MINDA SEGAK

MINDA SEGAK Infomasi umum dan perjalanan program NGO

Hai guys, mesti korang dah ada pilihan tersendiri bila nak running sama ada indoor (treadmill) ataupun outdoor. Ini perb...
24/04/2026

Hai guys, mesti korang dah ada pilihan tersendiri bila nak running sama ada indoor (treadmill) ataupun outdoor. Ini perbandingan secara umum antara keduanya, ada kelebihan & kekurangan masing-masing.
Apapun, asalkan boleh berlari jugak dengan konsisten kan. At least seminggu sekali ke. Meh kita sembang...

Intermittent Fasting (IF) ialah satu gaya pemakanan yang memberi fokus kepada bila kita makan, bukan sekadar apa yang ki...
06/04/2026

Intermittent Fasting (IF) ialah satu gaya pemakanan yang memberi fokus kepada bila kita makan, bukan sekadar apa yang kita makan. Kaedah ini membahagikan waktu kepada tempoh makan dan berpuasa, seperti contoh pop**ar 16:8 di mana kita makan dalam 8 jam dan berpuasa selama 16 jam.

Melalui amalan ini, badan diberi ruang untuk berehat daripada proses penghadaman, sekali gus membantu meningkatkan metabolisme, mengawal gula dalam darah dan menyokong penurunan berat badan. Selain itu, ramai juga merasakan tahap tenaga dan fokus menjadi lebih baik apabila diamalkan secara konsisten.

Walaupun IF memberi banyak manfaat, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul seperti minum air secukupnya, makan makanan seimbang dan mendapatkan tidur yang cukup. Bagi individu tertentu seperti ibu mengandung, menyusu atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Mulakan secara perlahan dengan jadual yang lebih mudah seperti 12:12 sebelum beralih ke 14:10 atau 16:8, supaya badan dapat menyesuaikan diri dengan lebih selesa.

Ramadan yang penuh keberkatan kian melabuhkan tirainya, meninggalkan seribu hikmah yang bermakna. Bulan Syawal p**a baka...
20/03/2026

Ramadan yang penuh keberkatan kian melabuhkan tirainya, meninggalkan seribu hikmah yang bermakna. Bulan Syawal p**a bakal menjelma dengan sinar kesyukuran, indahnya keampunan dan eratnya jalinan silaturahim bersama ahli keluarga serta insan tersayang.

Dalam keterujaan menyambut hari lebaran, berhati-hatilah ketika p**ang ke kampung halaman. Semoga perjalanan anda dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan-Nya hingga selamat tiba ke destinasi.

Raikanlah Syawal ini dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfiri, Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas daripada,
Pertubuhan Minda Segak Malaysia

Jom jalan kaki masjid, yuk!Sambil menyelam minum air, eh. Ha, ada banyak sangat faedah berjalan kaki ke masjid, apatah l...
14/03/2026

Jom jalan kaki masjid, yuk!

Sambil menyelam minum air, eh.
Ha, ada banyak sangat faedah berjalan kaki ke masjid, apatah lagi selepas makanan iftar, & untuk tujuan solat berjemaah & tarawih di masjid.

Kita sama-sama budayakan amalan ini semoga berterusan.

Alhamdulillah, Program Sumbangan Bakul Ramadan 2026 telah selesai dilaksanakan. Seramai 10 keluarga penerima telah berja...
09/03/2026

Alhamdulillah, Program Sumbangan Bakul Ramadan 2026 telah selesai dilaksanakan. Seramai 10 keluarga penerima telah berjaya kita salurkan sumbangan hasil daripada kutipan bersama.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan membantu menjayakan usaha ini. Semoga setiap sumbangan daripada semua menjadi amal kebaikan yang Allah SWT balas dengan keberkatan rezeki dan ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga segala usaha kecil ini memberi manfaat dan menjadi asbab kebaikan untuk kita semua.

