27/04/2026
๐จ ๐๐๐๐๐๐๐๐! ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
TAWAU, 27 April โ Seorang wanita tempatan berusia 57 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan di sebuah rumah di Taman Semarak, Tawau.
Kejadian terbongkar selepas ibu mangsa meneliti rakaman CCTV yang memaparkan perlakuan suspek terhadap anaknya ketika mangsa berada di bawah jagaan wanita terbabit. Suspek, yang juga merupakan individu dipercayai dan dianggap seperti ahli keluarga sendiri, telah diupah sebagai pengasuh sejak hampir setahun lalu.
Bertindak atas laporan yang dibuat, polis berjaya menahan suspek dalam tempoh singkat di Kampung Pangkalan Asli, Merotai Besar. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kes ini menjadi peringatan kepada semua ibu bapa agar sentiasa peka, berhati-hati, dan tidak mengambil ringan soal keselamatan anak-anak, walaupun mereka dijaga oleh individu yang dikenali rapat.
Anak-anak adalah amanah yang tidak ternilai. Keselamatan dan kebajikan mereka wajib menjadi keutamaan setiap masa.
Kredit : polis daerah tawau