North Borneo Ultras

North Borneo Ultras BORN 5/4/11

BLACK SHIRT + MAFLA + SHOES = LOYAL TO SABAH FC FOREVER. FIGHT FOREVER! CURVA NORD!

An Ultra has no name, only his good friends know him...

RESPECT EACH OTHER!!!! NBU MERUPAKAN PERGERAKAN ANTI-POLITIK YANG TIDAK DIPERNGARUHI OLEH MANA-MANA INDIVIDU,GABUNGAN ATAU KUMPULAN. SEGALA BENTUK PENDAPAT DAN KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT MERUPAKAN KEPUTUSAN PERBINCANGAN BERSAMA DIKALANGAN KOMRAD NBU. WALAUBAGAIMANAPUN, ATAS NAMA PERSETUJUAN DAN KESEPAKATAN 'BROTHERHOOD' DIKALANGAN KOMRAD, N

BU SENTIASA MENYOKONG MANA-MANA INDIVIDU, GABUNGAN MAHUPUN KUMPULAN YANG BERUSAHA UNTUK MENAIKKAN IMEJ SERTA PRESTASI SABAH DEMI KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN DIMASA AKAN DATANG SERTA AKAN MENENTANG MANA-MANA INDIVIDU, GABUNGAN DAN KUMPULAN YANG MEROSAKKAN BOLA SEPAK SABAH.

Well Done Boys. 3 points from Brunei!See you at Likas next friday!
09/05/2026

Well Done Boys. 3 points from Brunei!

See you at Likas next friday!




Hari PerlawananBedaur kitani ke Brunei. Menang dan Pulang.
09/05/2026

Hari Perlawanan

Bedaur kitani ke Brunei. Menang dan Pulang.



Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat
05/05/2026

Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat

KBSKR Bukan Rampasan Kuasa, Ini Tuntutan Akauntabiliti.

bukan gerakan untuk merampas kuasa.

Ia bukan cubaan penyokong untuk mengambil alih tampuk kepimpinan bola sepak Malaysia. Ia bukan tuntutan untuk merebut jawatan. Ia bukan gerakan untuk menggantikan satu kelompok dengan kelompok yang lain.

Dalam bahasa mudah, tenang, jangan kanchiong. Kami bukan datang untuk ambil kerusi kalian.

Yang kami tuntut bukan kerusi. Yang kami tuntut ialah akauntabiliti.

Bola sepak Malaysia bukan milik mutlak mana-mana individu, institusi, kelompok politik, pemilik kelab, pegawai, atau orang berkepentingan.

Kalian yang menguruskan bola sepak ini ialah rakyat. Bezanya, kalian memegang fungsi, amanah dan kuasa. Maka apabila kuasa itu digunakan, ia mesti datang bersama tanggungjawab.

Siapa pun kalian, ahli politik, menteri, penjawat awam, kerabat, tauke, pemain, pegawai, atau penyokong, kalian tetap berada dalam ruang yang sama, ruang bola sepak rakyat.

Bezanya cuma tahap kuasa yang kalian pegang.

Sebab itu KBSKR menuntut satu perkara asas, uruslah bola sepak ini dengan jujur, telus, berintegriti dan bertanggungjawab. Jangan jadikan bola sepak sebagai alat kepentingan peribadi. Jangan jadikan institusi bola sepak sebagai ruang untuk melindungi kesilapan, menjaga pengaruh, atau memuaskan nafsu kuasa.

Masalah bola sepak Malaysia bukan baru.

Ia sudah lama wujud, dan sehingga hari ini, ada yang masih belum selesai. Tadbir urus masih lemah. Kewangan kelab masih rapuh. Liga masih tidak stabil. Akar umbi masih longgar. Standard profesional masih rendah. Penyokong ada yang tidak diumpamakan.

Setiap kali isu timbul, kita diberi kenyataan. Setiap kali krisis berlaku, kita diminta bertenang. Setiap kali penyokong bertanya, kita dilabel bising. Tetapi masalah yang sama terus berulang:

GAJI TERTUNGGAK
KELAB BERMASALAH
JADUAL BERUBAH
LESEN DIPERSOAL
PENGURUSAN KABUR
KEPUTUSAN BESAR TIDAK DIJELASKAN

Penyokong diminta sokong, tetapi jarang diberi jawapan.

