MRA SABAH

MRA SABAH Malaysian Relief Agency (MRA) is a humanitarian organisation registered under the Trustee Act 1952 (PPAB 20/2010).

01/06/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Menjunjung kasih Tuanku.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Sebuah Buku πŸ“–Satu Harapan β˜€οΈSebuah Buku Boleh Mengubah Masa Depan Seorang Anak πŸ§’πŸ§’ Di Sarawak, Sabah & WP Labuan, masih r...
31/05/2026

Sebuah Buku πŸ“–
Satu Harapan β˜€οΈ

Sebuah Buku Boleh Mengubah Masa Depan Seorang Anak πŸ§’πŸ§’

Di Sarawak, Sabah & WP Labuan, masih ramai kanak-kanak yang menunggu peluang untuk belajar melalui bahan bacaan yang baik πŸ“šπŸ’™

Melalui WE CARE : Gift of Knowledge, kami menjemput anda untuk menyumbang buku bacaan kanak-kanak sekolah yang masih elok dan bersesuaian dengan umur.

Mengapa sumbangan anda penting?
✨ Buku lama anda mungkin kecil nilainya bagi kita
✨ Tetapi ia mampu membuka dunia baharu untuk mereka

πŸ“ Lokasi Drop-off:
βœ… Borneo Lab+ Kinabalu Art Training Centre, Kota Kinabalu
βœ… MRA Sarawak Office, Metrocity Kuching
βœ… Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), Bintulu

πŸ“² Scan QR code untuk maklumat lanjut tentang cara & lokasi sumbangan.

πŸ’¬ Bantu kami sebarkan kebaikan ini dengan menekan butang SHARE.

Kerana ilmu adalah hadiah paling berharga yang boleh kita berikan 🀍

🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 🌾Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah mengucapkan Selamat Menyambut ...
30/05/2026

🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 🌾

Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah, Sarawak dan rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga perayaan yang penuh makna ini membawa kegembiraan, kemakmuran, kesejahteraan serta mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya.

Marilah kita terus menyemai nilai saling menghormati, membantu dan prihatin antara satu sama lain demi membina komuniti yang lebih kuat dan berdaya tahan.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
Gayu Guru Gerai Nyamai.

Ikhlas daripada,
Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah

πŸ“– KLINIK AL-QURAN (TERBUKA) – MRA SABAH  Nak belajar membaca Al-Quran dengan lebih baik?  Atau nak perbaiki tajwid & bac...
29/05/2026

πŸ“– KLINIK AL-QURAN (TERBUKA) – MRA SABAH

Nak belajar membaca Al-Quran dengan lebih baik?
Atau nak perbaiki tajwid & bacaan secara bersemuka?

✨ Sertai Klinik Al-Quran Terbuka bersama kami!

πŸ—“ Setiap Jumaat
⏰ 2.30 – 4.00 Petang

πŸ“ Lokasi:
MRA Sabah Branch
Ground Floor, Lot L2-1-28(A),
Wawasan Plaza, Kota Kinabalu

πŸ“š Antara pengisian:
β€’ Asas Al-Quran / Iqra
β€’ Talaqqi Al-Quran
β€’ Tajwid
β€’ Fardhu Ain

Dibimbing oleh:
Ustaz Nik Ahmad Muhajir Bin Nik Omar
(Guru KAFA - UMS)

πŸ’¬ Tempat terhad – Jom daftar sekarang!
πŸ“² WhatsApp: 017-639 0997

πŸŒ™ Perbaiki bacaan, dekatkan diri dengan Al-Quran.

Salam Aidiladha 1447H / 2026MSemoga Aidiladha kali ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam seti...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

Semoga Aidiladha kali ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam setiap langkah kita.

Kepada yang menunaikan ibadah haji, semoga dikurniakan haji yang mabrur dan ibadah yang diterima Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar negara kita terus aman, makmur dan sejahtera, dengan semangat pengorbanan yang menyatukan hati serta menyuburkan nilai kemanusiaan.

β€œSebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain.”

Ikhlas daripada,
Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah

IbadahKorban

24/05/2026

AMARAN RIBUT PETIR. β›ˆβ›ˆβ›ˆ

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) β€’ Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin) β€’ Selangor (Kuala Langat dan Sepang) β€’ Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Jempol) β€’ Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) β€’ Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri) β€’ Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat sehingga 5:00 petang; Ahad, 24 Mei 2026.

⚑️⚑️⚑️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 2:15 petang, 24 Mei 2026




24/05/2026

Address

πŸ“ Malaysian Relief Agency (MRA) – Sabah Branch Ground Floor, Lot L2-1-28(A), Wawasan Plaza
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+60133373316

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRA SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MRA SABAH:

Share