UMNO Cawangan Stadium Likas

UMNO Cawangan Stadium Likas Umno cawangan stadium likas and it's annual activities.

16 September 2017, Perkarangan Kompleks S**an Likas, Kota Kinabalu, seramai 103 Ahli Cawangan Stadium Likas, UMNO Bahagi...
17/09/2017

16 September 2017, Perkarangan Kompleks S**an Likas, Kota Kinabalu, seramai 103 Ahli Cawangan Stadium Likas, UMNO Bahagian Kota Kinabalu telah menghadiri Sambutan Hari Malaysia Yang Ke 54 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada jam 8:00 malam.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Stadium Likas Kali Ke-17 telah diadakan pada 23 April 2017 yang bertempat di Rumah Tim...
25/04/2017

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Stadium Likas Kali Ke-17 telah diadakan pada 23 April 2017 yang bertempat di Rumah Timbalan Ketua Cawangan Puan Aris Binti Tabah, Kg. Padas Baru, Tebobon, Menggatal, Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh YBhg.Tuan Haji Mohamad Bin Awang Buntal, AJK UMNO Bahagian Kota Kinabalu.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 30 April 2016 yang bertempat di Pejabat UMNO Bahagia...
02/08/2016

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 30 April 2016 yang bertempat di Pejabat UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Fatimah Shara Hj. Ahmad Noor, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu

Sebagai Ketua UMNO Cawangan sejak tahun 2000, saya telah meneruskan perjuangan UMNO dalam memelihara perpaduan kekeluarg...
21/03/2016

Sebagai Ketua UMNO Cawangan sejak tahun 2000, saya telah meneruskan perjuangan UMNO dalam memelihara perpaduan kekeluargaan dikalangan Ahli Cawangan ini selama ini dan bilangan keahlian pun kain bertambah dari masa ke semasa yang mana UMNO telah menjadi pilihan rakyat Sabah khususnya masyarakat setempat yang mampu dapat membela nasib bangsa Melayu dan Bumiputera. Keahlian di UMNO Cawangan ini telah semakin bertambah daripada 55 orang ahli dalam tahun 2000 sehingga 355 orang ahli dalam tahun 2015.

Nanum begitu, agenda perjuangan UMNO bukan hanya penambahan keanggotaan bahkan juga mendokong kehasratan UMNO dalam pembelaan bangsa kita yang memerlukan bantuan bagi orang yang susah. Oleh yang demikian, kepentingan kebajikan bagi ahli UMNO Cawangan ini amat penting sekali yang saya harus memikul selama ini dan saya telah membuktikan bahawa parti UMNO ini adalah benar dalam memperjuangkan cita-cita UMNO dalam kebajikan ahlinya yang memerlukan bantuan dan ini menyebabkan kelangsungan perjuangan parti UMNO terus kekal di hati mereka kerana perjuangan UMNO berjaya membangkitkan semangat di dalam kehidupan mereka.

Kelangsungan perjuangan UMNO tidak berkisar di situ dan ianya harus kesatuan di dalam pengurusan UMNO Cawangan Stadium Likas untuk membolehkan Cawangan ini berfungsi dengan baik dan sempurna serta lancar sepanjang masa. Oleh itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Stadium Likas yang dipelopori oleh saya sejak tahun 2000, harus memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting dalam sentiasa menggerakkan UMNO Cawangan ini sepanjang tahun dari segi penglibatan dalam aktiviti/program samada diadakan oleh UMNO Cawangan sendiri ataupun UMNO Bahagian Kota Kinabalu itu sendiri.

Menjelang Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan yang akan diadakan di seluruh negara Malaysia dari 18 Mac hingga 1 Mei 2016, kami di Jawatankuasa Pengurusan UMNO Cawangan Stadium Likas telah bermesyuarat pada 12 Mac 2016, hari Sabtu pada jam 3:00 petang di Bilik Mesyuarat di pejabat saya untuk membincangkan agenda Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Stadium Likas Kali Yang Ke 16 ini dan salah satu agenda yang amat penting ialah Usul-usul yang akan dibahaskan semasa persidangan UMNO Cawangan ini kelak.

Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO Cawangan Stadium Likas itu selesai, satu lagi mesyuarat diadakan, iaitu Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi bagi Koperasi Bumiputera Berjaya Sabah Berhad (KOBUSA) telah juga dijalankan dengan mengekalkan Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Stadium Likas yang berjawatan. Koperasi ini ditubuhkan atas kesedaran saya selaku Ketua UMNO Cawangan Stadium Likas sejak tahun 2000 untuk membantu kebajikan dan meningkatkan ekonomi Ahli Cawangan ini supaya mereka dapat menikmati dividen dalam perniagaan yang bakal kami memperkenalkan dan mengusahakan kelak dalam sektor pertanian, perikanan dan pembinaan.

