Angkatan Mahasiswa UMS

Angkatan Mahasiswa UMS Angkatan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah

29/10/2025

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera dan Salam UMS Memilih.

| 28 Oktober 2025 |

[HEBAHAN BILANGAN KERUSI PILIHAN RAYA KAMPUS SESI 2025/2026 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH]

Sukacita dimaklumkan bahawa Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Sabah sesi 2025/2026 kerusi yang dipertandingkan bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 Universiti Malaysia Sabah adalah seperti berikut:

A) Kerusi Umum - Sepuluh (10) kerusi
B. Kerusi Fakulti - Dua Puluh Lapan (28) Kerusi
C. Kerusi Lantikan - Dua (2) Kerusi

Jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah sebanyak 38 Kerusi.

Sekian.

Yang Ikhlas,
SITI NUR FARA UMAIRAH BINTI JALI
Pengerusi
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus Sesi 2025/2026
Universiti Malaysia Sabah

Facebook
- Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UMS
https://www.facebook.com/JPRKUMS?mibextid=kFxxJD

Instagram
- jprkums
https://www.instagram.com/jprkums

TikTok
- prkums
https://www.tiktok.com/

29/10/2025

Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam UMS Memilih.

| 28 Oktober 2025 |

[PENDAFTARAN SUKARELAWAN UJIAN TEKANAN SISTEM E-UNDI PILIHAN RAYA KAMPUS SESI 2025/2026 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH]

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus (JPRK) Universiti Malaysia Sabah kini membuka penyertaan kepada mahasiswa/i yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi Ujian Tekanan Sistem E-Undi Pilihan Raya Kampus Sesi 2025/2026.

Ujian ini bertujuan untuk:
- Menilai kesesakan sistem e-undi.
- Memastikan keberkesanan dan kelancaran sistem e-undi sebelum pelaksanaan rasmi Pilihan Raya Kampus (PRK).

πŸ“… Tarikh Pendaftaran:
28 Oktober 2025 – 30 Oktober 2025

πŸ“Œ Manfaat Penyertaan:
βœ… Mata SDP
βœ… E-Sijil Penyertaan

πŸ“Œ Cara Pendaftaran:
- Imbas Kod QR yang tertera pada poster untuk mendaftar sebagai sukarelawan.
- Pautan pendaftaran: https://forms.office.com/r/FZUxNfMuYj

πŸ“² Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Hamim: 011-27307408
Aiman: 011-59712004

Sekian.

β€œPilihan Mahasiswa, Keutamaan Kami”

Yaβ€Œngβ€Œ Ikhlas,

HAMIM HAMIZAN BIN ABDUL WAHID (011-27307408)
Ketua Unit Teknikal
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus
Sesi 2025/2026
Universiti Malaysia Sabah

Facebook
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UMS
https://www.facebook.com/JPRKUMS?mibextid=kFxxJD

Instagram
jprkums
https://www.instagram.com/jprkums

TikTok
prkums
https://www.tiktok.com/

29/10/2025
18/10/2025

Setinggi-tinggi Tahniah

Pasukan Debat UMS diatas kejayaan merangkul Naib Johan Debat Statistik Antara IPT Siri Ke-4 Tahun 2025 sempena Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) & Sedunia 2025 pada 16-18 Oktober 2025 di Sungai Koyan, Pahang.

Ikhlas daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta seluruh warga HEPACares, Universiti Malaysia Sabah.




12/10/2025

UMS berdiri teguh bersama Palestin. πŸ‡΅πŸ‡Έ

Kita berbangga dan berasa bertuah kerana antara wira dan wirawati Global Sumud Flotilla ialah Alumni UMS, yang akan bersama kita berkongsi pengalaman serta pandangan mereka dari misi kemanusiaan tersebut.

πŸ“… 15 Oktober 2025
πŸ•— 8.00 Malam
πŸ“ Dewan Canselor, UMS

Ayuh warga UMS, hadir beramai-ramai menyatakan solidariti dan sokongan kita melalui platform rasmi universiti ini. ✊🏽


KENYATAAN MEDIA5 Oktober 2025Angkatan Mahasiswa UMS (AMUMS) berpandangan kuliah dalam talian pada minggu pertama tidak w...
05/10/2025

KENYATAAN MEDIA
5 Oktober 2025

Angkatan Mahasiswa UMS (AMUMS) berpandangan kuliah dalam talian pada minggu pertama tidak wajar. Minggu pertama seharusnya menjadi ruang untuk pelajar menyesuaikan diri dengan suasana kampus, pendaftaran kursus, dan urusan akademik penting. Kuliah bersemuka adalah peluang terbaik untuk memperkenalkan budaya akademik, membina hubungan pensyarah-pelajar, serta kekitaan dalam komuniti akademik.

Kami menyeru pihak universiti untuk kekalkan kuliah bersemuka, kecuali dalam keadaan yang benar-benar memerlukan.

Selamat datang pelajar baharu sesi 2025/2026 & selamat kembali pelajar senior!


SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI 2025/2026 Ikhlas Daripada :Keluarga Bunga RayaAngkatan Mahasiswa UMS
02/10/2025

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI 2025/2026


Ikhlas Daripada :
Keluarga Bunga Raya
Angkatan Mahasiswa UMS


01/10/2025
25/07/2025

PEMAKLUMAN

MAJLIS KONVOKESYEN UMS Ke-27
Bagi Graduan Tahun 2025 akan berlangsung pada
29 Nov - 2 Dis 2025.


22/07/2025

Sempena sambutan Hari Sarawak, Universiti Malaysia Sabah (UMS) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh warga Sarawak, khususnya pelajar, staf, dan alumni UMS yang berasal dari Bumi Kenyalang.

UMS juga ingin menzahirkan penghargaan istimewa buat rakan-rakan institusi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas jalinan kerjasama dan semangat persaudaraan yang erat selama ini.

Semoga Hari Sarawak ini menjadi detik untuk kita terus meraikan kepelbagaian budaya, warisan unik, dan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan negeri Sarawak dalam membina Malaysia yang lebih gemilang.

Selamat Hari Sarawak!
Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai.

Ikhlas daripada,
Lemabaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan seluruh warga Universiti Malaysia Sabah.

23/06/2025

Dengan penuh rasa dukacita, Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan seluruh warga UMS ingin mengucapkan salam takziah kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma'ani binti Tun Tuanku Haji Bujang, isteri YAB Premier Sarawak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan Allahyarhamah bersama orang-orang yang solehah.

Al-Fatihah.

Address

Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Mahasiswa UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Mahasiswa UMS:

Share