Masjid Al-Falah Kepayan

Masjid Al-Falah Kepayan Ini adalah laman rasmi Masjid Al-Falah Kepayan.

Segala makluman kuliah dan kenyataan rasmi akan dimaklumkan melalui media massa seperti Facebook dan group WhatsApp Qariah Masjid Al-Falah Kepayan

AIR BALANG INFAQ JUMAAT: NIKMAT DIKONGSI, PAHALA BERPANJANGAN ๐ŸฅคโœจJom rebut peluang beramal di hari Jumaat yang mulia! Mas...
05/09/2026

AIR BALANG INFAQ JUMAAT: NIKMAT DIKONGSI, PAHALA BERPANJANGAN ๐Ÿฅคโœจ

Jom rebut peluang beramal di hari Jumaat yang mulia! Masjid Al-Falah Kepayan menjemput tuan/puan untuk menyumbang dalam program Air Balang Infaq Jumaat bagi menghilangkan dahaga para jemaah yang hadir ke Masjid Al-Falah Kepayan.

Maklumat Program:
* Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat) dan seterusnya
* Masa: Solat Jumaat
* Lokasi: Masjid Al-Falah Kepayan
* Kadar Infaq: RM50 / Balang (Hanya 2 slot sahaja dibuka!)

"Apa sahaja yang kamu infakkan, maka (pahalanya) untuk kamu sendiri."โ€” (Surah Al-Baqarah: 272)

Cara Menyumbang:
Untuk tempahan slot infaq atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐Ÿ“ž Cafe Al-Falah: 017-818 5905
Infak kecil, pahala besar. Bersama kita memakmurkan Masjid Al-Falah Kepayan! ๐Ÿ•Œ๐Ÿ’š

โš ๏ธ Sekiranya 2 slot balang telah penuh, infaq tersebut akan dibawa ke Jumaat yang berikutnya.

โœจ SALAM JUMAAT & SAYYIDUL AYYAM โœจHari Jumaat adalah penghulu segala hari. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan ...
04/09/2026

โœจ SALAM JUMAAT & SAYYIDUL AYYAM โœจ
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan sunnah untuk meraih rahmat dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat." (Riwayat Muslim: 854)

8 AMALAN SUNNAH HARI JUMAAT:
โœ…Mandi Hari Jumaat โ€” Mandi pada hari Jumaat adalah wajib/sunnah muakkad ke atas setiap orang Islam yang baligh (Riwayat Muslim: 846).
โœ…Memakai Wangi-Wangian โ€” Mengenakan wangi-wangian jika ada (Riwayat Al-Bukhari: 887, Muslim: 857).
โœ…Bersiwak โ€” Amalan yang sangat dituntut (Riwayat Ahmad: 4/192, Al-Hakim: 1/268).
โœ…Memakai Pakaian yang Baik โ€” Memakai pakaian yang bersih dan rapi ke masjid (Riwayat Abu Daud: 954).
โœ…Bergegas ke Masjid โ€” Bersegera hadir lebih awal untuk menunggu solat Jumaat (Riwayat Al-Bukhari: 929, Muslim: 881).
โœ…Memperbanyakkan Doa & Selawat โ€” Memanfaatkan masa yang mustajab pada hari Jumaat (Riwayat Abu Daud: 1048, Al-Nasa'i: 1389).
โœ…Membaca Surah Al-Kahfi โ€” Akan menyinari cahaya di antara dua Jumaat (Riwayat Al-Hakim: 2/399, Al-Bayhaqi: 3/249).
โœ…Mendengar Khutbah dengan Khusyuk โ€” Duduk tenang dan mendengar khutbah dengan penuh perhatian (Riwayat Al-Bukhari: 934, Muslim: 851).
Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, memakai wangi-wangian, berangkat (awaill) jika dia mampu, tidak memisahkan dua orang, maka ia mendapat pahala seperti berkorban seekor unta."(Riwayat Al-Bukhari: 883, Muslim: 857)

Doa Keberkatan Hari Jumaat:
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู
(Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.)
Jom kita imarahkan Masjid Al-Falah Kepayan bersama-sama! ๐Ÿ•Œโœจ

๐Ÿ˜ท JEREBU DI SABAH: KITA JAGA KITA๐Ÿ˜ทMenelusuri keadaan cuaca dan kualiti udara terkini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) bera...
03/09/2026

๐Ÿ˜ท JEREBU DI SABAH: KITA JAGA KITA๐Ÿ˜ท
Menelusuri keadaan cuaca dan kualiti udara terkini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras TIDAK SIHAT (101 - 200). Pihak Masjid Al-Falah Kepayan ingin menyeru seluruh kariah dan masyarakat sekitar agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan kesihatan diri serta keluarga, khususnya bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit asma/kronik, serta mereka yang bekerja di luar.