Susulan daripada Mesyuarat Permulaan Agung Koperasi Bumiputera Berjaya Sabah Berhad pada 26 April 2015 yang lalu di Kota Kinabalu, Sabah dan pendaftaran Koperasi ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan kami telah menerima Sijil Pendaftaran Koperasi ini pada 14 Ogos 2016 dan seramai 8 orang Ahli Lembaga Koperasi telah diluluskan dalam mesyuarat permulaan tersebut untuk mengurus dan menimbang kelulusan dalam perihal pembangunan Koperasi ini secara amnya.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Yang Pertama telah juga dijalankan pada 12 Mac 2016, hari Sabtu pada jam 4:30 petang di Bilik Mesyuarat yang sama dan satu pemilihan untuk jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah dikendalikan dan saya telah dilantik sebagai Pengerusi untuk menerajui Koperasi Bumiputera Berjaya Sabah Berhad sehingga tahun depan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi yang akan datang.

Dalam mesyuarat itu juga, saya telah membentuk satu jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Koperasi untuk mengenalpasti jenis perniagaan yang telah terdaftar di dalam sektor pertanian, perikanan dan pembinaan. Mudah-mudahan, apa yang kita inginkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti di UMNO Cawangan Stadium Likas dan juga Koperasi Bumiputera Berjaya Sabah itu Berhad pada masa depan itu adalah diharapkan berjaya dengan sempurna dan lancar.

26 Disember 2015, Kota Kinabalu.Kami di UMNO Cawangan Stadium Likas, Bahagian P.172 Kota Kinabalu amat bersyukur dan ber...
25/12/2015

26 Disember 2015, Kota Kinabalu.

Kami di UMNO Cawangan Stadium Likas, Bahagian P.172 Kota Kinabalu amat bersyukur dan berterima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas kelulusan penubuhan Koperasi Bumiputera Berjaya Sabah Berhad (KOBUSA) secara rasmi pada 14 Ogos 2015.

Penubuhan Koperasi tersebut adalah bertujuan untuk menggalakkan semua Ahli Cawangan ini menyertai Koperasi ini untuk menjadi Ahli Koperasi ini demi usaha untuk mencungkil minat Ahli Koperasi dalam bidang perniagaan yang banyak dipromosikan oleh Kerajaan dalam pembangunan usahawan bumiputera supaya mereka dikeluarkan daripada kemiskinan di samping meningkatkan pendapatan mereka yang dijalankan secara individu atau berkumpulan.

Penubuhan Koperasi ini adalah juga menjadi inspirasi UMNO Cawangan Stadium Likas yang bukan sahaja berpolitik selama ini tetapi juga bertanggungjawab untuk membantu Ahlinya mencari dan melatih dalam sesuatu perniagaan yang sesuai supaya mereka menjadi peniaga yang berjaya pada masa depan.

Selepas mengadakan Permulaan Mesyuarat Koperasi Bumiputera Berjaya Sabah Berhad pada 26 April 2015 yang lalu yang dihadiri oleh Ahli Cawangan seramai 98 orang di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu, akhirnya Koperasi ini tertubuh dan menjadi kenyataan bagi kami di UMNO Cawangan Stadium Likas yang telah ditubuhkan dalam tahun 1999. Oleh itu, ini terbukti keikhlasan dan kejujuran perjuangan kami di Jawatankuasa UMNO Cawangan Stadium Likas untuk membela nasib bangsa Melayu dan Bumiputera demi untuk mendokong cita-cita parti UMNO untuk memartabatkan Bangsa, Agama dan Negara.

UMNO Cawangan Stadium Likas yang dianggotai seramai lebih dari 30 orang ahli cawangan yang diketuai oleh Ketua dan Timba...
25/09/2015

UMNO Cawangan Stadium Likas yang dianggotai seramai lebih dari 30 orang ahli cawangan yang diketuai oleh Ketua dan Timbalan Ketua Cawangan menyertai Perbarisan dan Perhimpunan solidariti dan semangat patriotisme "Sehati Sejiwa- Sabah Sokong Dato' Seri Najib" sempena menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2015 di Padang Merdeka, Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Pada jam 4:00 petang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri/Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Permulaan KOBUSA 2015  telah diadakan pada 26 April 2015 di Bilik Mesyuarat Pejabat UMN...
09/06/2015

