KADAZAN DUSUN CULTURAL ASSOCIATION SABAH (KDCA) atau KOISAAN adalah sebuah pertubuhan bukan politik bagi manfaat 45 kumpulan etnik dan 125 sub-etnik di seluruh Sabah. April, 1966 oleh bekas Timbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Mr. Perkembangan KDCA bermula sejak tertubuhnya Persatuan Kadazan Penampang (KSP) pada tahun 1953. KSP itu telah memberi laluan kepada pembentukan Kadazan Cultural Associ
ation Sabah (KCA) pada tahun 1963. Sudah menjadi lumrah bahawa kebudayaan berubah mengikut keadaan, maka pada 25hb. September, 1991, menerusi Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan Ke-Lima, telah mencapai kata sepakat dan seterusnya menerima-pakai istillah Kadazandusun bagi menunjukkan bahawa Kadazan dan Dusun adalah anak negeri Sabah yang sama. Justeru itu, KCA telah diubah menjadi KDCA, seperti hari ini, sebagai manifestasi keahlian multi-etnik yang lebih menyeluruh. KDCA, sejak penubuhannya dalam tahun 1950an, telah memainkan peranan penting di dalam pengekalan, pengembangan, pengkayaan dan penyebaran kebudayaan multi-etnik Kadazandusun. Tanpa KDCA, budaya yang kita warisi sehingga hari ini mungkin sudah lama pupus dari dunia akibat dominasi budaya moden dan ditelan zaman. Persidangan Perwakilan KDCA adalah ruang dan forum bagi membolehkan wakil-wakil multi-etnik membincangkan isu-isu utama yang melibatkan masa depan mereka serta tempat mereka mencapai kata sepakat bagi mengatasi masalah dan cabaran mereka bersama. KDCA telah, sedang dan akan terus terlibat secara langsung dalam berbagai-bagai aktiviti yang berkaitan dengan dokumentasi pengekalan, pengembangan, pengkayaan dan penyebaran kebudayaan Kadazandusun; bahasa dan kesusasteraan, perubatan dan rawatan tradisional, makanan dan minuman tradisional, muzik dan lagu, tarian dan drama, kraftangan, lukisan dan ukiran, sukan tradisional dan pakaian tradisional. Peranan KDCA yang terbaru ialah mengekalkan dan melindungi Ilmu Pengetahuan Asal dan Hak Harta Kebijaksanaan. KDCA juga akan terus memainkan peranan penting dalam menjalin dan mengeratkan lagi perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri Sabah menerusi penyertaan dan penglibatan mereka di dalam perayaan Pesta Kaamatan di peringkat kampung, daerah, negeri dan kebangsaan. KDCA setakat hari ini telah berjaya mengadakan persembahan kebudayaan di beberapa buah negeri di Malaysia, negara-negara Asia (termasuk China, Taiwan, Thailand, Indonesia, Brunei Darulasam, Filipina, Korea Selatan dan Jepun), Eropah, Amerika, Canada, Australia, New Zealand dan Korea. Maju atau mundurnya KDCA, bergantung kepada peranan dan iltizam penuh para pemimpin dan ahlinya. Ahli-ahli KDCA yang muda, professional, bertenaga dan kreatif sangat diperlukan bagi menjamin perkembangan dan kesinambungan persatuan ini. Justeru itu, adalah perlu untuk mengetahui dan memahami terlebih dahulu tentang visi, matlamat, peranan, fungsi dan program serta keistimewaan dan hak sebagai ahli, sebelum mereka melibatkan diri secara langsung dalam KDCA. Pengenalan KDCA ini adalah untuk memberi gambaran dan penjelasan kepada ahli-ahli dan bekal ahli KDCA serta masyarakat umum tentang KDCA kelmarin, hari ini dan esok.