Projek LEV Sabah

Projek LEV Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Projek LEV Sabah, Non-Governmental Organization (NGO), Kota Kinabalu.

Gong Xi Fa Cai dan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya.Sempena ketibaan Tahun Kuda ini, kami di Pro...
17/02/2026

Gong Xi Fa Cai dan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya.

Sempena ketibaan Tahun Kuda ini, kami di Projek LEV ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat kepada seluruh komuniti yang meraikannya. Tahun Kuda melambangkan kekuatan, ketabahan, dan semangat untuk terus mara ke hadapan—nilai yang amat penting dalam membina komuniti yang progresif dan berdaya tahan.

Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran yang berpanjangan, kesihatan yang baik, serta membuka lebih banyak peluang untuk berkembang dan mencapai kejayaan. Kami juga berharap agar semangat kebersamaan, saling menghormati, dan perpaduan terus kukuh dalam kalangan masyarakat, khususnya di Sabah yang kita cintai ini.

Semoga setiap langkah yang diambil pada tahun ini dipermudahkan, setiap usaha membuahkan hasil, dan setiap impian semakin menghampiri kenyataan.

Gong Xi Fa Cai! Semoga Tahun Kuda ini membawa kemajuan, kekuatan, dan kejayaan buat semua.

— Projek LEV Sabah

✨ Selamat Tahun Baharu 2026 & Selamat Kembali ke Sekolah✨Selamat kembali ke sekolah dan selamat meneruskan sesi persekol...
12/01/2026

✨ Selamat Tahun Baharu 2026 & Selamat Kembali ke Sekolah✨

Selamat kembali ke sekolah dan selamat meneruskan sesi persekolahan 2026.
Semoga tahun ini dipenuhi ilmu, semangat baharu, kejayaan dan kenangan indah.

Teruskan melangkah, belajar dan jadi versi terbaik diri anda! 🌟📚

𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗟𝗘𝗩 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱𝗮𝗿𝗶𝘁𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗿𝘄𝗮𝗵 𝗭𝗮𝗿𝗮 𝗤𝗮𝗶𝗿𝗶𝗻𝗮 – 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗡𝘆𝗮𝘄𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗹𝗶Kematian arwah Zara Qair...
10/08/2025

𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗟𝗘𝗩 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱𝗮𝗿𝗶𝘁𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗿𝘄𝗮𝗵 𝗭𝗮𝗿𝗮 𝗤𝗮𝗶𝗿𝗶𝗻𝗮 – 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗡𝘆𝗮𝘄𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗹𝗶

Kematian arwah Zara Qairina akibat kes buli di sekolah adalah satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia. Tragedi ini membuktikan bahawa kegagalan sistem dalam mengurus kes jenayah melibatkan pelajar boleh membawa padah yang tidak terbayang.

Kami menyeru semua pihak untuk:

📌 Menolak normalisasi budaya buli di sekolah.

📌 Mendesak pihak berkuasa dan institusi pendidikan untuk bertindak segera dalam setiap kes yang dilaporkan.

📌 Memberi sokongan moral dan solidariti kepada keluarga mangsa.

Solidariti ini adalah tanda kita tidak mahu satu lagi nyawa melayang akibat kelalaian dan kelemahan sistem.

07/04/2025

Thank you for your generous contribution to Projek Ramadan Lestari.

Stay tuned for the release of our official report.

🌙 BEKAL KASIH AIDILFITRI 2025 – SIRI 1 🌙"Sebarkan Kasih, Raikan Aidilfitri"Ramadan semakin menghampiri penghujungnya, da...
19/03/2025

🌙 BEKAL KASIH AIDILFITRI 2025 – SIRI 1 🌙
"Sebarkan Kasih, Raikan Aidilfitri"

Ramadan semakin menghampiri penghujungnya, dan Syawal bakal menjelang. Namun, masih ada insan di luar sana yang menghadapi kesukaran untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Justeru, kami di Anak Muda Progresif Pekan Kudat ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menyebarkan kasih melalui Program Bekal Kasih Aidilfitri.

🎁 Sasaran sumbangan: RM2,500
🎁 Pek Aidilfitri untuk 50 penerima (RM50 setiap seorang)
🎁 Golongan penerima: Warga emas & individu yang memerlukan di sekitar Kudat, Sabah

Anda boleh menyumbang dengan mudah melalui DuitNow QR (rujuk poster) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut:

📞 Fadilah: 014-3509833
📞 Afidah: 011-51116344

🤲 Ayuh bersama kita raikan keberkatan Ramadan & kemeriahan Syawal dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda membawa senyuman kepada insan yang kurang bernasib baik.

Jom menyumbang & sebarkan kebaikan! 💛✨

🌙 𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 !🌙Bulan yang penuh berkah, ampunan, dan rahmat dari Allah telah tiba. Ramadan adalah waktu untuk m...
03/03/2025

🌙 𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 !🌙

Bulan yang penuh berkah, ampunan, dan rahmat dari Allah telah tiba. Ramadan adalah waktu untuk memperbanyak ibadah, mendekatkan diri kepada-Nya, serta mensucikan hati dan jiwa. Semoga di bulan suci ini, kita diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam menjalankan ibadah puasa, memperbanyak amal kebaikan, serta meningkatkan ketakwaan.

Mari jadikan Ramadan sebagai momentum untuk memperbaiki diri, memaafkan kesalahan, dan mempererat tali silaturahmi. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan membawa keberkahan bagi kita semua. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan membawa kedamaian dalam hidup kita.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 1445𝗛, 𝘀𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗺𝗽𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁-𝗡𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮. 𝗔𝗮𝗺𝗶𝗶𝗻



04/07/2024

Kutipan terkini setakat 5 Jul, 6.00 am

RM 4,230.00

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek LEV Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Projek LEV Sabah:

Share