WISDOM Foundation - Malaysia

WISDOM Foundation - Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from WISDOM Foundation - Malaysia, Non-Governmental Organization (NGO), J-58-1, Block J, KK Times Square, Off Coastal Highway, Kota Kinabalu.

WISDOM Foundation is an initiative that advocates secularism, decentralisation, openness, and moderation through applied-research and community organising activities centred on education for nation building.

19/05/2026
28/04/2026
28/04/2026

Pihak NGO SABAR telah memaklumkan saya petang kelmarin bahawa prosiding mahkamah yang sepatutnya berlangsung secara Zoom kemarin itu telah dijadualkan semula.

Mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 18 Mei 2026. Penjadualan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pihak Peguam Negara Persekutuan (AG) untuk meneliti afidavit yang telah difailkan pada 6 April 2026, memandangkan terdapat kelewatan dalam proses penyampaian (service) dokumen tersebut sebelum ini.

​Setelah penelitian pihak AG selesai, Mahkamah akan menyemak semula fail kes sebelum mempertimbangkan dua perkara utama:

1. Permohonan rujukan ke Mahkamah Persekutuan mengenai isu-isu undang-undang perlembagaan.

2. ​Bantahan awal (preliminary objection) terhadap laporan pakar yang dikemukakan.

​Dalam perkembangan berkaitan, pihak SABAR juga sedang menunggu arahan lanjut sama ada akan mencelah (intervene) dalam usul Sarawak di Mahkamah Persekutuan yang melibatkan Akta Pembangunan Petroleum (PDA), Akta Pelantar Benua (CSA), dan Akta Perlombongan Petroleum (PMA).

​Mahkamah Tinggi mengambil maklum bahawa meskipun tiada pertindihan secara langsung antara kes SABAR (di mana TSA dan PMA tidak disebut) dengan kes Sarawak (di mana PMA disebut tetapi TSA tidak), namun terdapat beberapa aspek undang-undang yang saling berkaitan.

Saya akan mengikuti rapat perkembangan ini dan terus memberikan kemas kini dari semasa ke semasa.

Dan sebagai maklumkan juga, sehingga setakat 27/04/2026, jumlah sumbangan yang terkumpul untuk NGO SABAR ini ialah RM76,768. Sasaran yang ingin dicapai ialah RM500k.

Mari kita terus menyokong SABAR dengan turut menyumbang seikhlas hati. Kalau QR Code di poster tidak dapat scan, sumbangan boleh transfer online melalui CIMB Bank di nombor akaun 8010739874 (SABAR).

Resit nanti boleh whasapp kepada Ms Cecelia 019-8206878.

23/04/2026

TAMPARULI: Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Madius Tangau has cautioned against proposals suggesting Sabah should prioritise resolving healthcare and education issues over pursuit of 40 per cent revenue entitlement.

He said such views are misguided as both sectors fall under the responsibility of the Federal Government as stipulated in the Federal Constitution.

Full story: https://www.dailyexpress.com.my/news/280079/misguided-views-says-madius/

23/04/2026

KOTA KINABALU: Warisan President Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said Sabah’s 40 per cent tax revenue entitlement and the Federal Government’s obligation to provide public infrastructure are two separate matters that should not be treated as interchangeable.

“We respect Tan Sri Harris Salleh’s opinion as that of a leader who has contributed to Sabah. But we must also understand that when it comes to the Federal List, schools, hospitals and security are Federal List matters.

Full story: https://www.dailyexpress.com.my/news/280078/40pc-and-public-infra-two-separate-matters/

17/04/2026

Saya menerima banyak pandangan tentang usaha membantu dan mempromosi pihak NGO SABAR mengumpulkan dana yang diperlukan menjelang 30 April 2026. Pada saya, semua pandangan yang diberikan semuanya baik-baik.

Namun saya mohon maaf, dengan rendah hati, saya tetap untuk kekal dan terus menyokong penuh inisiatif pihak SABAR ini. Saya akan mendapatkan maklumat daripada mereka untuk memaklumkan kepada orang ramai jumlah sumbangan yang terkumpul setiap hari.

Untuk kelmarin 16 April 2026, jumlah terkumpul adalah sebanyak RM46,342. Peningkatan kira-kira hampir RM4,000 berbanding hari sebelumya.

Sebelum ini, saya juga ada mencadangkan sebuah cadangan di sini https://www.dailyexpress.com.my/news/278091/madius-urges-sabah-reps-to-contribute-to-sabar-legal-fund/.

Tanpa mengira kaum dan agama atau apa jua ideologi politik, marilah kita tinggalkan semua perbezaan ini untuk sama-sama menyokong NGO SABAR dengan seikhlas hati. Kalau yang sudi, nombor akaun ada pada poster. Boleh scan QR juga.

Mungkin yang belum sempat menyumbang, teruskan berikan sokongan melalui doa agar usaha yang dilaksanakan NGO SABAR ini dipermudahkan. Saya tetap sokong penuh.

Address

J-58-1, Block J, KK Times Square, Off Coastal Highway
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WISDOM Foundation - Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share