Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah Sebuah badan kebajikan yang akan melaksanakan pelbagai program kebajikan seluruh sabah

Selamat Hari Guru kepada semua Guru-guru di Malaysia khususnya di Sabah dan Kota Marudu. Segala jasa, dan pengorbanan an...
16/05/2022

Selamat Hari Guru kepada semua Guru-guru di Malaysia khususnya di Sabah dan Kota Marudu. Segala jasa, dan pengorbanan anda dalam mendidik para pelajar di negara ini tidak akan terbalas. Teruskanlah mendidik anak bangsa!

Dalam ajarannya ada harapan.
Dalam tegurannya ada doa.
Dalam marahnya ada sayang.
Dalam diamnya ada kebijaksanaan.
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.
Dialah Cikgu!

-Admin-

'Membina Generasi Peduli Marhain"

20/4/2022 (RABU)*Program Santuni Asnaf*Hari ini Pengerusi Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah  Sdra Zaidi Jatil bers...
21/04/2022

20/4/2022 (RABU)

*Program Santuni Asnaf*

Hari ini Pengerusi Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah Sdra Zaidi Jatil bersama dengan Sdra Hisyam bin Ali Hassan, Izwan bin Ali, Alleychon menyantuni Asnaf di beberapa buah kampung di sekitar Daerah Kota Marudu melibatkan keluarga yang kurang berkemampuan dan Mualaf.

Program ini mengeratkan silaturahim di bulan Ramadhan dan menyerahkan sumbangan berupa Beras, Ayam Segar dan Sayur-sayuran bagi keluarga ini berbuka puasa.

Semoga segala amal kebajikan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini diterima di Sisi Allah SWT.

Jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan EZ Prihatin membantu menaja program ini. Semoga hubungan antara Yayasan Ez Prihatin dan Pkks Lebih erat dan melaksanakan pelbagai program kebajikan khususnya di Kota Marudu. Terima Kasih.

-Admin-

*Membina Generasi Peduli Marhain*

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.Bulan Ramadhan tidak hanya untuk berpuasa tapi juga memberi makan yang lapar...
03/04/2022

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bulan Ramadhan tidak hanya untuk berpuasa tapi juga memberi makan yang lapar dan membantu yang memerlukan. Menjaga lisan kita dan saling memaafkan. Itu semangat Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa tahun 2022.

24/02/2022 (Khamis)Pengerusi serta AJK Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah (Pkks) mengiringi Dato' Mohd Hamizan Hamz...
25/02/2022

24/02/2022 (Khamis)

Pengerusi serta AJK Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah (Pkks) mengiringi Dato' Mohd Hamizan Hamzah Pengerusi I-Sejahtera Malaysia melawat kampung landung ayang dimana telah berlaku kebakaran melibatkan lebih 50 buah rumah.

Selepas itu, Ybhg Dato' melawat pusat pemindahan sementara bagi mangsa kebakaran untuk menyerahkan sumbangan.

Terima kasih Ybhg Dato' atas bantuan yang diberikan.

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

7 Januari 2022 (Jumaat)Terus Melaksanakan Amanah mengambil dan menghantar pesakit yang memerlukan kenderaan ke Hospital/...
07/01/2022

7 Januari 2022 (Jumaat)

Terus Melaksanakan Amanah mengambil dan menghantar pesakit yang memerlukan kenderaan ke Hospital/Klinik di Kota Marudu secara Percuma!

Doakan Teman agar kami istiqomah membantu!

Hari Jumaat yang mulia ini kami membuka ruang untuk Tuan/Puan Infaq Sumbangan Satu Orang Rm10 atau berapa sahaja yang kalian mampu!

