Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Putatan, Sabah.

Bulan Sabit  Merah Malaysia Daerah Putatan, Sabah. Malaysian Red Crescent Society Putatan District Official Page

The Malaysian Red Crescent Putatan Dis

🌍 Happy World Earth Day 2026! 🌱Today is a reminder that our planet is not just where we live , it’s a responsibility we ...
22/04/2026

🌍 Happy World Earth Day 2026! 🌱

Today is a reminder that our planet is not just where we live , it’s a responsibility we all share.

Every small action, from reducing waste to protecting our environment, creates a lasting impact for future generations.

💚 Let’s stand together to protect our Earth.
💚 Be part of the change, not just a witness.

“The Earth is what we all have in common. Let’s protect it together.”




🌍 HARI KESIHATAN SEDUNIA | 7 APRIL 2026Kesihatan adalah tanggungjawab bersama. Ia bermula daripada diri kita, dan menjad...
06/04/2026

🌍 HARI KESIHATAN SEDUNIA | 7 APRIL 2026

Kesihatan adalah tanggungjawab bersama. Ia bermula daripada diri kita, dan menjadi lebih kuat apabila kita bersatu. 💙

Pada Hari Kesihatan Sedunia ini, marilah kita:
✔️ Mengutamakan kesihatan diri
✔️ Menyokong antara satu sama lain
✔️ Mempercayai sains dan perkhidmatan kesihatan
✔️ Membina komuniti yang lebih sihat dan sejahtera

Bersama-sama kita mampu mencipta perubahan.

🌍 WORLD HEALTH DAY | TOGETHER FOR HEALTH, STAND WITH SCIENCE

❤️ Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Putatan




💙 WORLD AUTISM AWARENESS DAY | 2 APRILToday, we stand together to raise awareness and support individuals on the autism ...
02/04/2026

💙 WORLD AUTISM AWARENESS DAY | 2 APRIL

Today, we stand together to raise awareness and support individuals on the autism spectrum— each with unique strengths, perspectives, and potential.

✨ Theme 2026: “Autism and Humanity – Every Life Has Value”

This theme reminds us that every individual, regardless of ability, deserves dignity, respect, and equal opportunities in life.

As a humanitarian organisation,
The Malaysian Red Crescent Putatan Branch remains committed to:
🤝 Promoting understanding and acceptance
💙 Supporting inclusivity in our community
🌍 Valuing every life

Together, let’s build a more inclusive and compassionate society, because every life truly has value.






❤️ PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH 28 Mac 2026 (Sabtu)⏰ 09:00 Pagi – 02:00 Petang📍 Proton Harapan Maju 3S, PutatanSetinggi-ti...
31/03/2026

❤️ PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

28 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ 09:00 Pagi – 02:00 Petang
📍 Proton Harapan Maju 3S, Putatan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami rakamkan kepada semua penderma darah yang telah menjayakan Program Derma Darah anjuran Proton Harapan Maju 3S, dengan kerjasama BSMM Daerah Putatan serta Unit Trasfusi HQE.

Sumbangan anda amat bermakna dan telah menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada para penaja serta mereka yang turut membantu dalam menjayakan program ini.

🤝 Together for Humanity
🩸 Donate Blood, Save Lives

Dirgahayu Tuan Yang Terutama! 🎈Seluruh warga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan merafak sembah setinggi-ti...
30/03/2026

Dirgahayu Tuan Yang Terutama! 🎈

Seluruh warga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi yang ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman.

Kami mendoakan agar Tuan Yang Terutama sentiasa dilimpahi rahmat, diberkati dengan kesihatan yang berpanjangan, dan terus diberi kekuatan dalam memayungi rakyat Negeri Sabah yang tercinta.




AWAS STROK HABA! | HEATSTROKE ALERT! 🔥​Cuaca panas yang melampau boleh membahayakan kesihatan kita. Jangan ambil mudah! ...
25/03/2026

AWAS STROK HABA! | HEATSTROKE ALERT! 🔥

​Cuaca panas yang melampau boleh membahayakan kesihatan kita. Jangan ambil mudah! Lindungi diri anda dan keluarga dengan langkah-langkah pencegahan ini:

​✅ Minum banyak air – Jangan tunggu sehingga dahaga.
✅ Pakai pakaian longgar – Pilih fabrik yang selesa dan menyerap peluh.
✅ Elak aktiviti luar – Hadkan pendedahan matahari antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
✅ Berteduh – Cari tempat yang sejuk dan redup.

​Kenali tanda-tanda awal seperti kulit kering, suhu badan tinggi, pening kepala, atau rasa loya. Jika berlaku kecemasan, segera hubungi 999.

​Stay safe! Sebarkan pesanan ini untuk kesejahteraan bersama. ❤️⛑️


⛔️ #ᴋɪᴛᴀᴊᴀɢᴀᴋɪᴛᴀ

✨ SALAM AIDILFITRI 1447H | 2026 ✨Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙Semoga Syawal yang mulia ini membaw...
20/03/2026

✨ SALAM AIDILFITRI 1447H | 2026 ✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙

Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa serta keberkatan yang berpanjangan buat anda dan keluarga tercinta.

