Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae

Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae Selamat Datang ke Laman Facebook Utama bagi Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae, UMS.

Segala maklumat penting dan yang berkenaan akan disalurkan melalui laman page ini khususnya untuk residen KKTPAR dan mahasiswa UMS secara amnya.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam UMS Bertekad Cemerlang| 4 JULAI 2026 |KEPUTUSAN T...
04/07/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam UMS Bertekad Cemerlang

| 4 JULAI 2026 |

KEPUTUSAN TEMU DUGA PEMBIMBING SUAI MESRA MINGGU SUAI MESRA KALI KE-32 KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE

Syabas dan tahniah diucapkan kepada calon yang telah terpilih sebagai Pembimbing Suai Mesra Minggu Suai Mesra Kali Ke-32 Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua calon yang telah menghadiri sesi temu duga ini.

Semoga Pembimbing Suai Mesra Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae dapat bekerjasama dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

"Leading by Excellence"

Yang menjalankan amanah,

JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA
Sesi 2025/2026,
Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae,
Universiti Malaysia Sabah.

KENYATAAN RASMI ISU PAIP BOCOR DI KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR)
29/06/2026

KENYATAAN RASMI
ISU PAIP BOCOR DI KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR)

17/06/2026
19/05/2026
Program Stay Safe Excellent | 17 Mei 2026 Program Stay Safe Excellent telah berlangsung dengan jayanya pada 16 hingga 17...
18/05/2026

Program Stay Safe Excellent | 17 Mei 2026

Program Stay Safe Excellent telah berlangsung dengan jayanya pada 16 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae dan Padang Kawad, Universiti Malaysia Sabah. Program ini merupakan anjuran Portfolio Kebajikan dan Keselamatan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) KKTPAR Sesi 2025/2026.

Program ini diadakan sebagai inisiatif dalam meningkatkan tahap kesejahteraan residen KKTPAR, mahasiswa UMS serta masyarakat umum khususnya dalam aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan. Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah berkaitan kebajikan, kesihatan dan keselamatan, pameran agensi kerajaan serta aktiviti Foodbank Run.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Adzmil bin Abidin yang mewakili YBrs. Prof. Dr. Raman bin Noordin. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Ahmad Norazhar Bin Mohd Yatim, Pengetua Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae dan YBrs. Encik Mohammad Asly Bin Buncho, Timbalan Pengetua, juga merangkap selaku felo penyelaras program.

Semoga penganjuran Program Stay Safe Excellent ini dapat terus meningkatkan kesedaran warga KKTPAR terhadap kepentingan menjaga kebajikan, kesihatan dan keselamatan dalam melahirkan komuniti kampus yang lebih sejahtera dan prihatin





Rentak Budaya | 9 Mei 2026Program Rentak Budaya merupakan sebuah program anjuran Portfolio Kesenian dan Kebudayaan Jawat...
18/05/2026

Rentak Budaya | 9 Mei 2026

Program Rentak Budaya merupakan sebuah program anjuran Portfolio Kesenian dan Kebudayaan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Sesi 2025/2026 Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae, Universiti Malaysia Sabah. Program ini mengetengahkan elemen kesenian dan kebudayaan melalui penganjuran pertandingan yang menggabungkan dua kategori utama iaitu nyanyian dan tarian dengan tema programnya iaitu retro.

Program ini turut dirasmi oleh YBrs. Dr. Ahmad Norazhar Bin Mohd Yatim, Pengetua Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta, ahli jawatankuasa dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Rentak Budaya.



Sukan Kolej Kediaman (SUKOL) Olahraga UMS 2026 | SUKAN ANTARA KOLEJ KEDIAMAN (SUKOL) Universiti Malaysia Sabah telah ber...
18/05/2026

Sukan Kolej Kediaman (SUKOL) Olahraga UMS 2026 |

SUKAN ANTARA KOLEJ KEDIAMAN (SUKOL) Universiti Malaysia Sabah telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan selama 2 hari iaitu dari 8-9 Mei di Kompleks Sukan UMS. Program ini turut dirasmi oleh YBrs. Prof. Dr. Raman bin Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Sabah.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada kontinjen Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) atas kejayaan sebagai Juara Keseluruhan SUKOL Olahraga UMS 2026 dengan pencapaian cemerlang sebanyak 22 pingat emas, 10 pingat perak dan 9 pingat gangsa menjadikan jumlah keseluruhan 41 pingat berjaya diraih sepanjang kejohanan berlangsung.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, semangat juang serta kerjasama erat yang ditunjukkan oleh para atlet, jurulatih, pengurus pasukan dan seluruh warga KKTPAR dalam memastikan nama kolej terus excellent.



PROGRAM CAREER POP (C-POP) ANJURAN PORTFOLIO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA SESI 2025/2026 KOL...
18/05/2026

PROGRAM CAREER POP (C-POP) ANJURAN PORTFOLIO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA SESI 2025/2026 KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE DENGAN KERJASAMA KELAB HUBUNGAN INDUSTRI (INDREC) FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Tarikh: 2 – 3 Mei 2026
Tempat: Dewan Kuliah Pusat (DKP) 18, Universiti Malaysia Sabah

Program Career Pop (C-POP) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae bagi sesi 2025/2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh yang telah ditetapkan. Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa berkaitan peluang kerjaya, pembangunan diri serta persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian menarik telah dijalankan termasuk pameran kerjaya dan booth daripada vendor yang terlibat bagi memperkenalkan peluang pekerjaan serta laluan kerjaya kepada para pelajar. Program ini turut memberi peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi secara langsung bersama pihak industri dan mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya dengan lebih mendalam.

Selain itu, program ini turut menampilkan beberapa slot ceramah yang disampaikan oleh alumni serta penceramah jemputan daripada pelbagai bidang profesional. Antara pengisian yang diketengahkan termasuk perkongsian berkaitan penulisan resume yang berkesan, laluan kerjaya daripada kampus ke alam pekerjaan, perubahan landskap pendidikan di Malaysia serta pembangunan kerjaya bagi generasi muda. Pihak Pusat Kerjaya turut berkongsi panduan dan ilmu berkaitan persediaan kerjaya kepada para peserta.

Di samping itu, pelbagai aktiviti dan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut dijalankan bagi mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri peserta, malah membantu membentuk mahasiswa yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen dan penglibatan yang aktif dalam setiap slot yang dijalankan. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan mahasiswa yang lebih kompeten, berkemahiran dan berkualiti dalam aspek akademik, kepimpinan serta kerjaya.


Address

Kota Kinabalu
88400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share