We Care Society Sabah

We Care Society Sabah Persatuan Kami Masyarakat Prihatin Sabah
(ROS Registration | PPM-032-12-31102022)

Empowering communities through welfare, education, and environmental care.

Real change begins with compassion. Join us in making a difference.

Hello semua! Ini adalah FB Page rasmi koperasi milik We Care Society Sabah. Koperasi ini ditubuhkan pada tahun 2024 dan ...
19/08/2026

Hello semua! Ini adalah FB Page rasmi koperasi milik We Care Society Sabah. Koperasi ini ditubuhkan pada tahun 2024 dan menjalankan perniagaan membekalkan Ikan Liking Kota Belud di seluruh Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Mohon like dan follow ya! Terima kasih.

Koperasi Persatuan Kami Masyarakat Prihatin Sabah Berhad sebuah koperasi milik We Care Society Sabah

JOM FOLLOW CHANNEL WHATSAPP WE CARE SOCIETY SABAH!Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Kepada orang awam, ahli serta para...
17/08/2026

JOM FOLLOW CHANNEL WHATSAPP WE CARE SOCIETY SABAH!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada orang awam, ahli serta para sukarelawan We Care Society Sabah, kami menjemput anda untuk mengikuti Channel WhatsApp rasmi We Care Society Sabah.

Melalui channel ini, anda boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan:

๐ŸŒฑ Aktiviti kebajikan, pendidikan & alam sekitar.
๐Ÿ™‹โ€โ™‚๏ธ Pendaftaran penyertaan aktiviti dan program.
๐Ÿ“ข Pengumuman serta hebahan rasmi persatuan.
๐Ÿ“ธ Perkembangan dan dokumentasi aktiviti
๐Ÿค Peluang untuk bersama-sama menyumbang sebagai sukarelawan.

Jangan ketinggalan untuk mengetahui perkembangan terkini dan peluang untuk bersama-sama membawa perubahan kepada masyarakat dan alam sekitar di Sabah. โค๏ธ

๐Ÿ‘‰ Follow Channel WhatsApp We Care Society Sabah sekarang!

https://whatsapp.com/channel/0029VbAFAcd5a24104mmxU3Y

We Care. We Serve. We Make a Difference. ๐ŸŒฑ๐Ÿค๐Ÿ’™

Follow WE CARE SOCIETY SABAH's WhatsApp channel. We Care Society Sabah | Official WhatsApp Channel

A platform to connect, inspire and make a difference. ๐ŸŒฑ๐Ÿค

Follow us for the latest updates on our welfare initiatives, educational programmes, environmental activities, volunteer opportunities and community projects across Sabah.

Together, we care for our community, empower people and protect our environment.

We Care. We Serve. We Make a Difference. โค๏ธ. Join 27 followers for the latest updates.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. We Care Society Sabah mengadakan kempen Sumbangan Amal yang akan disampaikan ke rum...
13/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

We Care Society Sabah mengadakan kempen Sumbangan Amal yang akan disampaikan ke rumah kebajikan terpilih pada bulan September 2026 ini.

Sehubungan dengan itu, kepada mana-mana individu mahupun sukarelawan yang ingin membuat sumbangan peribadi, pihak persatuan mengalu-alukan keikhlasan anda untuk membantu golongan yang memerlukan.

Sumbangan ini adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM20.00 yang akan digunakan untuk membeli beras (makanan ruji) dan air mineral (keperluan asas) bagi rumah kebajikan berkenaan.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank persatuan seperti tertera. Kempen ini bermula pada 15 Ogos ini sehingga 31 Ogos 2026.

Semoga keikhlasan dan kemurahan hati anda semua memberikan senyuman kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih diatas kemurahan hati dan sokongan anda.

Thank you Volunteers!! ๐Ÿ–๏ธ๐Ÿ–๏ธ๐Ÿ–๏ธ
10/08/2026

Thank you Volunteers!! ๐Ÿ–๏ธ๐Ÿ–๏ธ๐Ÿ–๏ธ

9 Ogos 2026 โ€“ We Care Society Sabah telah berjaya menganjurkan Beach Clean Up 5.0 yang bertempat di Pantai Gerongon, Put...
09/08/2026

9 Ogos 2026 โ€“ We Care Society Sabah telah berjaya menganjurkan Beach Clean Up 5.0 yang bertempat di Pantai Gerongon, Putatan. Program yang bermula pada jam 7.00 pagi telah disertai oleh seramai 35 orang sukarelawan daripada pelbagai latar belakang.

