10/07/2026
10 Julai 2026 : Hari ini merupakan hari terakhir minggu orientasi pelatih industri di Music Rights Sabah (MRS). Para pelatih akan memulakan tugas rasmi mereka di Seksyen Dokumentasi Keahlian, MRS pada minggu hadapan.
Pada hari terakhir ini, para pelatih industri dinilai melalui sesi penilaian latihan industri yang dikelolakan oleh pihak syarikat MRS.
Tujuan sesi ini dibuat adalah bagi menilai sejauh mana pemahaman para pelatih terhadap industri hak cipta dan peranan MRS sebagai sebuah CMO di negeri ini.
Kelihatan para pelatih begitu bersemangat menjawab soalan-soalan yang disediakan, merangkumi modul-modul yang dikongsikan semasa taklimat sepanjang minggu orientasi berlangsung.
Semoga maju jaya!
Admin.