15/08/2025
''BROKEN PROMISES'' BUKTI KEBANGKITAN SEMULA OCEANFIRE
Buat peminat muzik Sabah, berita ini ibarat siren yang membangunkan memori lama. OceanFire kini kembali dengan single terbaru bertajuk āBroken Promisesā
Lama menyepi dari radar, band yang pernah menggegarkan pentas-pentas gig sekitar Kota Kinabalu satu ketika dulu ini akhirnya muncul semula. Ini membuktikan bahawa api mereka masih menyala walaupun sudah bertahun terpendam.
Pengumuman rasmi itu dibuat menerusi akaun media sosial mereka. Diiringi muat naik lagu baru tersebut di platform rasmi OceanFire dalam bentuk lirik video.
Lagu Broken Promises adalah karya asli ciptaan mereka sendiri. Dirakam di We Arrive Studio dengan sentuhan produksi daripada Mr Tommy. Hasilnya? Memang tidak dinafikan, membuatkan halwa telinga anda terubat rindu akan Oceanfire.
Saya di fahamkan mereka masih setia dengan line-up asal iaitu Joanna di posisi vokal, Liam dan Richie di gitar, Allan di posisi Bass serta Luther di drum.
Walaupun komposisi anggota terjaga, cabaran terbesar OceanFire kini adalah jarak. Liam kini bertugas dan menetap di Singapura. Manakala Luther berada di Labuan. Walaupun jarak mereka menjadi penghalang, namun passion pada muzik tidak jadikan itu alasan mereka rilis single terbaru.
Saya di maklumkan juga, bahawa OceanFire sedang menghidupkan kembali trek-trek lama yang pernah terbengkalai. Jika semuanya mengikut perancangan, beberapa rilisan baharu akan menemui peminat dalam tahun ini. Untuk sebuah band yang pernah menjadi nadi kepada movement muzik lokal khususnya di Sabah, ini bukan sekadar ācomebackā. tetapi ini adalah fasa kebangkitan semula mereka di dalam scene.
Bagi yang pernah melihat showmanship band ini di pentas gig, Broken Promises adalah sebuah undangan untuk anda bakal kembali hanyut dalam dunia mereka. Bagi generasi baru p**a, inilah peluang untuk mengenali salah satu band yang pernah menjadi sebutan dalam scene satu ketika dulu.