07/02/2026
Persekutuan Pengakap Malaysia, Cawangan Sabah telah mengorak satu langkah besar apabila telah mengadakan EGM, bagi memurni dan meluluskan Undang-Undang Kecil, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (Pindaan 2025) pada 7 Februari 2026 bertempat di Ibu Pejabat, PPMCS, Kota Kinabalu.
EGM tersebut telah dihadiri oleh seramai 35 orang terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Bahagian , Pesuruhjaya Ibu Pejabat, ,Kawasan dan Daerah.
Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr. Awang Zaini B. Hj Suntim Timbalan Yang di-Pertua Majlis Pengakap Sabah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemurniaan dan Pindaan UUK, PPMCS yang baharu.
EGM pada kali ini melakar sejarah yang tersendiri apabila berjaya memurni dan meminda UUK PPMCS yang kali terakhirnya dipinda pada tahun 1981. UUK PPMCS (Pindaan 2025) ini telah *diluluskan secara sebulat suara oleh ahli-ahli yang hadir.*
*UUK PPMCS (Pindaan 2025) dibuat berpandu dan berasaskan Meja Bulat PPM 1964, UUK PPMCS 1981, P.O.R. (Pindaan 2010), Akta 784 , Persekutuan Pengakap Malaysia (Disemak 2016), Resolusi Kundasang, PPMCS 1997 manakala Template UUK PPM Negeri Selangor adalah menjadi panduan dan rujukan utama bagi menyediakan UUK PPMCS yang baharu ini.*
UUK PPMCS (Pindaan 2025) mengandungi 10 Bahagian, 28 Artikel dan 289 Perkara akan menjadi panduan dan rujukan utama kepimpipinan Pengakap Sabah untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen, berintergriti dan amanah serta menjadikan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap sebagai pegangan.
Selain itu 6 Perinsip menjadi teras dalam usaha pemurniaan dan pindaan UUK ini di mana antara lainnya adalah menjaga hak dan kepentingan semua ahli Pengakap Sabah serta tidak bercanggah dengan Perlembagaan, Dasar dan Peraturan PPM itu sendiri selain mengambil kira keperluan kontemporari agar relevan dengan keperluan dunia kepengakapan semasa.
Majlis Perasmian Penutupan EGM UUK PPMCS (Pindaan 2025) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj Zamani bin Tambichek, Naib Yang di-Pertua Majis Pengakap Negara. Turut hadir bersama ialah En. Mohamad Firdauz bin Hamzah, Pengurus PPM dan En Aiznin Sairi bin Sulaiman, Penolong Setiusaha Majlis Pengakap Negara.