SJAM - Kawasan Pantai Barat Selatan Atas, Negeri Sabah.

SJAM - Kawasan Pantai Barat Selatan Atas, Negeri Sabah. BERKHIDMAT BAGI MANUSIA

NOTC bukan penamat, tetapi permulaan untuk membina PBSA yang lebih kuat dalam tempoh tiga tahun akan datang🚨
01/06/2026

NOTC bukan penamat, tetapi permulaan untuk membina PBSA yang lebih kuat dalam tempoh tiga tahun akan datang🚨

💚 PBSA KOMITED MEMPERKUKUHKAN KEPIMPINAN DAN PERKHIDMATAN 💚Tahniah kepada semua pegawai PBSA yang telah berjaya mengikut...
01/06/2026

💚 PBSA KOMITED MEMPERKUKUHKAN KEPIMPINAN DAN PERKHIDMATAN 💚

Tahniah kepada semua pegawai PBSA yang telah berjaya mengikuti National Officers Training Course (NOTC) 2026.

Kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang struktur, pengurusan dan hala tuju St. John Ambulans Malaysia, malah membentuk pemimpin yang lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam organisasi.

PBSA percaya bahawa kejayaan sesebuah organisasi tidak bergantung kepada seorang individu semata-mata, tetapi kepada kekuatan satu pasukan yang bersatu hati, saling menyokong dan sentiasa berusaha untuk menambah baik diri.

Seiring dengan semangat yang dibawa pulang daripada NOTC 2026, seluruh warga PBSA akan terus komited untuk memperkukuhkan latihan, meningkatkan mutu kepimpinan serta memperkasakan perkhidmatan kepada masyarakat.

Tiga tahun akan datang merupakan tempoh yang penting untuk kita melangkah lebih jauh. Dengan kerjasama, disiplin dan semangat sukarelawan yang tinggi, kami yakin PBSA mampu terus berkembang dan memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat.

Tahniah sekali lagi kepada semua peserta yang telah menamatkan kursus ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada tindakan demi kemajuan organisasi.

💚 BERKHIDMAT BAGI MANUSIA 💚





🌾 Kotobian Tadau Tadazo Do Kaamatan 🌾
31/05/2026

🌾 Kotobian Tadau Tadazo Do Kaamatan 🌾

Kami dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk menyertai Kempen Derma Darah sempena Karnival Kesihatan 2026 anjuran...
29/05/2026

Kami dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk menyertai Kempen Derma Darah sempena Karnival Kesihatan 2026 anjuran Kawasan Pantai Barat Selatan Atas (PBSA) St. John Ambulans Malaysia, Wilayah Sabah.

Selain kempen derma darah, pelbagai aktiviti kesihatan turut disediakan, antaranya:

🩺 Pemeriksaan kesihatan
👁️ Pemeriksaan mata
🦷 Pemeriksaan gigi
❤️ Pameran serta latihan CPR & AED

🎁 Goodies bag istimewa akan disediakan untuk para penderma darah sebagai tanda penghargaan.

📍 Lokasi: Lobby West Wing, ITCC Penampang
📅 Tarikh: Ahad, 7 Jun 2026

❤️Satu beg darah mampu menyelamatkan berpuluh-puluh nyawa.

Mari datang beramai-ramai dan bersama kita menyumbang kepada masyarakat.

Jumpa anda di sana🔴








Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Ng Ming Syoung atas pelantikan semula sebagai Pemerintah Wilayah Sabah, St...
15/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Ng Ming Syoung atas pelantikan semula sebagai Pemerintah Wilayah Sabah, St. John Ambulans Malaysia, Negeri Sabah.

Tahniah juga diucapkan kepada Dr. Gan Kean Siong atas pelantikan semula sebagai Timbalan Pemerintah Wilayah Sabah.

Semoga kedua-dua pemimpin terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin SJAM Sabah ke arah yang lebih cemerlang serta terus memperkasakan perkhidmatan kemanusiaan demi masyarakat.

💚 “Berkhidmat Bagi Manusia”💚


✈️❤️🤍 Hari ini, dua orang ahli dari St. John Ambulans Malaysia Wilayah Sabah, Kawasan Pantai Barat Selatan Atas iaitu Ch...
14/05/2026

✈️❤️🤍 Hari ini, dua orang ahli dari St. John Ambulans Malaysia Wilayah Sabah, Kawasan Pantai Barat Selatan Atas iaitu Chiu Siaw Lei selaku Setiausaha Kehormat Kawasan PBSA serta PTK Pentadbiran, Nur Safika telah berlepas mewakili SJAM Sabah ke Program Hari Belia Negara selama 4 hari 3 malam.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu, malah membuka ruang untuk membina jaringan persahabatan serta memperkukuhkan semangat kepimpinan belia dalam kalangan sukarelawan.

