Perkep Sabah - Rasmi

Perkep Sabah - Rasmi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sabah.

R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.

LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP MALAYSIA KE KONTINJEN SABAHKEHADIRAN1. YBhg Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh. Munirah ...
01/04/2026

LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP MALAYSIA KE KONTINJEN SABAH

KEHADIRAN
1. YBhg Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh. Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia
2. YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
3. YBhg Datin Rusnah binti Zakaria, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
4. Datin Wan Hurani binti Osman, Ketua Biro Pendidikan
5. Datin Norliza binti Ahmad, Ketua Biro Seni Budaya
6. Datin Emmy binti Suin, Ketua Biro Kebajikan
7. Datin Fauziah Nor binti Mohd Ali, Ketua Biro IKS
8. Puan Nor Ismahieran binti Omar, Urusetia I
9. Puan Mahanum binti Sadli, Urusetia II
10. Puan Suziana binti Md Zain, Pengerusi PERKEP IPD Kota Kinabalu
11. Puan Suzey Micheal Lajam, Pengerusi PERKEP IPD Penampang

ULASAN
Sepanjang lawatan kerja selama tiga (3) hari ini, 3 pengisian program telah dilaksanakan.

2.1 Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih

Majlis Hi-Tea PERKEP Sabah bagi meraikan kehadiran Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk ( Dr) telah dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu YDH IGP Dato’ Seri Panglima Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara dan YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah.
Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih kepada balu dan anak yatim telah disempurnakan oleh YDH IGP Dato’ Seri Panglima Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara bersama YBhg Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh.Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan PERKEP terhadap kebajikan ahli dan keluarga.

2.2 Lawatan Kebajikan ke Hospital Queen Elizabeth II

Lawatan kebajikan PERKEP ke Hospital Queen Elizabeth II diadakan bagi menziarahi tiga (3) orang pesakit iaitu,

1.SM Mohd Sabari bin Ibrahin (58 Tahun), yang menghidap kanser paru - paru, sesak nafas dan TB.

2.Mohd Suhaiz bin Kasuha (43 Tahun) suami kepada Sjn Nora binti Alun, yang mengalami serangan jantung dan menghidap penyakit darah tinggi.

3.Muhamad Aqef bin Muhamad Afeendy (19 hari) anak kepada KPL Muhamad Afeendy, menghidap jantung berlubang dan akan dihantar ke IJN Kuala Lumpur.

Program lawatan kebajikan PERKEP Sabah bersama YBhg Datin Sri Datuk (Dr) Hjh. Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia ini telah juga turut disertai tetamu istimewa iaitu YDH IGP Dato’ Seri Panglima Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara dan YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah.

Lawatan ini mencerminkan nilai keprihatinan dan semangat kekeluargaan yang tinggi dalam kalangan warga PERKEP, di samping memberikan sokongan moral dan sumbangan kepada pesakit serta ahli keluarga mereka.

2.3 Lawatan ke Galeri PDRM Sabah

Pengerusi PERKEP Malaysia, YBhg Datin Sri Datuk (Dr) telah mengiring YDH IGP Dato’ Seri Panglima Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara membuat ke lawatan Galeri Polis Negeri Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, bersama dengan YDH Datuk Jauteh Dikun, PesuruhJaya Polis Sabah serta isteri, Datin Nurhayatie Farhana, Pengerusi PERKEP Sabah. Semasa lawatan ini, Pengerusi PERKEP Malaysia, YBhg Datin Sri Datuk (Dr) Hjh. Munirah binti Che Rose telah turut menandatangani buku lawatan PERKEP di ruangan khas Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

Bersama ini disertakan gambar sepanjang program (3) hari.
Sekian, terima kasih.