๐Ÿ“– PERINGATAN AL-QURAN & HADIS
Surah Al-Baqarah (2:195):"Dan janganlah kamu mencampakkan (diri kamu sendiri) ke dalam kebinasaan (dengan tangan kamu sendiri)."

Hadis Riwayat At-Tirmizi:"Sesiapa yang pada waktu pagi meresa aman dalam kesihatannya, aman dalam hartanya dan ada makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dunia telah dikumpulkan untuknya."

๐Ÿ’ก NASIHAT KESIHATAN KKM KETIKA JEREBU
Untuk mengurangkan kesan jerebu, amalkan langkah-langkah pencegahan berikut:
* Kurangkan Aktiviti Luar: Elakkan aktiviti lasak dan bersukan di luar rumah.
* Gunakan Pelitup Muka: Pakai pelitup muka yang sesuai jika perlu keluar rumah.
* Kekalkan Kebersihan Udara Dalaman: Tutup pintu dan tingkap, serta elakkan merokok di dalam rumah.
* Minum Air Secukupnya: Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
* Basuh Anggota Terdedah: Bersihkan muka, tangan, dan bahagian kulit yang terdedah dengan air bersih selepas berada di luar.
* Pemanduan Selamat: Gunakan penghawa dingin mod kitaran semula udara (recirculation) ketika memandu.
* Pantau IPU & Kesihatan: Semak IPU secara berkala dan dapatkan rawatan di klinik segera jika mengalami sesak nafas, batuk teruk, atau sakit dada.

๐Ÿคฒ DOA MOHON PERLINDUNGAN
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽุฑู‘ู ู…ูŽุง ุนูŽู…ูู„ู’ุชู ูˆูŽู…ูู†ู’ ุดูŽุฑู‘ู ู…ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ุฃูŽุนู’ู…ูŽู„ู’
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan dan daripada kejahatan apa yang belum aku lakukan."

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan melindungi kita semua daripada bahaya jerebu serta sebarang penyakit. Amin YRA.
Terbitan:
๐Ÿ“Œ Masjid Al-Falah Kepayan
Memakmurkan Masjid, Mengimarahkan Ummah

02/09/2026

Ya Allah.. kami rindukan
langit biru-Mu

02/09/2026

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Jadmin Mohamed Soon

02/09/2026

Allah.. Mari kita tatap dan renungkan kalam Allah SWT dalam

1) Surah Hud, ayat 6:
โ€œDan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya...โ€

2) Surah At-Talaq: 2-3
"...Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka..."

Sidang kariah yang dirahmati Allah,
Kadangkala, dalam kesibukan kita mengejar kehidupan di dunia ini, hati kita sering dipalit rasa resah. Takut masa depan tidak terjamin, bimbang rezeki tidak mencukupi, dan lelah dengan urusan seharian.

Ingatlah, ayat ini adalah janji mutlak daripada Pencipta kita. Jika sekecil-kecil melata di bumi pun Allah beri makan, masakan kita manusia yang ditiupkan roh dan diberikan akal ini akan disia-siakan? Mari renungkan, InsyaAllah semoga kita bertambah lebih baik dari hari ke hari, aminยฒ

01/09/2026

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Kharizal

๐Ÿ˜ท [JAGA KESIHATAN DIRI & KELUARGA: ELAK KEMUDARATAN JEREBU] ๐Ÿ˜ทAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, para jemaah dan...
01/09/2026

๐Ÿ˜ท [JAGA KESIHATAN DIRI & KELUARGA: ELAK KEMUDARATAN JEREBU] ๐Ÿ˜ท

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, para jemaah dan penduduk sekitar Kepayan yang dirahmati Allah sekalian.

