Pertubuhan Dakwah Muslimah SABAH

Pertubuhan Dakwah Muslimah SABAH PPM-048-12-03012024

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima." 🌿​Alhamdulillah, hari ini kami di PDMS berpeluang menyantuni anak-a...
20/03/2026

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima." 🌿

​Alhamdulillah, hari ini kami di PDMS berpeluang menyantuni anak-anak asnaf dalam program Shopping Raya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama kami, SESB, dan juga barisan AJK yang bertungkus-lumus hari ini. Tanpa bantuan anda semua, program ini tidak mungkin berjalan selancar ini.

​Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian dengan keberkatan yang melimpah ruah di bulan Ramadan ini. Amin YRA. 🤲✨

Part 2 🤗 GLOW UP RAMADAN 1447H / 2026M ✨Alhamdulillah, Pertubuhan Dakwah Muslimah Sabah (PDMS) telah berjaya melaksanaka...
18/03/2026

Part 2 🤗

GLOW UP RAMADAN 1447H / 2026M ✨

Alhamdulillah, Pertubuhan Dakwah Muslimah Sabah (PDMS) telah berjaya melaksanakan program GLOW UP RAMADAN "Hiasan Kasih Ramadan" pada 18 Mac 2026.
​Program ini memfokuskan kepada bantuan penyediaan hari raya termasuk hiasan dalaman rumah, langsir, karpet, serta keperluan dapur dan duit raya buat 5 keluarga asnaf terpilih.

​Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan kerjasama kami, Sawit Kinabalu Group, atas kehadiran wakil dan sokongan padu dalam menjayakan inisiatif ini.
​Tidak lupa juga buat seluruh barisan AJK yang terlibat. Komitmen dan tenaga yang anda sumbangkan adalah nadi kepada kejayaan program ini. Jazakumullahu Khairan Kathira.

Part 1 🤗 GLOW UP RAMADAN 1447H / 2026M ✨Alhamdulillah, Pertubuhan Dakwah Muslimah Sabah (PDMS) telah berjaya melaksanaka...
18/03/2026

Part 1 🤗

GLOW UP RAMADAN 1447H / 2026M ✨

Alhamdulillah, Pertubuhan Dakwah Muslimah Sabah (PDMS) telah berjaya melaksanakan program GLOW UP RAMADAN "Hiasan Kasih Ramadan" pada 18 Mac 2026.
​Program ini memfokuskan kepada bantuan penyediaan hari raya termasuk hiasan dalaman rumah, langsir, karpet, serta keperluan dapur dan duit raya buat 5 keluarga asnaf terpilih.

​Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan kerjasama kami, Sawit Kinabalu Group, atas kehadiran wakil dan sokongan padu dalam menjayakan inisiatif ini.
​Tidak lupa juga buat seluruh barisan AJK yang terlibat. Komitmen dan tenaga yang anda sumbangkan adalah nadi kepada kejayaan program ini. Jazakumullahu Khairan Kathira.

Agihan Bakul Makanan Ramadan PDMS 🌙Khusus buat semu Ahli PDMS 💕🤲🤲​📍 Lokasi: Kg. Tajau, Tuaran🗓️ Tarikh: 16 Mac 2026 (Isn...
17/03/2026

Agihan Bakul Makanan Ramadan PDMS 🌙
Khusus buat semu Ahli PDMS 💕🤲🤲

​📍 Lokasi: Kg. Tajau, Tuaran
🗓️ Tarikh: 16 Mac 2026 (Isnin)

​Selesai penyerahan bakul makanan kepada ahli PDMS dengan kerjasama pihak Zakat Sabah. Terima kasih kepada semua AJK dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

​Semoga diberkati dan menjadi amal jariah buat kita semua. Amin.

[BERKONGSI REZEKI, MENYEMAI KASIH] ❤️🥣​Alhamdulillah, selesai sudah Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Dakwa...
07/03/2026

[BERKONGSI REZEKI, MENYEMAI KASIH] ❤️🥣

​Alhamdulillah, selesai sudah Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Dakwah Muslimah Sabah (PDMS) pada hari Sabtu (07.03.2026)

​Seawal jam 9.00 pagi, para ahli PDMS sudah mula berkumpul untuk sesi penyediaan dan pembungkusan. Suasana dapur riuh dengan ukhuwah demi memastikan 300 pek bubur lambuk siap untuk diagihkan kepada komuniti.

​Tepat jam 2.30 petang, misi agihan bermula ke beberapa lokasi:
📍 Balai Bomba & Balai Polis Tuaran
📍 Hospital Berungis Tuaran
📍 Asnaf Kg. Serusup
📍 Masjid Indai & Masjid Tajau
📍 Masjid Somodon Topokon
📍 Sekitar Taman Permainan & Astaka Tuaran
📍 Kota Belud

​Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang serta ahli PDMS yang bertungkus-lumus memasak dan mengagihkan bubur. Semoga setiap suapan yang dinikmati menjadi asbab keberkatan buat kita semua. Amin. 🤲✨

18/02/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL-MUBARAK 1447H / 2026M 🌙

“Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar keimanan,
menyucikan hati dengan taubat,
menguatkan jiwa dengan sabar,
dan menghimpunkan kita dalam rahmat serta keampunan-Nya.”

✨ Rebutlah peluang di bulan penuh keberkatan ini
untuk memperbanyakkan amal,
memperindah akhlak,
dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. ✨

Ikhlas daripada:
🌸 Pertubuhan Dakwah Muslimah Sabah 🌸

🌷PART 2🌷Alhamdulillah 🤲✨Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali KeduaPertubuhan Dakwah Muslimah SabahTelah berjalan dengan la...
16/02/2026

🌷PART 2🌷
Alhamdulillah 🤲✨

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Kedua
Pertubuhan Dakwah Muslimah Sabah

Telah berjalan dengan lancar pada:
🗓 15 Februari 2026 (Ahad)
🕐 1.00 Petang
📍 Torong Akung, Kg Serusup, Tuaran

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik demi memperkasakan dakwah muslimah di Sabah.

Address

Kota Kinabalu

Telephone

+601151157310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Dakwah Muslimah SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share