Untuk sumbangan atas talian Klink Link dibawah⬇️

https://toyyibpay.com/Kereta-Percuma-Ke-Hospital-KM

Ataupun

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma Ke Hospital Km

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

2 Januari 2022 (Ahad)Dikhabarkan beberapa buah kampung di Daerah Kota Marudu telah dinaiki air, Semoga semuanya selamat ...
01/01/2022

2 Januari 2022 (Ahad)

Dikhabarkan beberapa buah kampung di Daerah Kota Marudu telah dinaiki air, Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan.

Bersiap awal serta selamatkan dokumen penting. Jika diarahkan berpindah maka ikut arahan pihak keselamatan.

Kita terus berdoa agar dielakkan daripada banjir besar dan air cepat surut kembali. Amin.

-Admin-

24 Disember 2021 (Jumaat)Terus Melaksanakan Amanah mengambil dan menghantar pesakit yang memerlukan kenderaan ke Hospita...
24/12/2021

24 Disember 2021 (Jumaat)

Terus Melaksanakan Amanah mengambil dan menghantar pesakit yang memerlukan kenderaan ke Hospital/Klinik di Kota Marudu secara Percuma!

Doakan Teman agar kami istiqomah membantu!

Hari Jumaat yang mulia ini kami membuka ruang untuk Tuan/Puan Infaq Sumbangan Satu Orang Rm10 atau berapa sahaja yang kalian mampu!

Untuk sumbangan atas talian Klink Link dibawah⬇️

https://toyyibpay.com/Kereta-Percuma-Ke-Hospital-KM

Ataupun

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma Ke Hospital Km

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

20 Disember 2021 (Isnin)*Sumbangan Anda Diperlukan*Alhamdulillah Kereta Percuma Ke Hospital/Klinik di Kota Marudu Sabah ...
20/12/2021

20 Disember 2021 (Isnin)

*Sumbangan Anda Diperlukan*

Alhamdulillah Kereta Percuma Ke Hospital/Klinik di Kota Marudu Sabah terus beroperasi mengambil dan Menghantar pesakit yang mempunyai temujanji di Hospital khas untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Pesakit yang kami hantar ialah Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis seminggu 3kali, temujanji kanak-kanak di klinik ibu dan anak Kota Marudu, Warga emas yang mempunyai temujanji di Hospital dan lain-lain.

Kami memerlukan dana sumbangan daripada anda bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan ini. Bagi menampung kos operasi seperti minyak, elaun sukarelawan driver, kos membaiki kereta.

Jika tuan puan ingin menyumbang secara atas talian boleh klik Link di bawah⬇️!

https://toyyibpay.com/Kereta-Percuma-Ke-Hospital-KM

Dan boleh sumbangkan juga terus ke akaun

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma Ke Hospital Km

Terima Kasih, Semoga kalian dimurahkan rezeki.

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

*Jom Sedekah*Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.Kami mengalu-alukan Tuan/Puan untuk menyumbang bagi merialisasikan ...
12/12/2021

*Jom Sedekah*

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.

Kami mengalu-alukan Tuan/Puan untuk menyumbang bagi merialisasikan impian/hasrat seorang nelayan di Kg.Bintasan Laut Kota Marudu untuk memiliki perahu digunakan untuk mencari rezeki di laut, untuk makluman beliau seorang nelayan sepenuh masa namun apabila banjir berlaku perahu beliau mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat digunakan lagi.

Justeru itu, kami mengajak Dato'/Datin/Tuan/Puan turut serta membantu untuk menyumbang bagi sama-sama kita meringankan beban keluarga tersebut. Selepas kutipan dana selesai pihak Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah (PKKS) akan mencari sebuah perahu untuk disumbangkan kepada keluarga tersebut. Kami akan update semua maklumat di Page Facebook Pkks.

Untuk tujuan sumbangan anda boleh klik Link di bawah⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

https://toyyibpay.com/Infaq-untuk-pembelian-perahu

https://toyyibpay.com/Infaq-untuk-pembelian-perahu

Ataupun boleh rujuk poster di atas! Sebarang pertanyaan dan makluman boleh Whatsapp 0164056075/0165864444. Terima Kasih.

