12/10/2026
BBQ UKHUWWAHOLIC | Meraikan pelajar baru UMS bersama PEMBINA UMS dan Pembina Sabah
KOTA KINABALU, 11 Oktober 2026 - Program santai BBQ UKHUWWAHOLIC telah berjaya dilaksanakan pada Ahad , 11 OKTOBER 2026, bertempat di Masjid Al Isra Telipok, sebagai satu inisiatif meraikan kedatangan mahasiswa yang baru sahaja mendaftar sebagai pelajar universiti.
Program ini dimulakan dengan aktiviti sukaneka santai diketuai oleh tanzim UMS. Kemudian di susuli dengan sesi perkongsian santai yang di sampaikan oleh Ts. Abd Hafeez yang bertajuk Gaya Hidup Mahasiswa Muslim di IPT.
Program diakhiri dengan aktivi yang ditunggu-tunggu iaitu jamuan makan dan sesi bergambar.
Alhamdullilah,Selamat datang kepada semua pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah!