04/09/2026
πππππππππ ππππππ ππππ πππππ ππππ ππ πππππππ ππππππ ππ
ππππππππππ | ππ πππππππππ ππππ
Pada 2 September 2026 (Rabu), Pejabat DataPPK Centre of Excellence telah menerima kunjungan hormat daripada Hong Leong Bank Cawangan Inanam, yang diketuai oleh En. Fung Mou P**n, selaku Cluster Branch Manager Hong Leong Bank Cawangan Jalan Haji Saman & Cawangan Inanam.
Pertemuan ini dipengerusikan oleh Cik Sherranyca Raymond Sherra Raymond, Penyelaras DataPPK, bersama En. Solehan, Sekretariat DataPPK, bagi membincangkan peluang kerjasama antara DataPPK dan Hong Leong Bank khususnya dalam membantu komuniti penjaja, peniaga kecil dan PMKS mendapatkan akses kepada perkhidmatan perbankan serta kemudahan kewangan.
π¦ ANTARA PERKARA YANG DIBINCANGKAN:
1. Pembukaan Akaun Perniagaan & Personal
Akaun Semasa Enterprise/Trading β deposit pembukaan serendah RM500
Akaun Semasa Sdn. Bhd. β deposit pembukaan serendah RM1,000
Akaun Personal β serendah RM100
Pembukaan akaun memberi kemudahan kad bank dan online banking.
Kemudahan QR Board Static turut tersedia bagi akaun personal dan akaun semasa.
2. Fokus Kepada Peniaga Berlesen
Buat masa ini, pembukaan akaun melalui kerjasama ini memberi fokus kepada peniaga yang mempunyai lesen perniagaan di bawah DBKK.
Peniaga dari luar daerah Kota Kinabalu turut boleh dipertimbangkan, khususnya dari Tuaran, Penampang, Putatan dan Tamparuli, namun tempoh proses mungkin mengambil masa lebih lama bergantung kepada proses pengesahan pihak berkuasa daerah.
Bagi lesen perniagaan di bawah DBKK, tempoh proses pembukaan akaun dianggarkan sekitar 3 hingga 7 hari bekerja, tertakluk kepada kelengkapan dokumen dan proses pengesahan.
3. Program Bersama Peniaga
Hong Leong Bank turut menyatakan keterbukaan untuk dijemput menyertai program-program DataPPK yang melibatkan komuniti penjaja dan peniaga kecil, khususnya program yang mempunyai keperluan pembukaan akaun.
4. Pembiayaan Perniagaan
Perbincangan turut menyentuh mengenai pembiayaan kepada PMKS. Permohonan pembiayaan akan mengambil kira rekod dan aktiviti penyata bank, termasuk rekod sekitar 6 bulan, tertakluk kepada penilaian serta syarat pihak bank.
Buat masa ini, tiada skim pembiayaan mikro atau geran perniagaan khusus yang ditawarkan melalui perbincangan ini.
Sebagai tambahan, free gift berupa apron turut disediakan oleh pihak Hong Leong Bank bagi program atau aktiviti yang dipersetujui.
MEMBINA EKOSISTEM PERNIAGAAN YANG LEBIH TERSUSUN
Bagi DataPPK, hubungan bersama institusi kewangan seperti Hong Leong Bank merupakan satu langkah positif dalam usaha memperkukuhkan ekosistem keusahawanan komuniti.
Kita bukan sekadar mahu membantu peniaga menjalankan perniagaan, tetapi juga menggalakkan mereka bergerak ke arah pengurusan perniagaan yang lebih tersusun, mempunyai rekod kewangan dan akses kepada perkhidmatan perbankan yang sesuai.
Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak program, perkongsian ilmu dan kemudahan perbankan yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti penjaja, peniaga kecil dan PMKS di Sabah.
DataPPK Bersama Memperkasa Penjaja, Peniaga Kecil & PMKS. Semoga ada manfaatnya.