13/01/2026
ALUMNI UPDATES: 12 Januari 2026
Kunjungan hormat pembuka tirai 2026 ke pejabat M***I, Sahibul Samahah Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar
Wakil daripada Alumni UiTM Sabah dan UiTM Sabah telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Datuk Ustaz Hj Bungsu, seorang tokoh berkhidmat lama sebagai pensyarah di UiTM. Kedatangan kami disambut dengan mesra, dengan tujuan memperkukuh hubungan antara alumni, institusi pengajian tinggi, serta badan-badan agama dalam usaha memajukan kelestarian komuniti melalui penerokaan isu-isu kewangan Islam.
Tujuan kunjungan adalah berkenaan pemakluman tentang program UiTM Sabah bersama ALUMNi UiTM dan pelajar bahagian KEWANGAN UiTM Sabah bagi menganjurkan "Seminar Borneo Regional Dialogue on Responsible Islamic Finance and Community- Centric BNPL (Buy Now Pay Later), Its Impact in the Community”. Seminar ini dirancang sebagai platform bagi membincangkan implikasi etika, tadbir urus, dan keseimbangan antara kemajuan teknologi kewangan dan prinsip-prinsip syariah. Dalam nada konstruktif, ALUMNi UiTM Sabah turut menjemput Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk turut serta dalam menjayakan program tersebut. Kehadiran MUIS diharapkan dapat memberikan pandangan secara ilmiah dalam penyebaran maklumat beretika kepada komuniti.
Pertemuan itu turut menjadi peluang untuk mendapat nasihat daripada M***i berkaitan cadangan menganjurkan inisiatif penkajian Islam dalam bidang perbankan dan kewangan. Tujuan utama ialah menangani isu tadbir urus dan etika dalam kewangan Islam, serta memastikan program yang dirangka selaras dengan prinsip-prinsip syariah dan tadbir urus yang baik.
Datuk Dr Ustaz Bungsu mencadangkan bahawa untuk memperkembang wacana sebegini, lebih baik jika penyertaan pakar dari industri turut diundang. Beliau mencadangkan seminar berbentuk konferensi atau rangka kerja bersama pakar-pakar industri yang mampu menyumbang pandangan terkini mengenai isu-isu semasa. Ianya dapat membarisi perbincangan dengan neraca praktikal, agar ciri governance dan etika kewangan Islam dapat diterapkan secara realistik dalam produk dan amalan perbankan.
Kunjungan ini dilihat sebagai langkah awal dalam mempererat kerjasama antara ALUMNi UiTM Sabah, UiTM Sabah, MUIS, serta pakar industri untuk membina satu spektrum dialog yang berasaskan kepatuhan syariah, integriti, dan tanggungjawab sosial. Berharap inisiatif ini tidak hanya memberangsangkan wacana akademik, tetapi juga membawa impak positif kepada komuniti melalui program-program berlandaskan etika kewangan Islam.
Seminar “Borneo Regional Dialogue on Responsible Islamic Finance and Community- Centric BNPL (Buy Now Pay Later)" akan di anjurkan di Dewan Tun Mustapha, UiTM Cawangan Sabah. Dianggarkan seramai 300 delegasi yang terdiri daripada ahli akademik dan para pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah, City University Kota Kinabalu, Sekolah Indonesia Kota Kinabalu Sabah, dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah. Selain daripada itu sessi ini akan dibuka secara online.
Penceramah utama dijemput adalah Dr Md Mahmudul Alam, Profesor dalam bidang Kewangan dari BRAC University, Bangladesh. Selain itu, barisan panelis forum dibarisi oleh Professor Dr. Hanudin Amin - Profesor Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah dan Al-Fadhil Ustaz Pg. Mohd. Hanif bin Ag. Omar - Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Fatwa, Pejabat M***i Negeri Sabah.