah
5. Barisan Ahli Jawatankuasa Sementara PPK Sook
6. Encik Poulus Empah, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, PPW Pedalaman ( Pentadbir, PPK Sook).
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaraskan struktur pentadbiran, peranan serta hala tuju awal PPK Sook setelah ia rasmi didaftarkan pada 28 April 2025. Tarikh ini turut menjadi detik bersejarah buat seluruh komuniti Peladang di Daerah Sook kerana secara kebetulan ia adalah tarikh penubuhan rasmi Daerah Penuh Sook.
Antara perkara penting yang telah dibincangkan dan diselaraskan termasuk:
1. Persediaan Mesyuarat Pertama AJK Sementara PPK Sook.
2. Penyelarasan struktur organisasi interim PPK Sook.
3. Peranan sokongan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah dalam memperkasa PPK Sook.
4. Perancangan awal pembangunan dan kebajikan anggota peladang.
PPK Sook beritizam untuk menjadi pemacu utama pembangunan agrokomuniti di Daerah Sook. Kami akan terus berusaha memajukan kebajikan peladang serta menjalin kerjasama erat dengan LPP Sabah dan agensi-agensi berkaitan demi mencapai visi Peladang Maju, Negara Sejahtera.