Masjid Jamek Kg Likas

Masjid Jamek Kg Likas MASJID JAMEK KG LIKAS

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَاللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ ن...
27/04/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ
مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ، وَلَا تَجْعَلْهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّارِ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

MAKLUMAN PELAWAAN MENYERTAI IBADAH KORBAN 1447H / 2026MAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan segala hormatny...
21/04/2026

MAKLUMAN PELAWAAN MENYERTAI IBADAH KORBAN 1447H / 2026M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak kami membuka pelawaan kepada orang ramai untuk menyertai Ibadah Korban bagi tahun 1447H / 2026M.

Sehubungan dengan itu, butiran adalah seperti berikut:

📅 Tarikh Ibadah Korban: 28 Mei 2026 (Hari Raya Kedua) jika tidak ada perubahan
📍 Tempat: Rumah Wakaf Masjid Jamek Kg Likas
🐄 Jenis Korban: Lembu

* Lembu (1 bahagian): RM 950.00

Kelebihan menyertai korban:

* Menunaikan ibadah sunat muakkad
* Berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan
* Menghidupkan syiar Islam

📌 Cara Penyertaan:

1. Isi borang pendaftaran
2. Buat pembayaran penuh
3. Hantar bukti pembayaran kepada urus setia

📞 Sebarang pertanyaan & pendaftaran, sila hubungi:
No'man
Mohd Edrus
Muhamad Aiman

⚠️ Tarikh tutup penyertaan: 20 Mei 2026

Dengan segala hormatnya, kami menjemput saudara dan saudari untuk hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang akan...
16/04/2026

Dengan segala hormatnya, kami menjemput saudara dan saudari untuk hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang akan diadakan untuk Ayahanda Datuk Haji Matusin bin Awang Damit. Majlis akan berlangsung selepas solat fardu Maghrib di Masjid Jamek, Kampung Likas. Kehadiran tuan-puan amatlah dihargai.

PERKARA: PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG MASJID JAMEK KG. LIKAS SESI 2026/2028Assalamualaikum w.b.t.,Dengan segala hormatnya...
14/04/2026

PERKARA: PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG MASJID JAMEK KG. LIKAS SESI 2026/2028

Assalamualaikum w.b.t.,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah membuat pertimbangan sewajarnya dan menangguhkan Mesyuarat Agung Masjid Jamek Kg. Likas yang sebelum ini dijadualkan pada 18 April 2026.

Sehubungan itu, tarikh baharu Mesyuarat Agung berkenaan akan dimaklumkan kelak oleh pihak JHEAINS.

Walau bagaimanapun, borang pencalonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 April 2026 seperti yang telah ditetapkan.

Pihak jabatan amat menghargai kerjasama dan perhatian tuan/puan serta seluruh ahli kariah dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.
fansMasjid Jamek Kg Likas

Melalui:
PTA JHEAINS Bandaraya
PPMD

Ayahanda Datuk Hj Matussin Bin Awang Damit adalah sosok yang paling penting dalam hidup kita di zaman ini. Beliau bukan ...
14/04/2026

Ayahanda Datuk Hj Matussin Bin Awang Damit adalah sosok yang paling penting dalam hidup kita di zaman ini. Beliau bukan sahaja berusia lanjut, tetapi juga seorang yang tekun beribadah, sering memberi nasihat dan pandangan yang mendalam kepada masjid Jamek kg likas, kepada masyarakat Likas dan kepada kita semua. Kehadirannya adalah anugerah yang besar, kerana dengan nasihat beliau, kita mendapat panduan dan kekuatan untuk terus melangkah di jalan yang benar

jasa beliau memang luas dan mendalam. Sumbangan beliau bukan sahaja dirasai di peringkat kampung, malah ia menjadi inspirasi kepada pembangunan Islam di Sabah secara keseluruhannya. Semoga legasi beliau terus dikenang dan menjadi teladan untuk generasi akan datang.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan menghayati serta mengamalkan nasihat dan tunjuk ajar beliau selama beliau membimbing kita. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa baiknya, di dunia mahupun di akhirat.

Di kesempatan ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa, agar Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kesihatan yang sempurna, keberkatan, dan afiat kepada Ayahanda Datuk Hj Matussin bin Awang Damit, agar setiap langkah beliau diberkati dan terus diberikan kekuatan dalam setiap hari yang dilalui. fans

Jom Berinfaq fansMasjid Jamek Kg Likas
09/04/2026

Jom Berinfaq
fansMasjid Jamek Kg Likas

Notis Mesyuarat Agung Masjid Jamek Kg Likas fansMasjid Jamek Kg Likas
03/04/2026

Notis Mesyuarat Agung Masjid Jamek Kg Likas

fansMasjid Jamek Kg Likas

🗓️ TARIKH: 14 SYAWAL 1447H/ 03 APRIL 2026M📜TEKS KHUTBAH JUMAAT: (TAJUK: "KAYA DUNIA, MUFLIS AKHIRAT")Allah SWT menegaska...
03/04/2026

🗓️ TARIKH: 14 SYAWAL 1447H/ 03 APRIL 2026M

📜TEKS KHUTBAH JUMAAT: (TAJUK: "KAYA DUNIA, MUFLIS AKHIRAT")

Allah SWT menegaskan bahawa apa yang berada di sisi-Nya akan kekal,
iaitu pahala amal soleh, kebaikan kepada manusia, sedekah, keikhlasan
dan akhlak yang mulia. Seseorang mungkin kelihatan berjaya dan kaya
di dunia, tetapi jika kekayaan itu tidak digunakan pada jalan Allah SWT,
bahkan disertai dengan kezaliman, fitnah dan mengambil hak orang lain,
maka segala kemewahan tersebut tidak mempunyai nilai di sisi Allah
SWT.

Imam & Khatib : Muhammad Aiman Azhar (Imam Kariah Kg Likas)

Bilal : Mohd Sharil Samir

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐓𝐘𝐓) 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa Bin Haji Aman semp...
30/03/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐓𝐘𝐓) 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa Bin Haji Aman sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Semoga kepimpinan Tuan Yang Terutama terus membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Sabah.

Tulus Ikhlas Daripada
Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kg.Likas

23/03/2026
SUASANA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI1447/2026  fans Masjid Jamek Kg Likas(1Syawal/Part2)
22/03/2026

SUASANA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI
1447/2026
fans Masjid Jamek Kg Likas
(1Syawal/Part2)

Address

Masjid Jamek Kampung Likas
Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Kg Likas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Jamek Kg Likas:

Share