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Permulaan KOBUSA 2015 telah diadakan pada 26 April 2015 di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian Kota Kinabalu pada jam 2:00 petang yang dirasmikan oleh En. Rosla Masran, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 26 April 2015 yang bertempat di Pejabat UMNO Bahagia...
09/06/2015

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 26 April 2015 yang bertempat di Pejabat UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Junaidi Datuk Haji Abdul Rahman, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu

Persidangan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 26 April 2015 yang bertempat di Pe...
09/06/2015

Persidangan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 26 April 2015 yang bertempat di Pejabat UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu

Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 26 April 2015 yang bertempat di Pe...
08/06/2015

Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 26 April 2015 yang bertempat di Pejabat UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu

Persidangan Tahunan Wanita UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 26 April 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Pe...
08/06/2015

Persidangan Tahunan Wanita UMNO Cawangan Stadium Likas telah diadakan pada 26 April 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu, 8 Jun - mempengerusikan Mesyuarat AJK UMNO Cawangan Stadium Likas Bil. 02/2014 di Bilik Mesyuarat Pejabat...
09/06/2014

Kota Kinabalu, 8 Jun - mempengerusikan Mesyuarat AJK UMNO Cawangan Stadium Likas Bil. 02/2014 di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bhg. KK. Antara agenda utama ialah membentangkan Pelan Strategik Transformasi Cawangan bertemakan "Transformasi Cawangan Menuju Kecemerlangan" yang mengundangi 8 langkah transformasi politik cawangan yang berjaya dalam tempoh 5 tahun, iaitu:
1. 7 Jentera UMNO Cawangan:
- Jawatankuasa Cawangan.
- Jawatankuasa Pergerakan Wanita
Cawangan (Skuad Sayang).
- Jawatankuasa Pergerakan Pemuda
Cawangan (Skuad Pemuda).
- Jawatankuasa Pergerakan Puteri
Cawangan (Skuad Puteri).
- Jawatankuasa Penerangan
Cawangan.
- Jawatankuasa Blok Perumahan.
- Jawatankuasa Pemikir.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan
bagi setiap bulanan yang mempunyai
agenda politik perbincangan.
3. Jalinan perhubungan rapat dengan:
- Kerajaan.
- Institusi Masyarakat.
- Badan S**arela.
- Pemimpin Masyarakat.
- Penduduk setempat.
4. Pelaksanaan program & aktiviti
Cawangan dalam setahun, bulanan,
mingguan atau musim perayaan:
- Pertemuan rakyat, NGO & Kerajaan.
- Gotong royong.
- Melawat keluarga miskin, bencana &
mangsa.
- S**aneka/Hari Keluarga.
- Kursus/Motivasi/Majlis Ilmu.
- Program Penerangan & Ceramah.
- Program Prihatin Rakyat/Kebajikan.
- Jamuan Hari Raya/Teh Petang.
5. Pewujudan Indeks Kepuasan Penduduk
(IKP) setempat dalam pertemuan &
pemantauan dari masa ke semasa
dengan perhubungan Jawatankuasa
Blok Perumahan & Jawatankuasa
Cawangan/Pergerakan seperti:
- Kemudahan Awam & Infrastruktur.
- Mesra Rakyat dengan Pemimpin
Masyarakat.
- Kemudahan Perkhidmatan.
6. Mengemaskinikan pentadbiran
Cawangan dari masa ke semasa:
- Ahli UMNO Cawangan.
- Pendudukan setempat.
- Pengundi.
7. Pembentukan minda & sifat
kepimpinan politik yang positif untuk
mengukuhkan UMNO Cawangan yang
berjaya seperti:
- Keazaman diri.
- S**a berkerja.
- Buat kerja yang betul.
- Kecenderungan kerja terperinci.
- Kefahaman & kesesuaian
persekitaran politik yang berubah.
- Pengetahuan kemenangan dalam
sasaran & strategi.
- Keperluan kerja yang aktif berterusan
yang berjaya.
- Pertuturan & pemikiran positif
merealisasikan matlamat.
- Kuasa niat menggambarkan aktiviti
yang ingin diwujudkan.
- Pemikiran positif tanda kejayaan.
- Keseimbangan emosi & intelek
merapatkan diri dengan tugas &
tanggungjawab kepimpinan.
8. Pewujudan akaun UMNO Cawangan
Stadium Likas dalam media sosial
seperti Facebook, Twitter, Blogger &
WhatsApp untuk menjalin hubungan
sokongan terhadap UMNO dan
Kerajaan BN mengenai matlumat &
kejayaan.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO Cawangan Stadium Likas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share