01/08/2024
*Kempen Kibar Bendera Sabah & Malaysia dari 1 Ogos 2024 sehingga 16 September 2024 Peringkat Kolej Kediaman PKK Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Hari Sabah & Hari Malaysia*
Tahukah anda tarikh 31 Ogos 1963 merupakan hari kemerdekaan Sabah? Kerajaan negeri Sabah telah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Manakala Hari Malaysia merupakan perayaan yang diadakan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia atau penggabungan Tanah Melayu, Borneo Utara (sekarang dikenali sebagai Sabah), dan Sarawak.
Bersama kita menghayati semangat patriotisme dan kebanggaan sebagai rakyat Sabah dan Malaysia. Sambutan Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Hari Malaysia adalah simbol perpaduan dan kejayaan kita sebagai sebuah negara.
Oleh itu, Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Politeknik Kota Kinabalu ingin menyeru kepada semua Ketua dan AJK Blok untuk bersama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah di blok kediaman masing-masing bermula 1 Ogos 2024 sehingga 16 September 2024.
Ayuh, semarakkan jiwa merdeka!
Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka
Hebat, Kolej Kediaman Mantap