Tarikh : 16 Mac 2026 (Isnin)Masa  : 5.00 Petang hingga 7.00 MalamTempat : Dewan Bankuet, Tingkat 5, IPK SabahMAJLIS SENT...
17/03/2026

Tarikh : 16 Mac 2026 (Isnin)
Masa : 5.00 Petang hingga 7.00 Malam
Tempat : Dewan Bankuet, Tingkat 5, IPK Sabah

MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADAN BERSAMA PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SABAH

KEHADIRAN
1. YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah – Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
2. YBhg. Puan Emmy binti Suin – Ketua Biro Kebajikan
3. YBhg. Datin Noorliza binti Ahmad – Ketua Biro Seni Budaya
4. YBhg. Datin Fauziah Nor binti Mohd Ali – Ketua Biro IKS
5. YBhg. Puan Noor Ismahieran Binti Omar– Urus Setia I
6. 41 orang ahli PERKEP

PENERIMA SUMBANGAN
1. 13 orang balu
2. 22 orang anak yatim

ULASAN
Majlis Sentuhan Kasih Ramadan bersama Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah telah berjaya dianjurkan oleh Biro Kebajikan PERKEP Kontinjen Sabah sebagai salah satu inisiatif kebajikan sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Program ini bertujuan untuk menyantuni serta berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan khususnya balu dan anak-anak yatim dalam kalangan keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah bersama ahli-ahli jawatankuasa PERKEP Kontinjen Sabah yang sentiasa komited dalam melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Kehadiran para tetamu dan ahli jawatankuasa telah memeriahkan lagi suasana majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kasih sayang dan keprihatinan.

Dalam majlis tersebut, sumbangan telah disampaikan kepada seramai 13 orang balu dan 22 orang anak yatim sebagai tanda sokongan dan keprihatinan PERKEP terhadap kebajikan keluarga warga PDRM. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban serta menceriakan mereka dalam menyambut bulan Ramadan.

Sumbangan yang disampaikan adalah hasil daripada sumbangan ikhlas Ahli Jawatankuasa PERKEP Kontinjen Sabah, yang sentiasa berganding bahu dalam memastikan kebajikan ahli dan keluarga sentiasa diberi perhatian. Usaha ini mencerminkan semangat keprihatinan, kebersamaan dan nilai kekeluargaan yang menjadi teras kepada perjuangan PERKEP.

Selain itu juga , sementara menunggu waktu berbuka puasa, tazkirah Ramadan turut disampaikan oleh Ustazah dari cawangan BAKA IPK Sabah. Secara keseluruhannya, Majlis Sentuhan Kasih Ramadan ini bukan sahaja memberi bantuan kepada penerima, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PERKEP serta keluarga warga PDRM. Diharapkan program seumpama ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada mereka yang memerlukan.

Bersama ini disertakan gambar sepanjang majlis.
Sekian, Terima Kasih.

Tarikh : 6 Mac 2026 (Jumaat)Masa  : 7.30 Pagi hingga 11.30 PagiTempat : Rumah PERKEP Kontinjen SabahKEHADIRAN1. YBhg Dat...
08/03/2026

Tarikh : 6 Mac 2026 (Jumaat)
Masa : 7.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Tempat : Rumah PERKEP Kontinjen Sabah

KEHADIRAN
1. YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Sabah
2. YBhg Datin Rusnah binti Zakaria, Naib Pengerusi PERKEP Sabah
3. Puan Emmy binti Suin, Ketua Biro Kebajikan
4. 29 orang PERKEP
5. 6 orang anggota lelaki
6. 4 orang pekerja ADABI

ULASAN
Program Memasak Bubur Lambuk anjuran PERKEP Sabah dengan kerjasama ADABI telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh muhibah dan semangat kebersamaan. Program ini diadakan bersempena bulan Ramadhan bagi menghidupkan tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PERKEP.

Seawal pagi, para peserta telah berkumpul untuk memulakan persiapan bahan-bahan seperti beras, daging, rempah ratus. Bahan perasa disumbangkan oleh pihak ADABI. Aktiviti memasak dijalankan secara bergotong-royong di mana setiap peserta memainkan peranan masing-masing, sama ada dalam penyediaan bahan, proses memasak mahupun pembungkusan bubur lambuk.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik memasak bubur lambuk yang enak dan beraroma, malah turut memupuk nilai kerjasama, kesukarelawanan dan semangat perpaduan. Kehadiran wakil daripada ADABI juga menambah kemeriahan program serta menunjukkan sokongan pihak korporat terhadap aktiviti kemasyarakatan.

Bubur lambuk tersebut telah diagihkan kepada warga PDRM yang sedang bertugas sebagai juadah berbuka puasa, sekali gus menyemarakkan lagi semangat Ramadhan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PERKEP dan warga pasukan.

PERKEP turut menyampaikan cenderahati kepada pihak ADABI atas sokongan dan komitmen.

Secara keseluruhannya, program Memasak Bubur Lambuk PERKEP Sabah bersama ADABI ini berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat gotong-royong serta menyemarakkan amalan berkongsi di bulan Ramadan.

Sekian, terima kasih.

Disertakan gambar semasa aktiviti.

JUALAN RAHMAH ANJURAN BIRO IKS BERSAMA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN NEGERI SABAHTarik...
09/02/2026

JUALAN RAHMAH ANJURAN BIRO IKS BERSAMA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN NEGERI SABAH

Tarikh: 8hb Februari 2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dataran Kawad, IPK Sabah

KEHADIRAN

1. YB Datuk Armizan binti Mohd Ali, Menteri KPDN

2. YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah

3. YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah

4. Ketua – Ketua Jabatan, Ketua – Ketua Formasi, dan Ketua -Ketua Polis Daerah

5. Datin- Datin Ketua Biro , Urusetia, pengerusi -pengerusi PERKEP Daerah, ahli

ATURCARA
7.00 Pagi
- Ketibaan semua pegawai kanan, pegawai pangkat rendah, ahli perkep dan orang awam

7.30 Pagi
- Program Senam Sihat Aerobics Dynamic

8.00 Pagi
- Program jualan RAHMAH MADANI bermula

8.30 Pagi
- Cabutan tiket bertuah (7 cabutan terawal)
- Persembahan artis

8.55 Pagi
- Ketibaan YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah bersama isteri YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah

9.00 Pagi
- Ketibaan Program YB Datuk Armizan bin Mohd Ali Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Penyampaian Hadiah Tiket Bertuah (7 Cabutan Awal)
- Cabutan Tiket Bertuah Utama (3 Cabutan)
- Sesi Happy Hour Jualan RAHMAH MADANI
- Penyampaian Cenderahati
- Penyerahan Sumbangan Bakul RAHMAH
- Sesi Walkabout Program Jualan RAHMAH MADANI dan Menu RAHMAH
- Jamuan Makan

2.00 petang
- Selesai Program Jualan RAHMAH

ULASAN
1. Program Jualan RAHMAH MADANI ini merupakan anjuran BIRO IKS PERKEP Kontinjen Sabah bersama KPDN Negeri Sabah.
2. Selari dengan konsep program bagi Kontinjen Sabah pada tahun ini yang berkonsepkan Kebajikan dan Kesejahteraan.
3. Dengan adanya program ini, selain warga PDRM, orang awam turut dapat berbelanja dengan harga RAHMAH bagi persediaan sambutan Tahun Baru Cina Dan Ramadhan Al-Mubarak.
4. Bersama ini disertakan gambar-gambar sepanjang program.

Sekian, terima kasih

07/02/2026
MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG PERKEP KONTINJEN SABAH SESI 2026/2027Tarikh: 4hb Februari 2026 (Rabu)Masa : 9.00 Pa...
07/02/2026

MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG PERKEP KONTINJEN SABAH SESI 2026/2027

Tarikh: 4hb Februari 2026 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat Perasmian : Ballroom Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan
Tempat Mesyuarat : Ballroom Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan

KEHADIRAN

1. YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah

2. YDH DCP Datuk Abdul Rani bin Alias, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah

3. YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah

4. YBhg Datin Rusnah binti Zakaria, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah

5. Ketua – Ketua Jabatan, Ketua – Ketua Formasi dan Ketua -Ketua Polis Daerah

6. Datin- Datin Ketua Biro , Urusetia dan pengerusi -pengerusi PERKEP Daerah

7. Ahli Jawatankuasa PERKEP Kontinjen Sabah

8. Setiausaha – Setiausaha Biro dan Daerah

9. 30 orang PERKEP WP Labuan

MESYUARAT AGUNG PERKEP KONTINJEN SABAH
AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan YBhg Pengerusi PERKEP Kontinjen, amanat YBhg Pengerusi PERKEP Malaysia semasa lawatan pada 4 Ogos 2025 di Rumah PERKEP Daerah Kota Kinabalu, tatacara pemakaian baju kurung rasmi PERKEP dan ingatan menjaga tatasusila serta imej Persatuan PERKEP.

2. Semakan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung sesi 2025/2026

3. Pembentangan laporan kewangan sesi 2025/2026

4. Pembubaran dan pelantikan AJK baru bagi sesi 2026/2027

5. Hal -hal lain

6. Selesai

ULASAN

1.Sehari sebelum mesyuarat agung, PERKEP Kontinjen Sabah telah mengadakan lawatan serta mempelajari kemahiran kraftangan di Rumah Kemas WP Labuan. Lawatan ke Galeri LAWA serta mempelajari pembuatan batik berasaskan sagu telah juga dijalankan.

2. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKEP Kontinjen Sabah telah dirasmikan oleh YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun. YDH Datuk PJP Sabah juga turut menyampaikan amanat agar PERKEP bersatu hati dan membuat aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah buat ahli PERKEP dan sentiasa menjaga nama baik dan imej Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sabah.
YDH Datuk PJP Sabah juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua Ketua Biro, Urusetia, Pengerusi, Setiausaha Biro dan daerah serta AJK PERKEP Kontinjen Sabah.

3. Lawatan Kebajikan kepada dua orang ahli PERKEP WP Labuan yang menghidap kanser usus dan kanser payudara telah turut dilaksanakan selepas Mesyuarat Agung PERKEP selesai.

4. Aktiviti Zumba telah turut diadakan pada sebelah petang. Semua Ketua Biro, Pengerusi Daerah dan ahli PERKEP Kontinjen Sabah turut hadir bagi aktiviti riadah ini.

5. Bersama ini disertakan gambar-gambar.

Sekian, terima kasih

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN SABAHTarikh: 8 Januari 2026 (Khamis)Masa: 10.30 pagi – 13.30 T/hariLawatan kebajikan ...
08/01/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN SABAH

Tarikh: 8 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 10.30 pagi – 13.30 T/hari

Lawatan kebajikan telah dihadiri oleh YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah(Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah), YBhg. Puan Emmy binti Suin
(KB Kebajikan) dan 10 ahli PERKEP

PESAKIT YANG DILAWATI
Nama: SJN ASLINA BINTI OLGA
Jabatan: Pancaragam, Jab. Pengurusan

Nama: SJN IMRAN BIN WASLI
Jabatan - Pengangkutan, Jab. Logistik

Nama: KONST SHERIN BIN MULIS
Jabatan - TSM, Jab. Logistik

ULASAN
Lawatan ini diadakan dengan tujuan memberi sokongan moral dan motivasi kepada ahli PERKEP agar terus tabah serta bersemangat dalam menghadapi kehidupan seharian.

Program ini juga mencerminkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan PERKEP Kontinjen Sabah yang diterajui oleh YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah terhadap warga keluarga Polis yang berkhidmat di Kontinjen Sabah.

Semasa lawatan, PERKEP Kontinjen yang diwakili oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah menyampaikan sumbangan kepada keluarga pesakit yang dilawati.

Bersama ini disertakan gambar semasa lawatan.

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN SABAH KE ATAS PEGAWAI AWAM MANGSA KEBAKARANTARIKH / MASATarikh : 17 Disember 2025 (Ra...
22/12/2025

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN SABAH KE ATAS PEGAWAI AWAM MANGSA KEBAKARAN

TARIKH / MASA
Tarikh : 17 Disember 2025 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Rumah Transit Kebajikan, IPK Sabah.

KEHADIRAN
1. YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah(Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah)
2. YBhg. Datin Rusnah binti Zakaria (Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah)
3. YBhg. Puan Emmy binti Suin (KB Kebajikan)
4. DSP Wirawati binti Mohd Ali(Setiausaha PERKEP Kontinjen Sabah)
5. DSP Suriawati binti Shukri (PT Pentadbiran)
6. ASP Siti Noorlilah binti Latip(ASP Kebajikan / PERKEP)
7. Insp. Sabtumangadung binti Rudin (SU Biro Kebajikan JP)
8. Insp. Sarimah binti Abdullah (PERKEP JP IPK Sabah)
9. (6) orang Ahli Biro Kebajikan

BUTIRAN PEGAWAI AWAM TERJEJAS KEBAKARAN
1. Nama: PF/Darna binti Pudar
2. Tugas : Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, IPK Sabah
3. Alamat Kebakaran: Sebuah bilik di alamat No. 42, Lorong 2, Taman Sg Wang, Kinarut Papar, Sabah.
4. Tarikh Kejadian : 15/12/2025 @ 1430 hrs
5. Status : Rosak sebahagian (1 buah bilik di tingkat 1 terbakar). Setakat ini mangsa(pegawai awam) bersama keluarga ditempatkan sementera di Rumah Transit Kebajikan, IPK Sabah.