Melihat kepada situasi cuaca fizikal dan keadaan jerebu yang sedang melanda ketika ini, pihak pengurusan ingin menitipkan pesanan peri pentingnya kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga tercinta.

Dalam Islam, aspek penjagaan nyawa dan kesihatan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama (Maqasid Syariah). Islam melarang keras umatnya daripada sengaja mendedahkan diri kepada bahaya atau kemudaratan, termasuklah menghidupkan atau menghirup udara yang tercemar tanpa perlindungan yang sepatutnya.

Allah SWT telah mengingatkan kita dalam Al-Quran menerusi [Surah Al-Baqarah, Ayat 195](https://quran.com/ms/al-baqarah/195):
ูˆูŽู„ูŽุง ุชูู„ู’ู‚ููˆุง ุจูุฃูŽูŠู’ุฏููŠูƒูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุชูŽู‘ู‡ู’ู„ููƒูŽุฉู

"...dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..."

Malah, Rasulullah ๏ทบ juga ada bersabda bagi menegaskan prinsip ini dalam kehidupan kita:
ู„ูŽุง ุถูŽุฑูŽุฑูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ุถูุฑูŽุงุฑูŽ

"Tidak boleh mendatangkan kemudaratan (kepada diri sendiri) dan tidak boleh membalas kemudaratan (kepada orang lain)." (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil langkah pencegahan awal seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa kesihatan:

๐Ÿ˜ท Gunakan Pelitup Muka (Face Mask): Pastikan anda memakai pelitup muka yang sesuai (seperti jenis N95 atau pelitup muka perubatan) sekiranya perlu melakukan aktiviti di luar rumah.

๐Ÿ  Kurangkan Aktiviti Luar: Hadkan aktiviti fizikal di luar bangunan, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan penghidap asma.

๐Ÿ’ง Banyakkan Minum Air Kosong: Pastikan tubuh kekal hidrasi bagi membantu sistem imunisasi badan berfungsi dengan baik.

๐Ÿšช Tutup Pintu & Tingkap: Kurangkan kemasukan udara tercemar ke dalam ruang rumah atau kenderaan anda.


Sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar negeri kita dan kawasan sekitar Kepayan amnya dilindungi daripada sebarang musibah, dikurniakan kesihatan yang baik, serta diturunkan hujan yang dapat membersihkan semula udara kita. Amin Yaa Rabbal 'Alamin.

๐ŸŒซ๏ธ ๐—๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—•๐—จ ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐——๐—”๐—ฅ ๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก, ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—˜๐—๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก.

Apabila IPU 101โ€“200 (Tidak Sihat), kurangkan pendedahan kepada udara berjerebu dan ambil langkah berjaga-jaga, khususnya bagi kanak-kanak, warga emas, ibu hamil serta pesakit kronik. ๐Ÿ˜ท

๐Ÿ‘‰ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ธ untuk mengenal pasti langkah yang boleh diamalkan bagi melindungi diri dan keluarga.

๐Ÿ“ฒ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ, ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป-๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ agar lebih ramai mendapat maklumat dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika keadaan jerebu.

Jaga diri, kurangkan pendedahan, kekal sihat.


*ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…**KULIAH MAGHRIB | SELASA*01 SEPTEMBER 2026   |   19 RABIULAWAL 1448*M...
01/09/2026

*ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…*

*KULIAH MAGHRIB | SELASA*
01 SEPTEMBER 2026 | 19 RABIULAWAL 1448
*MASJID AL-FALAH KEPAYAN*

โ— AL FADHIL USTAZ KHARIZAL ADZEMY
โ— TENAGA PENGAJAR KPM

P/S : Muslimin & muslimat dijemput bagi memeriahkan majlis ilmu pada hari ini.

โ€ขโ€ข Biro Dakwah Masjid Alfalah, Kepayan โ€ขโ€ข

Alhamdulillah satu lagi inisiatif dari Masjid Al-Falah Kepayan dan koperasi Ko-Alfalah dalam memudahkan urusan jemaah un...
01/09/2026

Alhamdulillah satu lagi inisiatif dari Masjid Al-Falah Kepayan dan koperasi Ko-Alfalah dalam memudahkan urusan jemaah untuk membeli dan berinfaq dengan lebih mudah! Jangan lupa share ya!

Address

Masjid Al-Falah Kepayan
Kepayan
88300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Falah Kepayan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share