"Membina Generasi Peduli Marhain"

3/12/2021 (Jumaat) Dihari Jumaat yang mulia ini kami doakan setiap mereka yang sakit diberikan kesembuhan oleh Allah SWT...
03/12/2021

3/12/2021 (Jumaat)

Dihari Jumaat yang mulia ini kami doakan setiap mereka yang sakit diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka, berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sebagai sahih li ghairihi]

Anda perlukan kenderaan ke Hospital/klinik? Tidak mempunyai kenderaan? Tidak dapat menampung kos ulang alik hospital bagi mencuci buah pinggang dan lain-lain? Jika anda tidak berkemampuan ke hospital boleh hubungi kami di talian 0164056075(Zaidi) 0165864444 (Zulhelmi).

Jika anda ingin bersedekah/menyumbang untuk kos operasi/penyelenggaraan Kereta Percuma ini boleh salurkan terus ke akaun rasmi :

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma

Terima Kasih
-Admin-



29 November 2021 (Isnin)Kereta Percuma Ke Hospital/Klinik Kota Marudu meneruskan operasi mengambil dan Menghantar untuk ...
29/11/2021

29 November 2021 (Isnin)

Kereta Percuma Ke Hospital/Klinik Kota Marudu meneruskan operasi mengambil dan Menghantar untuk mereka yang mempunyai temujanji di Hospital/Klinik secara percuma.

Alhamdulillah sudah satu tahun lebih kereta ini beroperasi membantu mempermudahkan urusan para pesakit. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan dan sumbangan kepada PKKS untuk terus beroperasi.

Panjang umur kereta percuma!

Jika tuan/puan ingin menyumbang untuk kos operasi dan penyelenggaraan, Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun rasmi:

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

No Akaun : 1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

Hari Jumaat penghulu segala hari perbanyakkan zikir, membaca Al-Quran dan Surah Al-Kahfi serta jangan lupa berkongsi rez...
26/11/2021

Hari Jumaat penghulu segala hari perbanyakkan zikir, membaca Al-Quran dan Surah Al-Kahfi serta jangan lupa berkongsi rezeki (Sedekah) kepada yang memerlukan.

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

UJIANPagi tadi ketika ingin menghantar pesakit ke Hospital Kota Marudu semasa dalam perjalanan tiba-tiba stering tidak b...
03/11/2021

UJIAN

Pagi tadi ketika ingin menghantar pesakit ke Hospital Kota Marudu semasa dalam perjalanan tiba-tiba stering tidak berfungsi. Bila mekanik datang rupanya stering rack rosak terpaksa panggil Towing Service untuk tarik kereta ke bengkel.

Terima kasih kepada yang sudah permudahkan urusan kami🤝. Doakan kami sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.

Jika Tuan/Puan ingin membantu pihak kami untuk kos operasi dan membaiki kereta boleh salurkan sumbangan tersebut ke akaun rasmi pkks:

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

No Akaun: 1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma Ke Hospital(KPKHKM)

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

2/11/2021 (Selasa)Pada jam 1.49 pagi Driver kereta percuma Thomas Laga dapat panggilan bahawa ada keluarga yang perlu di...
03/11/2021

2/11/2021 (Selasa)

Pada jam 1.49 pagi Driver kereta percuma Thomas Laga dapat panggilan bahawa ada keluarga yang perlu dihantar ke kampung damai yang baru habis menjalani kuarantin di PKRC Kota Belud.

Didoakan agar keluarga ini cepat sembuh!

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

25 Oktober 2021 (Isnin)Kereta Percuma Ke Hospital/Klinik Kota Marudu Terus Beroperasi Mengambil dan Menghantar Pesakit K...
25/10/2021

25 Oktober 2021 (Isnin)

Kereta Percuma Ke Hospital/Klinik Kota Marudu Terus Beroperasi Mengambil dan Menghantar Pesakit Ke Hospital Kota Marudu.