Punyalah lama masalah ini dibiarkan membusuk, akhirnya lahir satu skandal yang memalukan negara, pemalsuan dokumen 7 pemain.

Ini bukan isu kecil. Ini bukan sekadar kes teknikal. Ini bukan sekadar kesilapan pentadbiran yang boleh ditutup dengan ayat biasa.

Apabila dokumen pemain boleh menjadi isu antarabangsa, apabila nama negara tercalar, apabila institusi bola sepak dipersoal, maka masalah ini sudah sampai ke tahap krisis akauntabiliti.

Itu sebabnya KBSKR wujud.

Bukan untuk merampas kuasa.

Tetapi untuk memaksa pembetulan.

Kalau mahu bola sepak Malaysia bergerak ke depan, pembetulan mesti bermula dengan keberanian untuk mengakui masalah. Tidak boleh lagi semua benda disorok bawah karpet. Tidak boleh lagi rakyat bola sepak hanya diminta percaya tanpa penjelasan.

Jadi, dari mana pembetulan ini mesti bermula?

Pertama, tarik balik kerakyatan 7 pemain jika ia diperoleh melalui proses yang tercemar.

Kedua, pulangkan semula Harimau Malaya kepada FAM supaya pasukan kebangsaan berada di bawah struktur rasmi yang jelas dan boleh dipertanggungjawabkan.

Ketiga, reformasi bola sepak Malaysia secara menyeluruh, dari tadbir urus, liga, kelab, akar umbi, pemain, pengadilan, sehingga hubungan institusi dengan penyokong.

Ini bukan tuntutan luar biasa.

Ini tuntutan asas.

Bola sepak mesti diurus dengan amanah. Kuasa mesti datang dengan tanggungjawab. Institusi mesti boleh disemak. Penyokong mesti dihormati sebagai sebahagian daripada ekosistem bola sepak, bukan sekadar pembeli tiket.

Akhir kata,

Kurangkan kontroversi.
Tingkatkan prestasi.

Selamat bekerja kalian semua.



Hari PerlawananKekal Fokus dan Buru Kemenangan Pahlawanku.
02/05/2026

Hari Perlawanan

Kekal Fokus dan Buru Kemenangan Pahlawanku.


KENYATAAN RASMISetelah meneliti dan membincangkan segala aspek serta faktor yang berkaitan, Kami North Borneo Ultras, su...
01/05/2026

KENYATAAN RASMI

Setelah meneliti dan membincangkan segala aspek serta faktor yang berkaitan, Kami North Borneo Ultras, sub yang bernaung di bawah panji Ultras Malaya, dengan ini menyatakan pendirian dan tindakan susulan terhadap tiga tuntutan yang telah dibentangkan kepada umum pada 13 April 2026.

Kenyataan rasmi Ultras Malaya
1 Mei 2026

Untuk sebaran segera!



Liga Super 2025/2026Kita ke Melaka. Menang dan bawa pulang manis-manisnya.
23/04/2026

Liga Super 2025/2026

Kita ke Melaka. Menang dan bawa pulang manis-manisnya.


FINAL (2) CHALLENGE CUP 2026 | MATCH AMBIENCESabah FC  vs Penang FCSelamanya Sabah Maju Jaya !
23/04/2026

FINAL (2) CHALLENGE CUP 2026 | MATCH AMBIENCE

Sabah FC vs Penang FC

Selamanya Sabah Maju Jaya !





MERDEKA PALESTIN!!!Kita satukan hasrat, berkumpul dan menuju ke Kedutaan US sebagai isyarat:BEBASKAN GAZA!BUKA PINTU RAF...
22/04/2026

MERDEKA PALESTIN!!!

Kita satukan hasrat, berkumpul dan menuju ke Kedutaan US sebagai isyarat:

BEBASKAN GAZA!
BUKA PINTU RAFAH TANPA SEKATAN!

Tempat berkumpul : Urban Skate Park
Masa : 8:30 Malam

9:00 tajam kita gerak!



22/04/2026

KOMRAD, READY!!!



Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when North Borneo Ultras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share