Kelab Belia Inspirasi Kampung Lapasan

Kelab Belia Inspirasi Kampung Lapasan “CREATING FUTURE LEADERS”

09/04/2026

Dua minggu perjalanan program. Pelbagai ragam, pelbagai cerita. Kami kumpulkan detik-detik terbaik sepanjang program berlangsung khas untuk kamu semua!

Terima kasih kepada semua yang menjayakan edisi kali ini. Kamu semua memang terbaik, Kasi 'Like' sikit kalau kamu rindu mahu buat lagi tahun depan! 🔥






YouTube: https://youtu.be/QkN9quUCEMo?si=BWg9OCKL2kZKjafM

Selepas dua minggu penuh dengan pelbagai acara, Program Raya Sekampung edisi kelima bagi tahun 2026 akhirnya melabuhkan ...
06/04/2026

Selepas dua minggu penuh dengan pelbagai acara, Program Raya Sekampung edisi kelima bagi tahun 2026 akhirnya melabuhkan tirai pada 4 April lalu.

7 APRIL 2026, [SELASA]KAMPUNG LAPASAN, TELIPOK KOTA KINABALU: Kemeriahan sambutan Aidilfitri di Kampung Lapasan mencapai kemuncaknya pada 4 April yang lalu menerusi Majlis Malam Penutup Program Ray…

7 APRIL 2026 [SELASA]KAMPUNG LAPASAN, TELIPOKKOTA KINABALU:  Kemeriahan sambutan Aidilfitri di Kampung Lapasan mencapai ...
06/04/2026

7 APRIL 2026 [SELASA]
KAMPUNG LAPASAN, TELIPOK

KOTA KINABALU: Kemeriahan sambutan Aidilfitri di Kampung Lapasan mencapai kemuncaknya pada 4 April yang lalu menerusi Majlis Malam Penutup Program Raya Sekampung Vol 5.0 Tahun 2026.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Masjid Al-Fattah Kampung Lapasan Telipok ini merupakan simbol kejayaan kolaborasi erat antara Kelab Belia Inspirasi Kampung Lapasan (KABIL) dan Masjid Al-Fattah Kampung Lapasan (MAF).

Program tahunan yang kini memasuki edisi kelima ini telah berlangsung selama dua minggu, bermula dengan acara pembukaan E-Football PES Tournament pada 28 Mac yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti telah disusun atur bagi menyemarakkan semangat kemasyarakatan dan mencungkil bakat penduduk setempat.

Antara pengisian utama sepanjang dua minggu program termasuklah Pertandingan Sepak Takraw, Sepak Manggis, Melastik yang mengangkat semula sukan tradisi dan acara Sukaneka yang melibatkan penyertaan daripada golongan kanak-kanak, dewasa, hingga ke ibu bapa. Selain itu, Antara acara lain ialah Pertandingan Azan dan Hafazan bagi memupuk kecintaan generasi muda terhadap syiar Islam.

Majlis pada malam tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nordin Bin Lossin, Pengarah Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kehadiran beliau sebagai perasmi membuktikan bahawa usaha kecil belia dan pihak masjid dalam menjaga tradisi serta menyatukan penduduk kampung mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada kepimpinan tertinggi agensi negeri.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Tuan Matlan Bin Haji Taman Pengerusi Masjid Al-Fattah Kampung Lapasan Telipok, Puan Melisa Binti Mit Pengerusi Kelab Belia Inspirasi Kampung Lapasan, JKKK, Ahli Jawatankuasa Penganjur serta hampir 200 orang penduduk setempat yang hadir bagi memeriahkan suasana penutupan.

Pihak penganjur (KABIL & MAF) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan edisi kali ini. Adalah diharapkan agar semangat "Raya Sekampung" ini terus mekar dan menjadi inspirasi kepada pembangunan belia dan komuniti yang lebih dinamik pada masa hadapan.




PART 6: MAJLIS MALAM PENUTUP PROGRAM RAYA SEKAMPUNG VOL 5.0 TAHUN 2026Alhamdulillah, pada malam 4 April 2026 yang lalu m...
06/04/2026

PART 6: MAJLIS MALAM PENUTUP PROGRAM RAYA SEKAMPUNG VOL 5.0 TAHUN 2026

Alhamdulillah, pada malam 4 April 2026 yang lalu menjadi saksi kemuncak segala usaha kita. Dari debaran E-Football PES Tournament sehinggalah ke kemerduan Pertandingan Azan & Hafazan, semuanya berjalan lancar!
Terima kasih kepada semua yang memeriahkan Sukaneka, Sepak Takraw, Sepak Manggis, serta acara tradisi Anyam Ketupat dan Melastik. Anda semua memang hebat!




