Puspanita Cawangan Sabah

Puspanita Cawangan Sabah Hubungi Kami :
Wisma PUSPANITA, Jalan Murai, Tanjung Aru
Peti Surat 15311, 88863 Kota Kinabalu
SABAH, MALAYSIA
Tel : 088-235266/235267
Fax: 088-241266

Di sebalik hasil tuaian, tersimpan seribu erti kesyukuran. Di sebalik perayaan, terjalin erat kasih dan persaudaraan. Se...
31/05/2026

Di sebalik hasil tuaian, tersimpan seribu erti kesyukuran. Di sebalik perayaan, terjalin erat kasih dan persaudaraan. Selamat Hari Gawai. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dipenuhi sukacita. 🌾

Kopivosian om kopisanangan kumaa toinsanai! Di timpu kaamatan diti manganu okoi kosiwatan mamason Kotobian Tadau Tagazo ...
30/05/2026

Kopivosian om kopisanangan kumaa toinsanai! Di timpu kaamatan diti manganu okoi kosiwatan mamason Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan kumaa dikoyu e mamarai! 🤗

🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya. Semoga musim menuai ini membawa berkat, kesyukuran, dan kegembiraan buat kita semua. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! 🌾

Hati-hati dijalan dan ingatlah orang tersayang.

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙Semoga setiap pengorbanan dipandang mulia,setiap keikhlasan dibalas bahagia,dan setiap doa ...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙

Semoga setiap pengorbanan dipandang mulia,
setiap keikhlasan dibalas bahagia,
dan setiap doa menemukan jalannya pulang. 🤍

Selamat Hari Ibu buat semua wanita!Anda adalah seorang wanita yang hebat.Setiap kasih sayang, doa, pengorbanan, dan keku...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat semua wanita!

Anda adalah seorang wanita yang hebat.
Setiap kasih sayang, doa, pengorbanan, dan kekuatan yang tidak pernah berhenti untuk keluarga. 🌷

Simposium Muslimah Sabah 2026“Kelibat Anggun Generasi Unggul”Buat julung kalinya dianjurkan di Sabah, program ini telah ...
05/05/2026

Simposium Muslimah Sabah 2026
“Kelibat Anggun Generasi Unggul”

Buat julung kalinya dianjurkan di Sabah, program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2026 di Grand Ballroom 1, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Program ini merupakan hasil kerjasama erat PUSPANITA, JHEAINS, INSAN dan JHEWA, serta berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada 21 NGO dan kakitangan Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, yang telah menyempurnakan perasmian simposium ini.

Antara pengisian utama:
• Ucapan Utama oleh Sharifah Hayaati binti Syed Ismail bertajuk “Sentuhan Muslimah Terbentuknya Generasi”
• Santapan Rohani oleh Nazirah Binti Abu Bakar bertajuk “Jalan ke Syurga Kita Berbeza”
• Forum Perdana Muslimah “Wanita Biasa, Amanah Luar Biasa” dikendalikan oleh Hariri Mohamad Daud bersama panel jemputan

Simposium ini menjadi platform memperkasa wanita melalui ilmu, perkongsian dan jaringan ke arah melahirkan generasi Muslimah yang unggul dan berdaya saing.

✨ Kelibat Anggun, Generasi Unggul
✨ Bersama kita melakar masa depan wanita Sabah

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua ✨  Terima kasih atas setiap usaha, keringat, dan dedikasi yang dicurahkan da...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua ✨

Terima kasih atas setiap usaha, keringat, dan dedikasi yang dicurahkan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Setiap pekerjaan itu bernilai dan memberi makna besar kepada masyarakat.

Semoga terus diberi kekuatan, semangat, dan keberkatan dalam setiap langkah. 💼🌿

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! 🌙✨

Hari kemenangan ini mengingatkan kita tentang perjalanan, kesabaran dan pengampunan.

Maaf zahir dan batin.

Semoga kita terus belajar untuk mengasihi, memahami dan menghargai setiap insan di sekeliling kita. ❤️

Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang luar biasa.Terima kasih atas segala kasih sayang, kekuatan dan sema...
08/03/2026

Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang luar biasa.
Terima kasih atas segala kasih sayang, kekuatan dan semangat yang sentiasa memberi inspirasi kepada dunia.

Semoga setiap wanita terus bersinar, dihargai dan diberkati dalam setiap peranan yang dilakukan. 💖

26/02/2026

Highlight Video: Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 PUSPANITA Cawangan Sabah 2026 kini di YouTube! Jom saksikan video penuh melalui pautan ini.

Pautan : https://youtu.be/dEs1x7wuOTU

20–21 Mac 2026: Pembungkusan kuih-muih sempena Majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamat...
25/02/2026

20–21 Mac 2026: Pembungkusan kuih-muih sempena Majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan bagi tahun 2026 telah diadakan di Dewan PUSPA Seri Faridah, Wisma PUSPANITA.

Program pembungkusan ini diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Khadizah Osman dan turut dihadiri oleh YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias bagi menunjukkan sokongan kepada program kebajikan tersebut.

Address

Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Cawangan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share