22/04/2025
Program Santuni Kasih: Dari Keluarga Untuk Komuniti sempena Program Bantuan IUI Advokasi Infertiliti (BuAI) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N49 Labuk pada Selasa.
Majlis disempurnakan oleh Isteri Ketua Menteri merangkap YDP Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), YABhg Datin Seri Panglima Datuk Hjh Juliah Salag.
Turut hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Labuk YB Datuk Samad Jambri,Pengarah Kanan LPPKN Puan Shahriah Saharom ,Naib YDP ll Merangkap Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA GRS Datin Seri Panglima Linda Ewit,Pengerusi Biro Lawatan Datin Wahida Mardiana Norsalim dan ahli-ahli MUTIARA GRS.