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli BSMM Daerah Putatan atas komitmen, pengorbanan dan semangat kesukarelawanan yang tidak pernah luntur. ❤️🤍

Terima kasih kerana terus bersama dalam memperjuangkan Misi Kemanusiaan dimana jua berada. Semoga semangat ini terus mekar dalam setiap pergerakkan kita kepada masyarakat.

🌟 Khidmat Demi Kemanusiaan




15 MAC 2026 | Penyerahan Bantuan Kit Kebersihan (Hygiene Kit) kepada Mangsa Kebakaran Kg. Sekambu, PetagasBulan Sabit Me...
16/03/2026

15 MAC 2026 | Penyerahan Bantuan Kit Kebersihan (Hygiene Kit) kepada Mangsa Kebakaran Kg. Sekambu, Petagas

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan telah menyalurkan bantuan barangan kebersihan sebanyak empat belas (14) kotak kepada mangsa kebakaran Kampung Sekambu, Petagas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan, SMK Petagas. Bantuan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta menjaga tahap kebersihan dan kesihatan mangsa.

BSMM Daerah Putatan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ibu Pejabat, BSMM Negeri Sabah atas sokongan yang berterusan BSMM Daerah Putatan dalam menjalankan Misi Kemanusiaan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ucapankan kepada semua penyumbang korporat atas keprihatinan dan komitmen mereka dalam membantu mangsa kebakaran. Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atas kerjasama erat dan sokongan yang diberikan dalam pengurusan serta kelancaran operasi di Pusat Pemindahan Sementara.

Kerjasama bersepadu antara semua pihak telah menjaminkan kelancaran misi bantuan ini. Diharapkan sumbangan yang disalurkan ini dapat memberikan sedikit kelegaan serta menyuntik semangat kepada mangsa kebakaran untuk terus tabah dan cekal menghadapi dugaan ini.




KENANG KEMBALI | 13–15 FEBRUARI 2026BSMM Daerah Putatan telah menghantar wakil untuk menyertai Kursus Pengenalan & Penge...
16/03/2026

KENANG KEMBALI | 13–15 FEBRUARI 2026

BSMM Daerah Putatan telah menghantar wakil untuk menyertai Kursus Pengenalan & Pengendalian Ambulans Siri 1 anjuran BSMM Daerah Tuaran dengan kerjasama BSMM Daerah Bandaraya Kota Kinabalu bertempat di Bangunan BSMM Daerah Tuaran.

Pihak BSMM Daerah Putatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para fasilitator atas dedikasi, komitmen serta perkongsian ilmu yang amat bermakna sepanjang kursus ini berlangsung. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan peserta yang telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi serta berkongsi pengalaman dan pandangan yang bernas.

Semoga melalui kursus ini, ahli-ahli BSMM Daerah Putatan akan terus meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kecekapan dalam mengendalikan perkhidmatan ambulans demi memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.





❤️ PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH 08 Februari 2026 (Ahad)⏰ 9.00 pagi – 4.00 petang📍 Balai Bomba & Penyelamat Putatan🔗 https:...
12/02/2026

❤️ PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

08 Februari 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Balai Bomba & Penyelamat Putatan
🔗 https://share.google/BD3eHSflo9vyXUjW1

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami rakamkan kepada semua penderma darah yang telah menjayakan Program Kempen Derma Darah anjuran VAD26 BSMM Daerah Putatan, dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Putatan serta Hospital Papar.

Sumbangan anda amat bermakna dan telah menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada para penaja serta mereka yang turut membantu dalam menjayakan program ini.

🤝 Together for Humanity
🩸 Donate Blood, Save Lives

Penghargaan Kepada:
- Balai Bomba & Penyelamat Putatan
- Unit Transfusi Hospital Daerah Papar
- Maymedia Technology Sdn. Bhd.
- A1 Chicken Rice
- Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah
- Majlis Belia Sabah

🩸✨ Satu beg darah, tiga nyawa diselamatkan. 🩷Mungkin bagi kita hanya beberapa minit, tetapi bagi mereka, ia adalah pelua...
02/02/2026

🩸✨ Satu beg darah, tiga nyawa diselamatkan. 🩷

Mungkin bagi kita hanya beberapa minit, tetapi bagi mereka, ia adalah peluang kedua untuk hidup ❤️

Jom bersama kami dalam Program Kempen Derma Darah anjuran BSMM Daerah Putatan 2026 dan jadi sebahagian daripada komuniti yang prihatin, berani, dan sentiasa bersedia membantu 🤝

Tak perlu superpower
— cukup dengan keikhlasan ❤️ dan sedikit keberanian 💪

🗓 08 Februari 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Balai Bomba & Penyelamat Putatan
🔗 https://share.google/BD3eHSflo9vyXUjW1

Datang ✨Daftar ✨ Derma ✨
dan pulang dengan rasa bangga kerana anda telah menyelamatkan nyawa 💖🫶🏻





Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Putatan, Sabah. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Putatan, Sabah.:

Share