Gerak Kilat Ikaseka

Gerak Kilat Ikaseka (ORIGINAL)PERTUBUHAN SENI SILAT GERAK KILAT KEBANGSAAN. Merupakan Group/Pages yang mengumpulkan semua cawangan negeri,bahagian daerah dan gelanggang.

Seni Gerak Kilat telah wujud sebelum pemerintahan Belanda di Indonesia. Gerak Kilat ini berasal dari Jawa Tengah. Gerak Kilat ini awalnya dikenali sebagai Ilmu Kanuragan Patang Puluh (Ilmu Peperangan Tentera 40 Orang). Tentera ini diajar ilmu bela diri oleh Kanjeng Sunan Kalijogo untuk mengawal istana dan juga membenteng kedatangan musuh ke negara di ketika itu dan dihayati turun-temuran. Terdahul

u, Seni Silat Gerak Kilat dikenali sebagai perguruan dari Pasantren Kadilangu Sunan Kalijogo. Ilmu persilatan ini kemudian diperluaskan secara turun temurun sehinggalah kepada Raden Mansor, ayahanda kepada Raden Johari. Pada tahun 1967, Raden Mansor telah menubuhkan seni bela diri ini di Malaysia yang dikenali sebagai Persatuan Seni Silat Gerak Kilat Malaysia sebelum ianya ditukarkan kepada Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan pada tahun 1988 oleh Raden Johari.

02/06/2026

📢 Assalamualaikum.

📢 Hebahan pemakluman pengambilan ahli baru Perguruan Seni Silat Gerak Kilat / Perwaris Negeri Perak.

📞 Bagi yang berminat serta ingin mendaftar dan pertanyaan boleh mesej Pak Lang Nuar 019-5412661.

✨ Jom kita bersama menyemarakkan budaya dan jatidiri leluhur yang telah berlangsung sekian lama.

✨Kongsikan bersama buat kekawan dan komuniti setempat.

31/05/2026
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha
1447H / 2026M

Dengan penuh rasa syukur dan tulus ikhlas, kami daripada Pertubuhan PERWARIS Perubatan Tradisional Islam Kebangsaan ,
Perguruan Seni Silat Gerak Kilat (IKASEKA)
Perubatan Tradisional Islam Al Karomah ,
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli, perawat, pesilat, keluarga, serta umat Islam di mana sahaja anda berada.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(Taqabbalallahu minna wa minkum)

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan, dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama kita. Mari kita hayati erti pengorbanan yang sebenar dengan penuh keikhlasan.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin
tulus ikhlas daripada
Pangeran Raden Hj Muhammad Zulfadhli bin Johari Al Haji serta seluruh kepimpinan Pertubuhan & Perguruan






#2026

25/05/2026

SALAM ARAFAH BUAT SEMUA AHLI PERWARIS GERAK KILAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabat semua.

Esok insyaAllah kita akan masuk Hari Arafah… antara hari yang paling besar dan penuh rahmat dalam Islam. Saya rasa rugi sangat kalau kita lepaskan begitu saja tanpa ambil peluang untuk dekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW sendiri menyebut tentang besarnya kelebihan puasa Arafah:

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”

(HR Tirmizi – Hadis Sahih)

Kadang-kadang dalam perjalanan hidup dan perjuangan ni… kita terlalu sibuk dengan urusan dunia, kerja, keluarga, masalah manusia dan macam-macam ujian sampai hati jadi penat tanpa kita sedar.

Ada orang nampak kuat di luar… tapi dalam hati sebenarnya sedang letih.

Sebab itu saya selalu percaya… kekuatan sebenar seorang pejuang bukan hanya pada tenaga atau kata-kata, tapi pada hubungan dia dengan Allah SWT.

Hari Arafah ni bukan sekadar puasa tahan lapar dan dahaga. Ini hari untuk kita berhenti sekejap daripada kesibukan dunia… dan kembali melihat diri sendiri.

Minta ampun kepada Allah.
Lembutkan hati.
Buang ego.
Tenangkan jiwa.
Dan hidupkan semula roh perjuangan dalam diri.

Saya menyeru kepada seluruh ahli Pertubuhan Perwaris Perubatan Tradisional Islam Kebangsaan dan warga Gerak Kilat… kalau mampu, marilah sama-sama kita puasa esok.

Tak perlu fikir siapa kita, setinggi mana ilmu kita, lama mana kita dalam perjuangan… sebab di sisi Allah, semua tetap hamba yang perlukan rahmat dan keampunan-Nya.

Perbanyakkan:

* istighfar,
* selawat,
* zikir,
* baca Quran,
* dan doa sungguh-sungguh.

Doakan keluarga kita.
Doakan guru-guru kita.
Doakan sahabat seperjuangan kita.
Dan doakan supaya perjuangan yang kita bawa ini sentiasa dalam jagaan Allah SWT.

Kadang-kadang satu doa yang ikhlas pada hari yang mulia boleh mengubah seluruh perjalanan hidup seseorang.

Saya juga minta doakan saya sekali… semoga Allah terus beri kekuatan untuk memimpin, membimbing dan menjaga amanah perjuangan ini dengan sebaiknya.

Semoga Hari Arafah kali ini menjadi asbab ketenangan hati, pembukaan jalan hidup dan turunnya rahmat Allah kepada kita semua.

🤲 Allahumma taqabbal minna ya Karim.

Ikhlas daripada,

Pangeran Raden Hj Muhammad Zulfadhli Bin Johari Al Haj
Presiden Pertubuhan Perwaris Perubatan Tradisional Islam Kebangsaan
Dewan Perguruan Seni Silat Gerak Kilat



23/05/2026
26/04/2026
Alhamdulillah dan tahniah buat ahli perguruan Perwaris Gerak Kilat Ikaseka  di KL-SELANGOR kerana telah bangun dari lena...
17/02/2026

Alhamdulillah dan tahniah buat ahli perguruan Perwaris Gerak Kilat Ikaseka di KL-SELANGOR kerana telah bangun dari lena yang panjang.

Semoga terus bersemangat menyampaikan amanat Almarhum Ayanhda Pakguru Prof. DR. Pangeran Sri Raden Johari Mansor Al-Haj kita dan amanah Agama Bangsa Tanah Air.

Aaminnn..

Address

PEJABAT URUSAN PRESIDEN PENTADBIRAN PUSAT PSSGKK, D-1-1, BLOK D, TINGKAT 1, Plaza TANJUNG ARU, Jalan MAT SALLEH
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

088234143

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerak Kilat Ikaseka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gerak Kilat Ikaseka:

Share