29/10/2025
Saksikan liputan penuh North Borneo Rainforest Festival 2025 dalam segmen KBI: Sabah Sana Sini di TV1 RTM!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Seksyen TV RTM Sabah atas ruang dan sokongan yang diberikan untuk mengetengahkan semangat Pisompuruan, kreativiti dan kepelbagaian budaya Sabah.
“Pisompuruan” yang bermaksud perpaduan dalam kepelbagaian menjadi nadi kepada festival ini; semangat yang menyatukan kita semua tanpa mengira latar, melalui seni, budaya dan warisan Borneo. Kami juga sangat berbesar hati atas kehadiran 7 suku asli dari Taiwan ke North Borneo Rainforest Festival 2025 - Edisi Antarabangsa.
Sebagai penganjur, kami berharap North Borneo Rainforest Festival akan terus menjadi platform yang menyatukan para budayawan, badan-badan NGO, serta komuniti agar warisan dan karya kreatif dari Borneo terus bersinar di pentas tempatan dan antarabangsa.