SALWA SABAH

SALWA SABAH Sekretariat Hal Ehwal Wanita (SALWA) di bawah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Sabah

Alhamdulillah, pada 9 Mei 2026, pengisian kuliah pagi disampaikan oleh Pn. Hjh Faridah ABT dengan tajuk yang sangat memb...
10/05/2026

Alhamdulillah, pada 9 Mei 2026, pengisian kuliah pagi disampaikan oleh Pn. Hjh Faridah ABT dengan tajuk yang sangat memberi kesan kepada para wanita, "Inspirasi Siti Hajar: Kekuatan Wanita Dalam Pengorbanan".

Menariknya walaupun cerita berkenaan siti hajar ni biasa didengari, tetapi Pn. Hjh Faridah telah memberi nafas baru dan sudut pandang yang lain dari kebiasaan. Beliau juga menyimpulkan pengisian dengan beberapa perkara yang menginspirasikan untuk kita sebagai wanita, menjadikan iktibar, teladan dan motivasi dalam memperkasa diri. Dikongsikan beberapa screenshot untuk renungan kita bersama.

02/05/2026
29 April 2026.. aktiviti di Rumah Quran Salwa Sembulan.Solat sunat taubat, sunat dhuha, sunat tasbih, yaasin dan tahlil ...
29/04/2026

29 April 2026.. aktiviti di Rumah Quran Salwa Sembulan.
Solat sunat taubat, sunat dhuha, sunat tasbih, yaasin dan tahlil untuk para guru dan ahli keluarga yang telah pergi mendahului.
Arsiah Bahron
Anisah Abdul Samad
Keey Kamariah

Pn. Hjh. Anisah Abdul Samad dan Pn. Hjh. Kamariah Abas hadir mewakili SALWA SABAH.
28/04/2026

Pn. Hjh. Anisah Abdul Samad dan Pn. Hjh. Kamariah Abas hadir mewakili SALWA SABAH.

Alhamdulillah๐Ÿ“šKelas AlQuran ๐Ÿ“†: 26/4/2026(Ahad)*Masa : 9-10.30 am (dewasa)Masa : 10. - 11.30 am (kanak-kanak)*Tempat : Ru...
26/04/2026

Alhamdulillah
๐Ÿ“šKelas AlQuran
๐Ÿ“†: 26/4/2026(Ahad)

*Masa : 9-10.30 am (dewasa)
Masa : 10. - 11.30 am (kanak-kanak)*

Tempat : Rumah Quran Salwa, Sembulan KK.
Pembimbing:
1. PN. Salbiah
2. โ Hjh. Nurul Harlijah Osman

Pawe UTC KK lagi hari ini.Hadits ke-21... "Qul aamantu billaah, tsummas-taqim".Usai kelas, menyempat ke MUIS Majlis Maha...
22/04/2026

Pawe UTC KK lagi hari ini.
Hadits ke-21... "Qul aamantu billaah, tsummas-taqim".
Usai kelas, menyempat ke MUIS Majlis Mahabbah Agensi2 Islam bersama TYT... terlajak raya lah ni...
Arsiah Bahron
Anisah Abdul Samad
Keey Kamariah

20/04/2026

UCAPAN MENGENANG JASA
USTAZ DR ABDUL HALIM EL MUHAMMADY oleh Dato Ahmad Azam Ab Rahman,Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia(Wadah) pada 19 April 2026 secara Online.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang istiqamah di atas jalan dakwah hingga ke hari kiamat.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Pada tanggal 16 April 2026 bersamaan 27 Syawal 1447H, kita telah kehilangan seorang tokoh besar ummah โ€” seorang murabbi, ilmuwan dan pejuang dakwah yang tidak pernah mengenal erti lelah โ€” Almarhum Ustaz Dr Abdul Halim El Muhammady, yang kembali ke rahmatullah pada usia 81 tahun.

Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang individu, tetapi hilangnya satu generasi pendakwah yang menggabungkan antara kekuatan ilmu, keteguhan aqidah dan keberanian bertindak di medan masyarakat.

Hadirin sekalian,

Almarhum merupakan sosok yang amat signifikan dalam gerakan Islam di Malaysia. Beliau pernah menggalas amanah sebagai Timbalan Presiden ABIM, memperkukuh peranan tarbiah dan gerakan belia Islam dalam membina kesedaran ummah.

Sebagai Pengerusi Murabbi MADANI dan Pengerusi Majlis Istisyari WADAH, beliau tampil sebagai pemikir strategik yang bukan sahaja memahami realiti masyarakat, tetapi mampu memandu gerakan dakwah dengan hikmah dan wawasan yang jauh ke hadapan.

Tidak terhenti di situ, kepimpinan beliau dalam Koperasi Belia Islam memperlihatkan kefahaman bahawa dakwah bukan hanya bicara di mimbar, tetapi juga harus diterjemahkan dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Hadirin yang dihormati,

Salah satu legasi besar Almarhum yang sangat dekat dengan denyut nadi masyarakat ialah penubuhan Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) โ€” sebuah inisiatif dakwah yang berani dan luar daripada kebiasaan.

