PSSCM Cawangan Kelantan

PSSCM Cawangan Kelantan KURSUS SENI BELA DIRI
TEMPOH LATIHAN 10 BULAN
YURAN PENDAFTARAN RM125
(PERCUMA T-SHIRT LATIHAN)

02/06/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian:

𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐍𝐨𝐨𝐫 𝐀𝐳𝐦𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦

Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Pahang, Penolong Penyelia UIAM Kuantan serta Pemegang Parang Lading PSSCM.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 31 Mei 2026 bersamaan 14 Zulhijjah 1447H.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, sahabat handai serta seluruh warga PSSCM yang mengenali beliau.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa-dosanya, diterima segala amal kebajikannya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐇

𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚:
𝐘𝐌 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐚𝐢𝐝𝐞𝐞𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐒𝐡𝐚𝐡
𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧
𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭 𝐂𝐞𝐤𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐏𝐒𝐒𝐂𝐌)

27/05/2026

Assalamualaikum wbt…

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM, serta isteri dan barisan kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam tidak kira walau di mana jua anda berada.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT dan diberi kekuatan untuk terus berjuang di jalan yang benar.


22/05/2026
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi (2025)TAHNIAHDiucapkan kepada Siti Nurbaya Akma Binti Mohd...
21/05/2026

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi (2025)

TAHNIAH
Diucapkan kepada Siti Nurbaya Akma Binti Mohd, Tenaga Pengajar Pusat Latihan Cawangan Kelantan atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi 2025 seperti berikut :

Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
Tempat : Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur

Semoga terus cemerlang dalam kerjaya yang diceburi.

Daripada Perasatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kelantan.

17/05/2026
" LAULA MUROBBI, MA ARAFTU ROBBI"(JIKA BUKAN KERANA GURUKU, MAKA AKU TIDAK AKAN MENGENAL TUHANKU)
16/05/2026

" LAULA MUROBBI, MA ARAFTU ROBBI"

(JIKA BUKAN KERANA GURUKU, MAKA AKU TIDAK AKAN MENGENAL TUHANKU)

16/05/2026

Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat p**a amalan syariat,
Ditambah p**a ilmu makrifat,
Berpakaian p**a dengan isyarat.

Rangkap pantun Silat Cekak

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru terutamanya kepada yang dikasihi, YM. Datuk Haji Maideen b Kadir Shah, Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia atas segala ilmu, pengorbanan, serta jasa yang dicurahkan dalam mendidik dan membentuk anak bangsa.

Semoga Allah membalas jasa Guru-guru kita dengan keberkatan, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan dunia akhirat.

Guru Bitara Nadi Negara.



03/05/2026

Assalamualaikum wbt..

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Sultan Negeri Kedah Darul Aman

30 April 2026 | 12 Zulkaedah 1447H

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.

Sembah Takzim daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.





03/04/2026
04/01/2026

Address

Lot 609, Kg Chicha, Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM Cawangan Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share