Ngo Kebajikan MUKIM PARIT 2025

Directions

Ngo Kebajikan  MUKIM PARIT 2025 BERKEBAJIKAN

11.Sept - Alhamdulillah pagi ini pertubuhan yang diwakili Pengerusi ( Tuan Harun ) Naib Pengerusi ( Zakaria ) dan Setiau...
11/09/2026

11.Sept - Alhamdulillah pagi ini pertubuhan yang diwakili Pengerusi ( Tuan Harun ) Naib Pengerusi ( Zakaria ) dan Setiausaha ( Tuan Mohd Nor ) telah hadir ke rumah Allahyarham Haji Azlin Taib ( no ahli 073 ) bagi menyampaikan Sumbangan Kebajikan Kematian yang diterima oleh ahli keluarga beliau Sdr Shahriman Alwi bertempat di Kg Kedondong Kadok.

Jawatankuasa dan ahli menyampaikan ucapan Takziah di atas kematian ahli.

14.Ogos.2026 @ Alhamdulillah, pagi ini Pengerusi ( Tuan Harun ) bersama AJK berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarha...
14/08/2026

14.Ogos.2026 @ Alhamdulillah, pagi ini Pengerusi ( Tuan Harun ) bersama AJK berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Muhamad Yasin yang meninggal dunia 13.ogos sambil menyampaikan sumbangan kebajikan kepada anak beliau Ahmad Aliff Hariri di rumahnya di Taman Desa Wangi.
Jawatankuasa mengucapkan Salam Takziah di atas kematian ahli 282 Muhamad Yasin .

19/07/2026
18/7/26 @ Alhamdulillah, dengan penglibatan 50 ahli berjaya menyiapkan 2 kawah bubur As Syura dalam program " KITO KACHA...
19/07/2026

18/7/26 @ Alhamdulillah, dengan penglibatan 50 ahli berjaya menyiapkan 2 kawah bubur As Syura dalam program " KITO KACHA SYURO 1448H" bertempat di perkarangan Pejabat Operasi Kebajikan Mukim Parit.
Jawatankuasa turut menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada ahli yang telah menyumbangkan wang ringgit dan tenaga dalam menjayakan program tahunan ini

29/6/26 @ Alhamdulillah petang ini Ziarah kematian ahli yang meninggal dunia pada 28/6, puan Rokiah Wan Ismail telah dia...
29/06/2026

29/6/26 @ Alhamdulillah petang ini Ziarah kematian ahli yang meninggal dunia pada 28/6, puan Rokiah Wan Ismail telah diadakan di Taman Desa Wangi serta menyampaikan Sumbangan Kebajikan Kematian Ahli sejumlah RM1000 .Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Tuan Harun Tuan Yahya, hadir sama Naib Pengerusi Zakaria Abdullah dan AJK Zulkifli Harun di kediamannya .Sumbangan diterima oleh anak beliau Rafli Mohd Nor

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan lalu dan membuka ruang untuk kita meningkatkan segala amalan kebaikan di tahun ...
16/06/2026

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan lalu dan membuka ruang untuk kita meningkatkan segala amalan kebaikan di tahun baru ini.

19/4/26 @ Jawatankuasa yang diketuai Pengerusi Tuan Harun Tuan Yahya telah hadir menziarahi keluarga Ahli 099, Wan Azman...
19/04/2026

19/4/26 @ Jawatankuasa yang diketuai Pengerusi Tuan Harun Tuan Yahya telah hadir menziarahi keluarga Ahli 099, Wan Azman Wan Mohd Amin di Kg Seribong yang kematian isteri ( Che Rahana Mohamed ) yang telah meninggal dunia di HUSM jam 1.40 pagi Ahad.

Pengerusi telah menyalurkan Sumbangan Kebajikan Kematian kepada beliau petang ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi ( Ahmad Abu Bakar ) , Naib Pengerusi (Zakaria Abdullah ) ,Setiausaha ( Tuan Mohd Nor Tuan Yahya ) dan wakil AJK Muslimat Puan Nurul Farhana Mat Nawi.

Jawatankuasa dan Seluruh Ahli merakamkan ucapan Takziah dan berdoa agar arwah ditempatkan bersama mereka yang diredhaiNya.

04/04/26 @ Alhamdulillah , Majlis Santai Raya 1447H telah berjaya diadakan dengan kehadiran yang baik dari ahli dan warg...
04/04/2026

04/04/26 @ Alhamdulillah , Majlis Santai Raya 1447H telah berjaya diadakan dengan kehadiran yang baik dari ahli dan warga Mukim Parit.

Hadir sama Pengarah Jabatan Sumber Air Kelantan, YBrs Wan Nasir Wan Omar, Ketua Penolong Ketua Jajahan Kota Bharu ( Pembangunan), YBrs Wan Ahmad Shazrul Wan Abdul Rahim, Imam Muda Mukim Parit, AL Fadhil Ahmad Khairul Anwar Ahmed Khairi.

Majlis juga diseri dengan penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM 2025 bagi anak ahli yang mendapat 5A ke atas. Sumbangan di sampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PADUKA GROUP, En.Abd Aziz Mohd Zain.

14/3/26 @ Alhamdulillah, program tahunan di bulan Ramadhan iaitu Agihan Barangan Dapur untuk warga mukim Parit serta Agi...
14/03/2026

14/3/26 @ Alhamdulillah, program tahunan di bulan Ramadhan iaitu Agihan Barangan Dapur untuk warga mukim Parit serta Agihan Bubur Lambuk untuk pengguna laluan hadapan pejabat operasi dapat diadakan hari ini.

Jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli yang telah menjayakan Tabung Ihya' Ramadhan 1447H kali ini.

07/03/2026

Address

KAMPUNG PARIT PASIR TUMBOH
Kota Bharu
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ngo Kebajikan MUKIM PARIT 2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share