Pantai Gerongon merupakan salah sebuah kawasan pantai yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar sebagai lokasi riadah dan rekreasi. Sehubungan itu, We Care Society Sabah mengambil inisiatif untuk melaksanakan tanggungjawab sosial melalui aktiviti pembersihan pantai sebagai usaha memelihara kebersihan kawasan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan melestarikan alam sekitar.

Melalui aktiviti ini, para sukarelawan bersama-sama membersihkan kawasan pantai daripada sisa pepejal yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Hasilnya, sebanyak 50 beg plastik sampah telah berjaya dikumpulkan, dengan anggaran berat keseluruhan sekitar 450 kilogram sisa pepejal.

We Care Society Sabah berharap agar inisiatif ini dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar, mengamalkan kaedah pelupusan sampah yang betul serta mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kebersihan kawasan pantai, malah turut menjadi platform untuk memupuk semangat kesukarelawanan, tanggungjawab sosial dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

๐Ÿฉต HAPPY FATHERโ€™S DAY ๐ŸฉตHari ini kami meraikan insan yang menjadi pelindung, pembimbing dan sumber kekuatan keluarga.Terim...
21/06/2026

๐Ÿฉต HAPPY FATHERโ€™S DAY ๐Ÿฉต

Hari ini kami meraikan insan yang menjadi pelindung, pembimbing dan sumber kekuatan keluarga.

Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan dedikasi yang tidak ternilai.

Semoga semua bapa sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan dalam meneruskan peranan yang mulia.

Selamat Hari Bapa daripada We Care Society Sabah
โ€œYes, We Care.โ€ ๐ŸŒˆ




Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H/2026. Semoga sambutan tahun baharu Hijrah ini akan membawa satu perubahan dan anjaka...
17/06/2026

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H/2026. Semoga sambutan tahun baharu Hijrah ini akan membawa satu perubahan dan anjakan ke arah yang lebih positif kepada kita semua.

Sambutan Kaamatan bukan sekadar meraikan hasil tuaian, tetapi juga menghargai nilai perpaduan, kesyukuran dan semangat k...
29/05/2026

Sambutan Kaamatan bukan sekadar meraikan hasil tuaian, tetapi juga menghargai nilai perpaduan, kesyukuran dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat kita.

Marilah kita terus menyemai benih kebaikan, menuai hasil perpaduan, serta memperkukuhkan hubungan sesama tanpa mengira latar belakang, budaya dan kepercayaan. Semoga semangat Kaamatan menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih prihatin, bersatu dan sejahtera.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Ikhlas Daripada,
We Care Society Sabah.

Semangat Aidiladha mengajar kita bahawa nilai kemanusiaan bermula dengan hati yang ikhlas untuk membantu sesama insan da...
27/05/2026

Semangat Aidiladha mengajar kita bahawa nilai kemanusiaan bermula dengan hati yang ikhlas untuk membantu sesama insan dan pengorbanan yang tiada jemu untuk menyantuni orang yang memerlukan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026/1447H daripada We Care Society Sabah.

23/5/2026 - We Care Society Sabah telah menyampaikan tajaan air mineral kepada Cyberjaya College Kota Kinabalu sempena S...
23/05/2026

23/5/2026 - We Care Society Sabah telah menyampaikan tajaan air mineral kepada Cyberjaya College Kota Kinabalu sempena Sukan IPT Sabah (SUIPTS) 2026 di bawah program persatuan - We Care Society Sabah Stay Hydrated Campaign.

Sebanyak 20 karton air mineral 500ml telah disumbangkan dan ia adalah hasil sumbangan daripada sukarelawan WCSS dan sumbangan berterusan orang ramai terhadap aktiviti amal persatuan ini yang disampaikan En. Muhammad Rizal bin Jumat, Timbalan Pengerusi WCSS kepada En. Orlando Oscar mewakili Cyberjaya College Kota Kinabalu.

WCSS juga mengalu-alukan sumbangan amal orang ramai kepada persatuan ini untuk kegunaan aktiviti kemasyarakatan mahupun program amal yang bakal dilaksanakan.

We Care Society Sabah mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada atlet Cyberjaya College Kota Kinabalu yang bertanding.

Address

Lot 3A, 1st Floor, Block I, Putatan Platinum Plaza
Kota Kinabalu
88200

Telephone

+60198326439

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when We Care Society Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share