“Sambutan Nuzul Quran adalah saat yang tepat untuk kita semua merenungkan kembali hubungan kita dengan Al-Quran. Mari ki...
06/03/2026

“Sambutan Nuzul Quran adalah saat yang tepat untuk kita semua merenungkan kembali hubungan kita dengan Al-Quran. Mari kita buka hati dan jiwa kita untuk menerima petunjuk-Nya dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Salam Nuzul Quran 1447h.”

Baru seminggu berpuasa, rasanya masih sempat lagi untuk timbang berat kita. Antara indikator kesihatan tubuh badan yang ...
24/02/2026

Baru seminggu berpuasa, rasanya masih sempat lagi untuk timbang berat kita. Antara indikator kesihatan tubuh badan yang mudah diukur ialah dengan melihat berat kita.

Bandingkan hasilnya selepas Raya nanti.

Kekalkan semangat dan momentum untuk terus berpuasa dengan sihat 😉

Kita ni kadang tak sedar…dapur kita penuh sebab dah biasa penuh.Ada orang buka peti ais, kosong.Buka bekas beras, tingga...
23/02/2026

Kita ni kadang tak sedar…dapur kita penuh sebab dah biasa penuh.

Ada orang buka peti ais, kosong.
Buka bekas beras, tinggal secupak.
Nak beli, duit cukup-cukup untuk hari ni je.

Ramadan ni, orang lain sibuk fikir menu berbuka.

Dia sibuk fikir… cukup tak makanan sampai hujung bulan.

Sebab tu kita buat Bakul Ramadan ni.
Nak bermewah tidak lah.

Cuma nak pastikan… ada makanan atas meja.
Tak perlu tunggu banyak baru nak bagi.

Kadang RM10 kita tu, boleh buat satu keluarga rasa “cukup” malam tu.

Kalau kita pernah rasa susah, kita faham.

Kalau tak pernah rasa,
inilah peluang untuk jadi sebab orang lain tak perlu rasa.

Jom bantu sama-sama.

Biar Ramadan kali ni… tak ada yang berbuka dengan air kosong saja. 🤲

~~~~~~~~~~~~~

Ayuh bersama Kelab Minda Segak hulurkan Sumbangan Bakul Ramadan.

1. Save poster ni
2. ⁠Buka apps banking
3. ⁠Scan QR Code from Gallery
4. ⁠Masukkan nilai sumbangan
5. ⁠Tekan pay.

Semoga Ramadan kali ini diberkati rezki dan amalan kita semua 😘

Selain menjaga pemakanan yang sihat di waktu sahur & berbuka, kita juga perlu menjaga kesihatan & persediaan mental kita...
19/02/2026

Selain menjaga pemakanan yang sihat di waktu sahur & berbuka, kita juga perlu menjaga kesihatan & persediaan mental kita bagi menghadapi sebulan puasa ini.
Kami kongsikan beberapa tips. 😀

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kebaikan berpanjan...
18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kebaikan berpanjangan buat kita semua. Semoga Allah SWT mempermudah urusan ibadah, mengurniakan kesihatan yang baik, serta menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan tahun ini 1447h.

🌙 Bakul Rezeki Syawal: Prihatin & PenyembuhNGO Minda Segak akan mengadakan program sumbangan bakul makanan untuk individ...
18/03/2025

🌙 Bakul Rezeki Syawal: Prihatin & Penyembuh

NGO Minda Segak akan mengadakan program sumbangan bakul makanan untuk individu yang mengikuti rawatan metadon di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu.

📅 Tarikh: 27 Mac 2025
📍 Lokasi: Klinik Kesihatan Wakaf Bharu
🎁 Sasaran: Pesakit rawatan metadon

Kami memohon sumbangan dalam bentuk barangan makanan atau kewangan bagi menjayakan program ini.

💳 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
🔹 No. Akaun: 1102210391
🔹 Nama Akaun: Pertubuhan Minda Segak

Jazakumullahu khairan kathiran atas sokongan anda. Semoga usaha ini diberkati. 🤲🏼✨

PERTUBUHAN MINDA SEGAK MALAYSIA

Address

Kota Bharu
15100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MINDA SEGAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share