Di tengah hiruk-pikuk kota Kuala Lumpur, beliau memilih untuk membawa Islam kepada mereka yang sering terpinggir โ€” golongan jalanan, pelancong, dan mereka yang jauh daripada sentuhan dakwah konvensional. Ini mencerminkan sifat beliau yang benar-benar โ€œaction orientedโ€ โ€” dakwah bukan sekadar wacana, tetapi mesti turun ke lapangan.

Hadirin sekalian,

Dari sudut keilmuan, Almarhum bukan sahaja seorang pendakwah, tetapi juga seorang ilmuwan yang tegas mempertahankan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Peranan beliau sebagai Pengerusi dalam Debat Kassim Ahmad pada 28 Jun 1986 berkaitan buku Hadis Satu Penilaian Semula menunjukkan ketegasan beliau dalam menghadapi pemikiran yang menggugat autoriti hadis.

Begitu juga sumbangan beliau dalam Seminar Pemurnian Aqidah yang membahaskan isu Darul Arqam, termasuk perbahasan mengenai Aurad Muhammadiyyah dan amalan Yaqazah โ€” membuktikan komitmen beliau dalam memastikan kemurnian aqidah umat sentiasa terpelihara.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Namun, di sebalik semua jawatan dan pencapaian tersebut, kekuatan sebenar Almarhum terletak pada keyakinan yang luar biasa terhadap pertolongan Allah SWT.

Beliau percaya bahawa kerja dakwah ini bukan bergantung kepada manusia semata-mata, tetapi bergantung sepenuhnya kepada nusrah Allah. Keyakinan inilah yang menjadikan beliau tidak pernah penat, tidak pernah jemu, dan tidak pernah berhenti.

Dalam setiap langkahnya, kita melihat seorang hamba yang benar-benar yakin dengan janji Tuhannya.

Hadirin sekalian,

Pemergian Almarhum meninggalkan satu persoalan besar kepada kita โ€” apakah kita mampu menyambung legasi ini?

Kerana dakwah ini tidak akan terhenti dengan pemergian seorang tokoh. Ia menuntut generasi pelapis yang bukan sahaja memahami Islam, tetapi sanggup berkorban untuknya.

Marilah kita mencontohi semangat Almarhum โ€” menggabungkan ilmu dan amal, pemikiran dan tindakan, strategi dan pengorbanan.

Akhirnya,

Kita berdoa agar Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhum, menerima segala amal solehnya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan beliau bersama para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡
ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ ู‚ุจุฑู‡ ุฑูˆุถุฉ ู…ู† ุฑูŠุงุถ ุงู„ุฌู†ุฉ

Sesungguhnya kehilangan ini amat besar, namun legasi beliau akan terus hidup selagi mana dakwah ini diteruskan.

20/04/2026

๐—ช๐—”๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ

Orang ramai khususnya warga Sepanggar diundang hadir ke program ilmu yang penuh manfaat bersama tokoh ilmuan tersohor santunan YB Datuk Ts. Hj. Mustapha Sakmud, Ahli Parlimen Sepanggar merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak). Sesi Wacana Ilmu bersama:

๐ŸŽ™ PROFESOR DR. USTAZ ABDUL SOMAD
(Lc., D.E.S.A., Ph.D)

๐Ÿ“… Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ•ข Masa: 7.30 malam
๐Ÿ“ Tempat: Padang bola, ILPKK (ADTEC JTM), Kampus Kota Kinabalu

Program ini menghimpunkan masyarakat dalam suasana santai penuh pengisian ilmiah, menyentuh nilai-nilai Nusantara Madani, perpaduan ummah serta pengukuhan jati diri.

๐Ÿงบ Bawa tikar bersama anda untuk keselesaan

Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai untuk mengimarahkan majlis ilmu ini.

Jumpa anda di sana!


Ketua Salwa dan Timbalan Ketua Salwa Sabah turut hadir memeriahkan sambutan Mahabbah Aidil Fitri Rumah Putera Harapan Ra...
20/04/2026

Ketua Salwa dan Timbalan Ketua Salwa Sabah turut hadir memeriahkan sambutan Mahabbah Aidil Fitri Rumah Putera Harapan Ranau pada 18/4/2026 di penghujung Syawal. Alhamdulillah โค๏ธ
Arsiah Bahron
Halija Jonggang

*BELASUNGKAWA*                               ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSeluruh pimpinan dan warga Wadah ...
16/04/2026

*BELASUNGKAWA*

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga *Allahyarham Ustaz Dr. Abdul Halim El Muhammady* yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 April 2026 bersamaan 27 Syawal 1447H.

Beliau merupakan Pengerusi Majlis Istisyari WADAH Yang Ketiga menggantikan Allahyarham Prof. Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty sejak tahun 2025. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada gerakan dakwah, keilmuan dan kepimpinan umat di Malaysia.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikan beliau, serta menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

16/04/2026

UCAPAN TAKZIAH

Dengan rasa dukacita yang mendalam, seluruh pimpinan dan warga Pertubuhan SALWA Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Dr. Abdul Halim El Muhammady, Pengerusi Majlis Istisyari, Wadah Pencerdasan Umat, atas kembalinya ke rahmatullah pada 16 April 2026 bersamaan 27 Syawal 1447H.

Allahyarham juga merupakan Ayahanda kepada Setiausaha Kehormat SALWA Malaysia iaitu Dr Asma Hakimah Ab. Halim.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikan beliau, serta menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SALWA SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share