Masjid Mukim Salor

Masjid Mukim Salor MASJID MUKIM SALOR
Bank Muamalat Malaysia Berhad
No. Akaun: 03010006436719

Gambar suasana Solat sunat Aidiladha 1447H
30/05/2026

Gambar suasana Solat sunat Aidiladha 1447H

30/05/2026

Solat sunat Aidiladha 1447H (Video)

30/05/2026

27 Jun 2026, Rabu - Solat sunat Aidiladha, 10 Zulhijjah 1447H

30/05/2026

26 Jun 2026, Selasa - Antara aktiviti-aktiviti Masjid Mukim Salor sempena hari Arafah, 9 Zulhijjah 1447H, iaitu tahlil arwah, majlis berbuka puasa, kuliah khas malam Aidiladha, takbir raya dan solat sunat tasbih.

🌙 MALAM SINAR AIDILADHA 1447H 🌙Ayuh bersama menghidupkan malam Aidiladha dengan majlis ilmu, ibadah dan takbir raya di M...
25/05/2026

🌙 MALAM SINAR AIDILADHA 1447H 🌙

Ayuh bersama menghidupkan malam Aidiladha dengan majlis ilmu, ibadah dan takbir raya di Masjid Mukim Salor 🤍

📅 26 Mei 2026 (Selasa)
🕌 Bermula 7.15 malam

✨ Majlis Tahlil
✨ Iftar Puasa Arafah
✨ Kuliah Khas: Tadabbur Aidiladha
✨ Solat Sunat Tasbih
✨ Takbir Raya

🎙 Disampaikan oleh:
Ustaz Syakirin Yuslan
(Panel Jemputan TV Al-Hijrah dan Radio Kelantan)

📍 Semua muslimin & muslimat dijemput hadir memeriahkan malam penuh keberkatan ini.

09/05/2026

09.05.2026, Sabtu - Kuliah Subuh Perdana disampaikan oleh Al Habib Zaid Bin Abdurrahman Ben Yahya, dibawakan khas oleh Ustaz Lukmanul Hakim alYamani

05.05.2026, Selasa - Alhamdulillah pelajar Kelas Al-Quran Masjid Mukim Salor saban hari semakin bertambah dari semasa ke...
06/05/2026

05.05.2026, Selasa - Alhamdulillah pelajar Kelas Al-Quran Masjid Mukim Salor saban hari semakin bertambah dari semasa ke semasa. Sekarang jumlah pelajar untuk Sesi 1 ialah 43 orang & Sesi 2 ialah ialah 26 orang.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Kelas Al-Quran Masjid Mukim Salor masih mengalu-alukan beberapa pelajar lagi yang ingin menyertai kelas kami. Kami menetapkan MAKSIMUM penyertaan bagi SESI 1 ialah 50 pelajar & SESI 2 ialah 30 pelajar. Jadi, masih berbaki beberapa kekosongan sahaja lagi untuk diisi oleh mereka yang berminat.

Jom, daftar segera! Siapa cepat, dia dapat. Sementara pendaftaran masih dibuka~

Sebarang pertanyaan, hubungi: 📲 +6011-33779495 (Bilal Luqman)

03/05/2026

Kelas Al-Quran Masjid Mukim Salor

Sesi 2: 7.15ptg-8.45mlm

Alhamdulillah kehadiran agak memberangsangkan.
Mudah-mudahan semakin bertambah dari sehari ke sehari bilangan pelajar. Sasaran kita pelajar sesi 2 mencapai 30 orang sebelum berakhir tahun 2026. InsyaAllah.

Ketika kecil sebeginilah kita nak asuh didik anak-anak supaya mencintai al-Quran yakni belajar membacanya, memahami maknanya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah pihak Masjid Mukim Salor cuba mentarbiah anak-anak ini sejak kecil supaya menjadi anak yang soleh-solehah seterusnya melahirkan masyarakat/ummah yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

InsyaAllah. Amin Allahumma Amin. Ya Rabbal Alamin

Address

Salor
Kota Bharu
15100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Salor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share