ULASAN LAWATAN
Lawatan kebajikan ini bertujuan memberikan sokongan moral dan motivasi kepada ahli PERKEP yang terjejas, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli. Untuk makluman juga, pegawai awam ini mempunyai anak istimewa.

Lawatan telah berjalan dengan lancar dan disertakan dengan penyampaian sumbangan kebajikan (kebakaran) kepada mangsa.

AKTIVITI PENUTUPAN PROGRAM PERKEP KONTINJEN SABAH TAHUN 2025TARIKH / MASATarikh : 12 – 14 Disember 2025 (Jumaat hingga A...
22/12/2025

AKTIVITI PENUTUPAN PROGRAM PERKEP KONTINJEN SABAH TAHUN 2025

TARIKH / MASA
Tarikh : 12 – 14 Disember 2025 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Happy Village, Kundasang

KEHADIRAN
1.YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah(Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah)
2. YBhg. Datin Wan Hurani binti Osman (Ketua Biro Seni Budaya)
3. YBhg. Datin Siti Fatmah binti Mohamden (Ketua Biro Sosial)
4. YBhg. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif (Ketua Biro Aset)
5. YBhg. Puan Mahanum binti Sadli (Urusetia II PERKEP)
6. 20 Orang PERKEP

ULASAN LAWATAN
Aktiviti santai yang diadakan di Happy Village telah berlangsung dengan suasana yang ceria, harmoni dan penuh kemesraan. Program ini melibatkan pelbagai pengisian berbentuk rekreasi dan kekeluargaan antaranya aktiviti masak-masak secara bergotong-royong, senamrobik serta pelbagai permainan santai.
Aktiviti masak-masak telah memberi peluang kepada para peserta untuk bekerjasama, berkongsi tugas dan berinteraksi secara santai sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim. Senamrobik yang dijalankan dapat memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal serta menceriakan suasana program. Selain itu, pelbagai permainan (games) yang disediakan telah mencetuskan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gelak ketawa dalam kalangan peserta.
Secara keseluruhannya, aktiviti santai ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk beriadah dan melepaskan tekanan, malah berjaya memupuk semangat kebersamaan, kerjasama dan hubungan mesra dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN SABAH KE ATAS ANGGOTA CAWANGAN ISTANA JABATAN PENGURUSANTARIKH / MASATarikh: 7 Novemb...
07/11/2025

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN SABAH KE ATAS ANGGOTA CAWANGAN ISTANA JABATAN PENGURUSAN

TARIKH / MASA
Tarikh: 7 November 2025 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Lot 26, Lorong 1, Taman Sg. Wang, Kinarut, Papar, Sabah.

KEHADIRAN
YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah(Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah)
YBhg. Datin Noorliza binti Ahmad(KB Sains Rumahtangga)
YBhg. Puan Emmy binti Suin
(KB Kebajikan)
YBhg. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif (Ketua Biro Aset)
DSP Wirawati binti Mohd Ali
(Setiausaha PERKEP Kontinjen Sabah)
ASP Siti Noorlilah binti Latip
(ASP Kebajikan / PERKEP)
Insp. Sabtumangadung binti Rudin (SU Biro Kebajikan JP)
Insp. Linda anak Kennedy (SU PERKEP IPD Papar)
(7) orang Ahli Biro Kebajikan
(1) orang Ahli PERKEP IPD Papar

ULASAN LAWATAN
Lawatan kebajikan ini diadakan bertujuan memberikan sokongan moral dan motivasi kepada ahli PERKEP agar terus tabah serta bersemangat dalam menghadapi kehidupan seharian, di samping mempereratkan hubungan silaturahim antara ahli.
Program ini juga mencerminkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan PERKEP Kontinjen Sabah yang diterajui oleh YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah terhadap warga keluarga Polis yang berkhidmat di Kontinjen Sabah.
Lawatan berjalan dengan lancar dan turut disertakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada ahli keluarga PERKEP Kontinjen Sabah.