Semoga urusan para pesakit dipermudahkan serta diberi kesihatan Oleh Allah SWT. Amin.

Pohon titipkan doa kepada kami teman agar istiqomah melaksanakan amanah dan kerja-kerja kebajikan ini.

Jika Tuan Puan Ingin Menyumbang Untuk Kos Operasi Kereta Percuma Boleh Salurkan Sumbangan Terus Ke Akaun:

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma (KPKHKM)

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-

15 Oktober 2021 (Jumaat)Alhamdulillah kerja-kerja kebajikan Kereta Percuma Ke Hospital/Klinik Kota Marudu diteruskan set...
15/10/2021

15 Oktober 2021 (Jumaat)

Alhamdulillah kerja-kerja kebajikan Kereta Percuma Ke Hospital/Klinik Kota Marudu diteruskan setiap hari di Daerah ini mengambil dan menghantar pesakit ke hospital dan klinik.

Jika anda perlukan perkhidmatan kami, khas kepada mereka yang benar-benar memerlukan boleh hubungi kami 0165864444 (Zulhelmi). Nyatakan nama anda, kampung, tarikh dan masa diambil.

Doakan kami terus istiqomah teman!

Jika anda ingin menyumbang untuk kos operasi kereta percuma boleh salurkan terus ke akaun:

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma (KPKHKM)

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-


15 September 2021 (Rabu)Meneruskan kerja-kerja kebajikan mengambil dan menghantar pesakit yang memerlukan khidmat kereta...
15/09/2021

15 September 2021 (Rabu)

Meneruskan kerja-kerja kebajikan mengambil dan menghantar pesakit yang memerlukan khidmat kereta percuma ke hospital khusus bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Walaupun dalam situasi Covid-19 yang sangat membimbangkan di Daerah Kota Marudu, diperingkat PKKS sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan penjarakan sosial dan Chek suhu penumpang serta menggunakan hand sanitizer.

Driver kereta percuma juga melakukan swab test menggunakan RTK ANTIGEN dan keputusan negatif. Doakan agar Driver Kereta Percuma Saudara Thomas Laga sentiasa diberi kesihatan untuk terus menjalankan amanah mengambil dan menghantar pesakit yang memerlukan perkhidmatan kereta percuma ini.

Panjang umur kereta percuma!

Jika Tuan/Puan ingin menyumbang untuk kos operasi kereta percuma boleh salurkan terus ke akaun NGO kami:

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma (KPKHKM)

"MEMBINA GENERASI PEDULI MARHAIN"

-ADMIN-

12 September 2021 (Ahad)Penumpang : Tuan esok jangan lupa temujanji saya ya.Driver : Ok Jam 7.30 saya ambil.Penumpang : ...
12/09/2021

12 September 2021 (Ahad)

Penumpang : Tuan esok jangan lupa temujanji saya ya.

Driver : Ok Jam 7.30 saya ambil.

Penumpang : Ok tuan. Saya sebenarnya segan sudah bah balik-balik minta ambil macam menyusahkan kamu ja, lepas tu naik percuma seja.

Driver : Tidak apa puan, kami memang niat membantu. Kami hanya jalankan amanah orang ramai.

Itulah sedikit perbualan yang dikongsikan. Tuan/Puan jangan malu untuk hubungi kami, insyallah kami sedia membantu anda.

Kita doakan agar para penyumbang yang membantu mempermudahkan urusan PKKS juga diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Jika anda ingin membantu pihak PKKS untuk kos operasi kereta percuma, boleh salurkan terus ke Akaun:

Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah

1006 9310 0005 8331 (Agro Bank)

Refrence: Kereta Percuma (KPKHKM)

"bersedekah tidak mengurangi harta"

"Membina Generasi Peduli Marhain"

-Admin-



Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah:

Share