Senyum Dulu

Senyum Dulu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Senyum Dulu, Community Center, bawah pokok, Kota Kinabalu.

Korang tunggu la nanti.. Orang politik kalau berjanji, istana atas awan pun boleh buat la...
14/07/2026

Korang tunggu la nanti.. Orang politik kalau berjanji, istana atas awan pun boleh buat la...

Ada apa2 yang nak di viralkan di P*e Dee? Hendak pilihan raya ini pasti tindakan akan lebih cepat, mari salurkan.
05/07/2026

Ada apa2 yang nak di viralkan di P*e Dee? Hendak pilihan raya ini pasti tindakan akan lebih cepat, mari salurkan.

UPDATE: Laluan pejalan kaki LRT Stadium Shah Alam ke AEON Mall sedang dibina

Perkembangan positif buat pengguna pengangkutan awam dan pejalan kaki di Shah Alam.

Kadang-kadang satu insiden kecil membuka mata kita kepada isu yang lebih besar.

Daripada situasi ini, kita boleh belajar bahawa kemudahan pejalan kaki bukan perkara remeh. Laluan yang selamat, selesa dan bersambung sangat penting untuk orang ramai, terutama warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya, pengguna pengangkutan awam dan sesiapa sahaja yang berjalan kaki untuk urusan harian.

Kita juga belajar bahawa perancangan bandar yang baik bukan hanya memudahkan kenderaan, tetapi turut menjaga keselamatan pejalan kaki. Jalan yang sibuk tanpa laluan pejalan kaki yang sesuai boleh meningkatkan risiko kemalangan, menghalang akses, dan menjadikan persekitaran awam kurang mesra rakyat.

Selain itu, isu ini mengingatkan kita bahawa suara masyarakat boleh membawa perubahan apabila sesuatu masalah diketengahkan secara berhemah dan berfokus kepada penyelesaian. Apabila ada tindakan susulan, itu menunjukkan bahawa keperluan rakyat memang wajar diberi perhatian.

Semoga lebih banyak kawasan awam, stesen pengangkutan, sekolah, hospital dan pusat tumpuan orang ramai diberi perhatian dari sudut keselamatan pejalan kaki.

Bandar yang sihat bukan hanya mudah dipandu.
Bandar yang sihat juga selamat untuk dilalui dengan berjalan kaki.



Siapa ada pengalaman memancing di PD berjumpa dengan cik pon atau cik cong ni?
05/07/2026

Siapa ada pengalaman memancing di PD berjumpa dengan cik pon atau cik cong ni?

π™…π™€π™‡π™ˆπ˜Όπ˜Όπ™‰ π™‹π™Šπ˜Ύπ™Šπ™‰π™‚ π˜Ώπ™„ π™‹π˜Όπ™‰π™π˜Όπ™„ π™π˜Όπ™ˆπ˜½π˜Όπ™ƒ

Satu rakaman yang tular di media sosial memaparkan beberapa individu yang sedang memancing dan berkhemah di Pantai Rambah, Pontian, dipercayai terlihat kelibat seseorang berdiri dalam kegelapan di gigi pantai.

Dengan perasaan ingin tahu, mereka menghampiri lokasi tersebut untuk memeriksa. Alangkah terkejutnya apabila kelihatan satu sosok berpakaian menyerupai kain kafan berdiri kaku di atas batu dalam suasana yang gelap.

Salah seorang daripada mereka yang menyuluh menggunakan telefon bimbit sempat merakam gambar sosok itu. Namun, menurut dakwaan mereka, sebaik sahaja beberapa saat kemudian, kelibat tersebut dikatakan ghaib secara tiba-tiba.





Kaki mabuk bukan je boleh bawak kereta langgar orang, rupanya boleh jadi editor dalam media, patut la mcm orang mabuk me...
04/07/2026

Kaki mabuk bukan je boleh bawak kereta langgar orang, rupanya boleh jadi editor dalam media, patut la mcm orang mabuk menulis. Apa komen anda?

Penulis Malaysiakini Kaki Arak & Kaki Perempuan: Siapa P. Gunasegaran?

Bila bercakap tentang dunia penulisan, perkara paling mahal adalah integriti penulis. Agak melucukan apabila seorang penulis yang saban hari berlagak seperti "hakim moral" dan menyalak tentang integriti orang lain, rupanya mempunyai reputasi peribadi yang jauh daripada bersih.

P. Gunasegaran bukanlah nama asing dalam mencetuskan kontroversi di platform seperti Malaysiakini atau BFM. Kalau diteliti, beliau ada satu taktik konsisten: menuduh menggunakan rantaian soalan.

Beliau sengaja timbulkan persepsi jahat melalui provokasi soalan, semata-mata sebagai "jalan selamat" untuk melarikan diri daripada disaman. Ini bukan kewartawanan profesional, ini adalah baling batu sembunyi tangan.

Hakikatnya, ramai dalam industri sudah masak dan jelik dengan "perangai sebenar" beliau di luar dunia penulisan. Kisah tabiat tegar kaki arak dan reputasinya sebagai seorang womanizer yang gemar memburu gadis-gadis yang jauh lebih muda daripada usianya bukanlah rahsia asing lagi.

Wang ringgitnya habis dihabiskan demi melayan tabiat mabuk di meja arak dan membiayai gaya hidup mewah bersama wanita-wanita muda.

Apabila seorang figura yang disiplin peribadi dan moralnya sendiri runtuhβ€”hanyut dalam botol arak dan obsesi terhadap wanita mudaβ€”cuba acah-acah suci memperkatakan soal akauntabiliti negara di media, ia hanya melahirkan rasa menyampah yang amat sangat.

Bagaimana pembaca mahu menghormati penulisan tentang nilai integriti daripada individu yang hidupnya sendiri tidak berintegriti? Sebelum sibuk membedah dan menuding jari pada kepincangan orang lain, cermin dulu diri sendiri. Penulisan daripada pena yang kotor tidak akan pernah menghasilkan reformasi, melainkan sekadar sisa hipokrasi yang menjijikkan.

04/07/2026
03/07/2026

KUALA LUMPUR, 3 Jul - Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi membangkitkan isu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai tidak wajar.

Menurut beliau, JS-SEZ merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan bersama kerajaan negeri dan tidak sepatutnya dijadikan bahan politik.

β€œSoal nak turunkan tanda tangan itu, ia antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura. Ia belum (sampai ke tahap) Menteri Besar lagi.

"Jadi tak payah jadikan isu, sehingga kini projek sedang berjalan dengan belanja yang tinggi serta turut menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat.

"Sudah lah tidak berterima kasih, dia (gunakan isu) masa kempen untuk mencela, ini tidak kena dan tak cerdik," katanya.

Semalam, Onn Hafiz menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pengumuman Pelan Induk JS-SEZ bagi memberi kepastian kepada pelabur serta mengukuhkan momentum pertumbuhan ekonomi Johor.

Beliau berkata pelan induk itu telah siap dan tidak wajar terus ditangguhkan selepas beberapa kali ditunda, memandangkan ia penting sebagai panduan pembangunan ekonomi serta pelaburan negeri.

Kredit: Berita Harian

Address

Bawah Pokok
Kota Kinabalu
88001

Telephone

+60175588137

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Senyum Dulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Senyum Dulu:

Shortcuts

Share