(Disertakan gambar semasa lawatan)

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DARIPADA YBHG DATIN SERI HAMISAH BINTI HUSSINTarikh    : 6 November 2025 (K...
06/11/2025

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DARIPADA YBHG DATIN SERI HAMISAH BINTI HUSSIN

Tarikh : 6 November 2025 (Khamis)
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Dewan Bankuet, Tingkat 5, IPK Sabah

*KEHADIRAN*

1. YBhg Datin. Seri Hamisah binti Hussin Isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri
2. YBhg Datin Wan Hurani binti Osman Ketua Biro Seni Budaya mewakili Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
3. YBhg Datin Noorliza binti Ahmad Ketua Biro SRT PERKEP Kontinjen Sabah
4. Puan Emmy Binti Suin, Ketua Biro Kebajikan PERKEP Kontinjen Sabah
5. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif Ketua Biro Aset PERKEP Kontinjen Sabah
6. Puan Mahanun binti Sadli, Urusetia II PERKEP Kontinjen Sabah
7. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif, Ketua Biro Aset PERKEP Kontinjen Sabah
8. (11) orang penerima sumbangan
9. 83 orang ahli PERKEP Kontinjen Sabah
PERKEP

ULASAN

YBhg Datin Seri Hamisah binti Hussin, isteri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Kali ini berbesar hati menyantuni ahli -ahli PERKEP Kontinjen Sabah.

Dalam lawatan nya kali ini, YBhg Datin Seri beramah mesra bersama ahli - ahli PERKEP dan menyantuni anak - anak istimewa PERKEP serta ahli (1) orang PERKEP yang menghidap sakit kanser payudara tahap 3.

Dikesempatan ini juga, YBhg Datin Seri mengambil kesempatan berjumpa dengan Pengerusi PPRPD dan berbincang cara untuk membantu anggota - anggota yang menghidap sakit.

YBhg Datin Wan Hurani binti Osman, Ketua Biro Seni Budaya PERKEP Kontinjen Sabah mewakili YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, menzahirkan ucapan setinggi - tinggi terima kasih di atas kesudian YBhg Datin Seri berjumpa dan memberi sumbangan kepada ahli PERKEP serta anak- anak istimewa PERKEP.

Diharapkan, program ini menjadi satu landasan mengukuhkan ukwah dan silaturahim. Ia juga menjadi satu platform untuk sailing bertukar pandangan bagi menambah baik program - program yang akan diadakan.

Bersama-sama ini disertakan gambar semasa lawatan kebajikan.

LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SABAHTarikh    : 31.10.2025 @ Jumaat Masa     : 1000hrs  - 1100HrsTempat  :...
05/11/2025

LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SABAH

Tarikh : 31.10.2025 @ Jumaat
Masa : 1000hrs - 1100Hrs
Tempat : Blok I -1-1 Perumahan Polis PDRM IPD Sandakan,Bt4 . Sandakan,Sabah.

*Butir-Butir pesakit yang dilawati*

Nama : KONS/W. Nurija binti Husin
Tempat Tugas : Cawangan Pengangkutan, IPD Sandakan
Jenis penyakit : Buah Pinggang tahap empat.

*KEHADIRAN*
1. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
2. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif, Ketua Biro Aset PERKEP
Kontinjen Sabah
3. Puan Asonah binti Dukim, Naib Pengerusi PERKEP
Sandakan
4. Insp Nurfarahin binti Mohd Radzi, Setiausaha PERKEP IPD Sandakan
5. Insp Nor Hanani binti Hashim, Ketua Biro Kebajikan PERKEP Sandakan
6. (12) Orang ahli PERKEP

*ULASAN*

YBhg Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah membuat lawatan Kebajikan keatas ahli PERKEP ini adalah untuk menziarahi serta memberi kata – kata semangat dan dorongan kepada pesakit yang memerlukan perhatian dan sokongan moral.

Semasa lawatan juga turut disampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin. Lawatan sebegini mencerminkan semangat kekitaan dan kasih sayang antara ahli PERKEP, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan menzahirkan rasa tanggungjawab terhadap keluarga besar PERKEP.

Bersama-sama ini disertakan gambar semasa lawatan kebajikan.

Address

Jalan Pahlawan
Kota Kinabalu
88560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Sabah - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkep Sabah - Rasmi:

Share