Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu

Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu "CREATING FUTURE LEADERS"

11/10/2025
30/07/2025

📣 Isu Had Umur Belia

Pendirian Page Rasmi - Majlis Belia Sabah

🎙️ Abqaree Fawwaz Abekan
Presiden Majlis Belia Sabah

22/07/2025

KENYATAAN MEDIA

ISU HAD UMUR BELIA: MBM PERJELAS PENDIRIAN PASCA JAWAPAN LISAN YB MENTERI DI PARLIMEN

Majlis Belia Malaysia (MBM) menekuni penuh Sidang Parlimen bertarikh 22 Julai 2025, khususnya jawapan YB Menteri Belia dan Sukan terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh YB Ahli Parlimen Kuching berkenaan pelaksanaan had umur belia 30 tahun pada 1 Januari 2026.

MBM berpandangan bahawa kenyataan YB Menteri yang mendakwa MBM telah melakukan “pusingan-U” dalam pendirian berhubung isu ini adalah tidak tepat, serta tidak mencerminkan realiti sebenar yang sedang dihadapi ribuan pertubuhan belia di seluruh negara.

Sejak awal, MBM telah berpendirian yang sebarang usaha penstrukturan semula landskap kepimpinan belia berlandaskan Akta 668 perlulah dilaksanakan secara berfasa, berstrategi serta dengan bantuan dana khusus dengan mengambil kira impak langsung terhadap struktur kepimpinan akar umbi serta kesinambungan program sedia ada.

Sebagai rekod, dana transisi RM1.5 juta yang dinyatakan semasa jawapan lisan YB Menteri di Parlimen adalah tidak tepat. Tiada peruntukan khusus bagi program transisi kepimpinan belia daripada Kementerian Belia & Sukan (KBS) kepada MBM & Badan Gabungan. MBM hanya menerima dana pentadbiran serta peruntukan rakan muda yang khusus untuk pelaksanaan program di bawah 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Kenyataan YB Menteri Belia & Sukan ini boleh dianggap mengelirukan Dewan.

Sehingga kini, MBM hanya menggunakan peruntukan khas YAB Perdana Menteri sebanyak RM1.5 Juta daripada RM3 Juta yang diumumkan bagi pelaksanaan program transisi kepimpinan belia di seluruh negara.

MBM juga ingin menggariskan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Transisi Umur Belia MBM–KBS yang sepatutnya menjadi platform utama rundingan dasar dan pemantauan pelaksanaan had umur belia, hanya dilakukan pada 20 Februari 2023 (Kali Pertama) & 20 September 2024 (Kali ke-2). Kemudian, tiada lagi kesinambungan perbincangan rasmi dilakukan pasca dua mesyuarat ini.

Permintaan MBM agar pelaksanaan penuh had umur belia pada 1 Januari 2026 diteliti semula bukanlah untuk menolak dasar tersebut, tetapi demi memastikan kestabilan organisasi belia serta kelangsungan program yang sedang berjalan. Tanpa mekanisme transisi yang tersusun dan tuntas, terdapat risiko besar terhadap kesinambungan kepimpinan, pengurusan dana, serta keupayaan pertubuhan belia untuk melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa.

MOHD IZZAT AFIFI HJ. ABDUL HAMID
Presiden
Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 22 Julai 2025

Address

Kota Kinabalu
88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu:

Share