Kelab Sukan Dan Rekreasi Komputer - Kesiter

Kelab Sukan Dan Rekreasi Komputer - Kesiter Kelab Sukan dan Rekreasi Komputer (KESITER), JTDI ditubuhkan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.

15/04/2026

11 April 2026

Team 2:
Seramai 4 ahli KESITER telah mewakili pasukan dalam acara sukan tradisi Program Bersama Rakyat: Riadah Perpaduan Bersama Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah besempena dengan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi yang ke-75, yang berlangsung di Taman Tasik Rekreasi, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Antara sukan tradisi yang disertai termasuk melastik, menyumpit dan memanah tradisional ๐Ÿนโœจ

Saksikan aksi-aksi mereka masing-masing! ๐Ÿ˜†๐Ÿ”ฅ

Pengalaman yang sangat bermakna dalam menghidupkan warisan sambil mengeratkan perpaduan ๐Ÿ’›

15/04/2026

11 April 2026

Team 1:
Kali ini KESITER CTRL+ALT+HIKE (II) menawan Bukit Botak, Sepanggar menggunakan trek baharu yang lebih mencabar berbanding trek lama. โ›ฐ๏ธ๐Ÿ”ฅ

Pendakian ini juga merupakan salah satu latihan persediaan untuk menawan Gunung Kinabalu pada bulan November nanti. Semangat menuju puncak โ€” persistence & resilience is the key! ๐Ÿ’ชโœจ Dan yang pentingโ€ฆ kita mesti enjoy setiap langkah!

Yang struggle tuโ€ฆ biar kita simpan sendiri ๐Ÿคช Yang ditunjukkan, semua yang fun-fun saja! ๐Ÿ˜†๐ŸŽ‰

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program hiking ini ๐Ÿ’›
Kerjasama, semangat, dan kebersamaan yang ditunjukkan memang terbaik! Setiap langkah yang diambil bersama menjadikan pengalaman ini lebih bermakna โœจ

Jumpa lagi di pendakian seterusnya! ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜†



โ›ฐ๏ธ๐Ÿ’š

Proud to announce! ๐ŸŽ‰Jabatan kami kini dikenali sebagai Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Sabah (JTDI) ! Satu penjena...
15/04/2026

Proud to announce! ๐ŸŽ‰

Jabatan kami kini dikenali sebagai Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Sabah (JTDI) ! Satu penjenamaan baharu yang mencerminkan hala tuju sebagai peneraju transformasi digital, pemangkin inovasi serta pemacu ekosistem teknologi Negeri Sabah! Semoga kami akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan Sabah.

Ke hadapan, kita cipta lebih banyak kejayaan bersama! ๐Ÿš€

15/04/2026

Karnival Sukan JPKN 2025โ€“2026: BOARD GAME BONANZA telah berlangsung dengan meriah pada 17 Mac 2026 yang lalu, menjelang Hari Raya ๐ŸŒ™โœจ

Walaupun dalam suasana bulan puasa, semangat tetap padu! Aktiviti yang dijalankan lebih santai dan tidak memerlukan pergerakan yang berat, tapi tetap penuh gelak tawa dan kebersamaan ๐Ÿคญ

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Momen sederhana, tapi bermakna ๐Ÿ’›

Ps: Maaf lambat postโ€ฆ admin beraya sakan ๐Ÿ˜†๐ŸŽ‰

Program Lawatan Kebajikan KESITER Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan JPKN๐Ÿ“… 6 Mac 2026Kelab Sukan dan Rekreas...
07/03/2026

Program Lawatan Kebajikan KESITER Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan JPKN
๐Ÿ“… 6 Mac 2026

Kelab Sukan dan Rekreasi Komputer (KESITER), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) telah mengadakan Program Lawatan Kebajikan ke Comfort Aged Care Center dan Rumah Amal Kasih sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan JPKN.

Program ini turut disertai dengan penyerahan sumbangan hasil kutipan daripada warga JPKN yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM3,702. Sumbangan ini diharap dapat sedikit sebanyak membantu serta menceriakan penghuni di kedua-dua pusat kebajikan tersebut.

Pihak KESITER juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Comfort Aged Care Center dan Rumah Amal Kasih kerana telah mengalu-alukan kedatangan kami dengan penuh kemesraan dan layanan yang begitu baik sepanjang lawatan ini.

Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada semua warga JPKN yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan dalam menjayakan inisiatif kebajikan ini.

Semoga usaha kecil ini membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan serta memupuk semangat prihatin, kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan kita semua.




Kami dari pihak JPKN turut berterima kasih kepada pihak Comfort Aged Care Center kena menerima lawatan kami dengan hati ...
07/03/2026

Kami dari pihak JPKN turut berterima kasih kepada pihak Comfort Aged Care Center kena menerima lawatan kami dengan hati terbuka. ๐Ÿค—

In celebration of their 50th anniversary, Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah selected Comfort Aged Care Centre as their CSR partner and contributed dry food items during their visit on 6th March 2026. We extend our sincere appreciation to the 15โ€‘member delegation for their meaningful support and commitment to community wellbeing.

06 Februari 2026 :Dimulakan dengan Program Ukhuwah yang diadakan seperti kebiasaan pada hari Jumaat, kali ini pihak KESI...
16/02/2026

06 Februari 2026 :

Dimulakan dengan Program Ukhuwah yang diadakan seperti kebiasaan pada hari Jumaat, kali ini pihak KESITER mengambil kesempatan untuk mengadakan bacaan doa khas bagi mendoakan rakan-rakan serta ahli yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Selesai Program Ukhuwah, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KESITER bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan pembentangan laporan aktiviti serta laporan kewangan, di samping membincangkan perancangan dan hala tuju program bagi tahun semasa.

Turut diadakan sesi penyampaian hadiah Pertandingan Hiasan Ruang Kerja Krismas & Tahun Baharu 2026 bagi kategori Bahagian/Wilayah/PID dan Individu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kreativiti dan komitmen yang ditunjukkan. ๐ŸŽ‰

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta Program MindOS โ€œReset Bersama Alamโ€. Semoga penglibatan dalam program ini memberi manfaat dan pengalaman bermakna kepada semua yang terlibat.

Program diakhiri dengan Program Serahan Limau bertemakan โ€œSeulas Limau, Seribu Maknaโ€ bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Limau telah diserahkan kepada semua kakitangan JPKN sebagai simbol doa, kegembiraan dan harapan untuk kesejahteraan bersama. ๐ŸŠ

Semoga penganjuran program-program ini terus mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan dan memperkukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga JPKN.

Congratulations & well done! ๐Ÿ‘Tahniah kepada semua warga Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)daripada Kelab Sukan...
08/02/2026

Congratulations & well done! ๐Ÿ‘
Tahniah kepada semua warga Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)
daripada Kelab Sukan dan Rekreasi Komputer โ€“ JPKN atas kejayaan menamatkan
11KM & 21KM di Borneo Half Marathon ๐Ÿ…

Your determination, grit, and team spirit truly paid off.

๐Ÿ“ Borneo Half Marathon
๐Ÿ—“ 8 Februari 2026





Address

Jabatan Teknologi Digital Dan Inovasi, Aras 7, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Kota Kinabalu
88400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan Dan Rekreasi Komputer - Kesiter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sukan Dan Rekreasi Komputer - Kesiter:

Shortcuts

Share