Alumni Belia Membanteras Jenayah -MAPO

Alumni Belia Membanteras Jenayah -MAPO Alumni peserta program Belia Membanteras Jenayah MAPO

15/07/2025

Group 2


15/07/2025

Group 1


15/07/2025

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET PEMERASAN SEKSUAL ONLINE TUMPAS

Johor Bahru, 15 Julai 2025 - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan dan pemerasan seksual dalam talian dengan penahanan sembilan individu termasuk dua wanita dan seorang remaja lelaki.

Dalam serbuan Op Bugil bermula 20 Jun hingga 1 Julai lalu di bandar raya ini dan Kulai itu, tujuh lelaki serta dua wanita ditahan dengan kesemuanya warga tempatan berusia 17 hingga 50 tahun.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, siasatan mendapati modus operandi sindiket yang beroperasi sejak November tahun lalu itu bermula dengan mewujudkan akaun media sosial palsu.

Menurutnya, mereka kemudian menyamar sebagai wanita cantik untuk memujuk mangsa yang diperangkap dengan melakukan panggilan video lucah.

“Sindiket akan menghantar pautan dan apabila mangsa menekannya, telefon pintar mangsa akan digodam sebelum mereka boleh mengakses senarai kenalan dan galeri gambar.

“Ketika panggilan lucah dibuat, sindiket akan memujuk mangsa melakukan aktiviti lucah dan merakamnya bagi kegunaan mengugut mangsa untuk mendapatkan wang,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

14/07/2025

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Belia Membanteras Jenayah -MAPO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share