PART 5: PERTANDINGAN AZAN & HAFAZANSelain sukaneka yang kecoh dan acara padang yang penuh semangat, Tidak dilupakan juga...
06/04/2026

PART 5: PERTANDINGAN AZAN & HAFAZAN

Selain sukaneka yang kecoh dan acara padang yang penuh semangat, Tidak dilupakan juga pada 3 April yang lalu, acara ketiga kita iaitu Pertandingan Azan & Hafazan yang benar-benar menyentuh hati. Sejuk perut ibu mengandung tengok anak-anak muda kita beraksi! 🤲 Syabas buat semua peserta.




PART 4: SUKANEKA IBU-IBU / BERKUMPULANMasih terasa lagi kemeriahan Program Raya Sekampung Vol 5.0 yang bermula pada 29 M...
06/04/2026

PART 4: SUKANEKA IBU-IBU / BERKUMPULAN

Masih terasa lagi kemeriahan Program Raya Sekampung Vol 5.0 yang bermula pada 29 Mac yang lalu! Sebagai acara kedua dalam kalendar kita, program maraton selama dua minggu ini memang pecah habis! 💥

Dari gelak tawa sukaneka kanak-kanak sampailah ke aksi padu sepak takraw dan sepak manggis, semua penduduk sporting habis. Bukan setakat bersukan, kita juga asah bakat anyam ketupat dan uji ketepatan melastik. Paling kecoh? Mestilah sukaneka ibu-ibu berkumpulan! 🤣

Terima kasih buat semua yang menjayakan. kamu semua memang terbaik! 🤜🤛




PART 3: PERTANDINGAN MELASTIK, SEPAK MANGGIS, ANYAM KETUPAT & BALING DADU.Selain sukaneka, kita juga ada Pertandingan Se...
06/04/2026

PART 3: PERTANDINGAN MELASTIK, SEPAK MANGGIS, ANYAM KETUPAT & BALING DADU.

Selain sukaneka, kita juga ada Pertandingan Sepak Manggis, Melastik, Baling Dadu & Anyam Ketupat pada 29 Mac yang lalu! Program yang dirancang selama dua minggu ini terus menjadi medan mengeratkan silaturahim buat kita semua. 🤝




PART 2: SUKANEKA KANAK-KANAK & DEWASATiada apa yang lebih bermakna selain melihat senyuman warga kampung berkumpul bersa...
05/04/2026

PART 2: SUKANEKA KANAK-KANAK & DEWASA

Tiada apa yang lebih bermakna selain melihat senyuman warga kampung berkumpul bersama. Dari larian comel Sukaneka Kanak-kanak sampai ke aksi pecah perut Sukaneka Dewasa, semuanya menjadi memori indah buat kita semua. Terima kasih kerana masih setia bersama Program Raya Sekampung sehingga edisi ke-5 ini!




PART 1: E-FOOTBALL PES TOURNAMENT Program Raya Sekampung tahun ni bermula dengan "panas" pada 28 Mac yang lalu melalui E...
05/04/2026

PART 1: E-FOOTBALL PES TOURNAMENT

Program Raya Sekampung tahun ni bermula dengan "panas" pada 28 Mac yang lalu melalui E-Football Pes Tournament!. Memang padu aksi masing-masing.

Terima kasih kepada semua peserta yang memeriahkan acara pembukaan Program Raya Sekampung Vol 5.0 tahun ini. Siapa sangka ramai 'pro-player' tersembunyi dalam kampung kita ini?




Bunga api bersinar indah,Tanda Syawal menjelang sudah,Silap dan salah usah dibedah,Moga ukhuwah kembali indah.kelab Beli...
20/03/2026

Bunga api bersinar indah,
Tanda Syawal menjelang sudah,
Silap dan salah usah dibedah,
Moga ukhuwah kembali indah.

kelab Belia Inspirasi Kampung Lapasan ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Tulus ikhlas daripada kami untuk anda semua.

SALAM RAMADHANSelamat Menunaikan Ibadah Puasa 1447H/2026M, Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, kekuatan dan ...
18/02/2026

SALAM RAMADHAN

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1447H/2026M, Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, kekuatan dan kesabaran kepada kita semua dalam menunaikan ibadah puasa. Marilah kita jadikan Ramadhan ini sebagai peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan memperkukuh ukhuwah sesama kita. Selamat berpuasa.

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎:
KELAB BELIA INSPIRASI KAMPUNG LAPASAN

Address

GAZEBO INSPIRASI, Kampung Lapasan Telipok
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Inspirasi Kampung Lapasan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia Inspirasi Kampung Lapasan:

Share