Semoga mereka terus membawa nama SJAM Sabah dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan sepanjang program berlangsung.

Selamat maju jaya dan semoga pulang nanti membawa bersama pengalaman serta kenangan yang membanggakan SJAM Sabah💚💚

“Berkhidmat Bagi Manusia”



📍 Selepas lawatan ke Parlimen Malaysia, rombongan SJAM PBSA turut mengadakan kunjungan ke Pejabat Pentadbiran SJAM Kawas...
14/05/2026

📍 Selepas lawatan ke Parlimen Malaysia, rombongan SJAM PBSA turut mengadakan kunjungan ke Pejabat Pentadbiran SJAM Kawasan Pantai Selangor dan disambut oleh YBhg. Dato’ Burnard Yeo Kim Thong. Sesi tersebut membuka ruang perbincangan berkaitan pengurusan logistik, pentadbiran kawasan serta urusan perolehan uniform bagi memastikan standard imej pegawai yang lebih tersusun dan seragam.

📍 Lawatan diteruskan ke Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) SJAM untuk sesi perbincangan bersama:
Tuan Kevin Peter Ryapan – Chief Officer for Cadets
Tuan Nalliah Vellasamy – Chief Superintendent (Operations)

Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkasakan pembangunan kadet di Sabah melalui pelaksanaan kursus Non-Commissioned Officer (NCO), Cadet Skill Badge serta peningkatan sistem latihan selaras dengan piawaian kebangsaan.

Pihak SJAM Sabah turut menyatakan komitmen untuk terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan organisasi di peringkat nasional demi memastikan SJAM terus berkembang sebagai sebuah organisasi sukarelawan yang profesional, berdisiplin dan berjiwa kemanusiaan.

Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara Sabah dan Ibu Pejabat Kebangsaan demi memperkukuhkan perkhidmatan kepada masyarakat.




Delegasi St. John Ambulans Malaysia (SJAM) Wilayah Sabah, Kawasan Pantai Barat Selatan Atas (PBSA) yang diketuai oleh Su...
13/05/2026

Delegasi St. John Ambulans Malaysia (SJAM) Wilayah Sabah, Kawasan Pantai Barat Selatan Atas (PBSA) yang diketuai oleh Supt. Jansen Sai Jia Sheng 蔡佳珅 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur pada 11 Mei 2026. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai pentadbiran organisasi di peringkat kebangsaan, mengeratkan hubungan antara wilayah serta meningkatkan koordinasi dengan Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK).

Lawatan ke Parlimen Malaysia
• Objektif: Memberi pendedahan kepada pegawai-pagawai kanan PBSA mengenai sistem Parlimen Malaysia serta menambah pengetahuan berkaitan pentadbiran dan proses persidangan negara.

• Pengisian: Delegasi berpeluang melawat kawasan Parlimen dan memahami secara ringkas perjalanan sistem perundangan serta fungsi institusi Parlimen Malaysia.




Mesyuarat pada hari ini kawasan Pantai Barat Selatan Atas, St. John Ambulans Malaysia Wilayah Sabah telah diadakan bagi ...
02/05/2026

Mesyuarat pada hari ini kawasan Pantai Barat Selatan Atas, St. John Ambulans Malaysia Wilayah Sabah telah diadakan bagi membincangkan perancangan serta penganjuran program-program akan datang.

Perbincangan yang dijalankan memberi penekanan terhadap kepentingan kerjasama berpasukan, komitmen serta penyelarasan yang berkesan dalam memastikan setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Semoga segala perancangan yang dirangka dipermudahkan dan terus memberi manfaat kepada masyarakat setempat, selaras dengan misi perkhidmatan kemanusiaan yang diperjuangkan.

Kelmarin, St. John Ambulans Malaysia (SJAM) Wilayah Sabah, Kawasan Pantai Barat Selatan Atas telah berjaya menganjurkan ...
08/02/2026

Kelmarin, St. John Ambulans Malaysia (SJAM) Wilayah Sabah, Kawasan Pantai Barat Selatan Atas telah berjaya menganjurkan Program Silaturahim dan Hari Keluarga yang berlangsung di 929 Villa, Kundasang.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan sukarelawan, malah turut menjadi platform penting bagi membincangkan perancangan strategik organisasi bagi tahun 2026.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan semangat dan sinar baharu kepada semua pegawai dan sukarelawan untuk terus komited berkhidmat di bawah panji “Berkhidmat Kepada Kemanusiaan”.

Program seperti ini penting untuk memastikan SJAM terus relevan sebagai barisan sokongan sistem kesihatan negeri dan komuniti.

Address

Kompleks Badan/Badan Sukarelawan, Lorong Bunga Matahari 2, KM 4 Jalan Tuaran
Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SJAM - Kawasan Pantai Barat Selatan Atas, Negeri Sabah. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share